Sedang aku mengemas bilik, datang Zaki mengajak aku keluar, tengok gig.. ok jugak aku fikir, lame x tgk show, konsert ect. Lebih kurang pukul 3.30 petang kami bertolak.. Selain Zaki, Fazlie dengan Shafiq (junior muzik) pergi jugak.. Satu group lain ade jugak, Aswad, Bob, Saberi dengan Syahmi (semua junior TESL bawah satu batch dari aku)... Kami berjanji untuk jumpa di LRT Bandaraya..
Sebelum keluar cucuk dulu duit |
Dari maktab kami ambil teksi ke LRT Maluri.. Bayaran teksi RM4... Jadi seringgit sorang la keluar..hehe.. Dari LRT Maluri ke LRT Bandaraya plak RM2.40, lebih kurang 20minit perjalanan... Aku, Zaki, Fazlie ngan Shafiq sampai dulu.. Aswad dengan yang lain sampai kemudian..
Dari LRT Bandaraya tu, melalui SOGO kami ke OneCafe, tempat gig berlangsung... Sebelum tu diorang gi cucuk duit dulu kat ATM dalam Sogo.. Sampai tempat gig tu, bermacam gelagat manusia aku dapat lihat.. Maaf aku katakan, mungkin jiwa aku yang sekarang dah tak sesuai hadir ke tempat begini, aku tidak lagi 'segagah' dan 'selincah' dulu... Tapi aku teruskan sahaja langkah... Rupanya kalau aku masih seperti dulu aku akan menerima persepsi yang sama dengan apa yang aku pandang budak-budak kat situ sekarang... (semoga aku sentiasa dalam pemeliharaan Allah)
GIG~ \m/ |
Aku teruskan langkah juga kerana aku dapat bermacam pengalaman, melihat gelagat manusia... Hatta aku terserempak 'muslimah rockers' yang sama-sama headbang' kat dalam tu.. Dan bukan sesuatu yang asing bagi warga ibu kota dengan pemandangan itu... Dalam gig yang penganjuran 'kurang bijak' tu, (sebab campur band indie ngan metal, jadi ade pertembungan dua sub-culture kt situ), macam-macam jadi.. Tengah nak headbang ade plak breakdance... Dan ramai yang aku tengok tu 'budak-budak'... Maaf aku katakan...
Genap pukul 7malam aku pun bergerak pulang bersama Zaki, Fazlie ngan Shafiq, Aswad ngan yang lain kemudian skit... Dalam perjalanan nak ke LRT Bandaraya, sempat juga singgah Maju Junction Mall (tumpang air-con) haha.. Gerai bawah Pertama Complex pun singgah la jugak, beli air penghilang dahaga...
Gerai-gerai yang banyak di sekitar KL |
Minuman biasa warga kota kala dahaga setelah penat berjalan |
Pemandangan biasa di Jalan TAR |
Dari LRT Bandaraya kami ke LRT Cheras, untuk pulang ke maktab... Sampai da dalam pukul 8mlm.. Setiba di maktab, selesai solat maghrib dan qada' Asar, classmate (Imran) ajak makan western, ade tempat best katenye.. Aku pegi ke kedai tu 2 buah kereta, aku ngan dia... Selain aku ngan dia, yang lain Zaki, Ina, Zaim, Fazlie dengan Shafiq.. Zaki, Ina dengan Zaim naik kereta aku, Fazlie dengan Shafiq naik kereta Imran..
KLCC di waktu malam |
Menunggu LRT |
Destinasi pulang |
Menarik perhatian aku |
Limpahan cahaya kotaraya |
Beratur sebelum masuk LRT |
Laluan kami |
Kedai tu kat Taman Len Sen, Cheras.. Patut la best, Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) da pernah pergi situ... Aku makan blackpepper chicken chop ngan fresh orange... hehe.. yang lain ade makan sama dengan aku, ade yang order chicken grill ngan lambchop.... Apa-apa lah, makan jugak.. hehe... Puas hati jugak la makan, tak kenyang pun dapat menyedap ke tekak (kate orang Pekan)... Sambil-sambil tu Fazlie, Zaki ngan zaim pergi kedai bundle kat situ, beli la dua tiga baju.. Tempat tu pun memang cantik dan murah...
Balik maktab, pas hantar Ina, aku, Zaki ngan Zaim pergi la jalan-jalan kat Taman Midah jap, pergi pasar malam... Saje-saje... Dua tiga kali pusing, kitorang pun terus balik ke maktab... Itulah sahaja perjalanan aku hari ini...
Cuma ada satu yang aku ingin kongsi, kalau anak bangsa terus hanyut dalam hiburan yang melampau-lampau, tak tahulah bagaimana Malaysia 10-15 tahun nanti... Aku juga berhibur, menghibur dan terhibur tapi rasanya biarlah ada batas-batasnya, terutama batas agama, kalau aku boleh cuba (sekurang-kurangnya mencuba) untuk tidak hanyut, mengapa tidak orang lain... Aku tak tuju spesifik pada sape-sape tapi kepada semua anak bangsa yang seagama dengan aku... Memang manusia ada masa dia terlupa, tapi perlu sentiasa bersedia juga untuk berubah... Seperti yang aku selalu pesan (setelah aku menerima pesanan), tak kire kita nak rock macamana pun, nakal macamanapun, jadi jahat macamana pun, sembahyang jangan tinggal.. tu je...
Macam aku juga, selalu tertinggal sembahyang bila keluar, tapi aku akan cuba untuk qada' tak kisah la tengah malam pun... Kalau tak sekarang, tua nanti senang, rasa insaf dan nak bertaubat akan hadir sendiri sebab bila tak tinggal sembahyang, hidayah Allah akan sentiasa bersama... Janganlah bila kita dah leka, kita jauhkan lagi diri kita yang dah sedia jauh tu... Tu lah antara pesan arwah nenek aku yang aku pegang, ibarat kontrak nyawa.. Dan aku ingatkan pula yang lain bila mereka lupa dan harap mereka ingatkan pula aku bila aku lupa...
Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~
2 comments:
wah!! huhu..byk jalan2.. huhu..
qadha' solat hanya dibenarkan apabila benar2 terlupa atau tertido.. kalau boleh elakkan.. salning ingta dan mengingati
Post a Comment