Saturday, April 16, 2011

Kuala Lumpur kala 15 April 2011

15/4/2011, Jumaat- Petang tadi aku bersama coursemate, Zaki, Zaim, Fazlie ngan Ina keluar sekitar KL.
Dari maktab drive,  turun di LRT Cheras dan terus ke LRT Hang Tuah. Sampai, kami berjalan ke Times Square...

Penjara Pudu

Depan Penjara Pudu

Pintu penuh sejarah

Jalan Pudu

Jalan Pudu 6.30 petang

    Kami ke Berjaya Times Square, nak tengok la wayang kononnya, assignment dah siapkan.. Bertolak pukul 6ptg, lebih kurang 20 minit lepas tu baru sampai.. Antara beberapa filem yang baru keluar (Senjakala, CUN, Scream 4 dan beberapa lagi), kami pun memilih "Dilarang Masuk", kononnya nak tengok unsur seram thriller...
GSC- Antara pilihan aku menonton wayang

Dalam TS

Kami

Fazlie dengan Justin Bieber :P



    
     Beratur, beli tiket, kemudian pergi makan dulu sebab ada dalam sejam lagi lebih kurang (start pukul 8 malam).. Mula-mula nak makan di 10th Avnue tapi tutp untuk rennovation. Jadi kami pun makan di KFC TS.. Biasa-biasa je, semua makan nasi ayam KFC.. Maklumlah tak jumpa nasi lagi hari ni... hehe.. Selesai makan, segeralah kami bergegas ke GSC kerana wayang dah nak mula...





     Masuk je hall tu, (kami dapat hall 9), sunyi sepi... Ada ada 4 orang di dalam.. Aku mula rasa tidak sedap hati... (teringat masa tengok cerita 2 Alam dulu)... Tak pe lah, dah beli.. Tengok je la.. Sebermula cerita, aku pun mengatakan dalam hati aku, "oh, mungkin aku tersilap, ceritanya ok"... melihatkan montaj dan starting  cerita ni...


     Semakin lama, aku mula mengantuk, sampai lah ke pengembangan plot... Kenapa banyak perkara yang boleh aku argue  dalam cerita ni.. Tak pe lah, teruskan je dulu... Nak sedapkan hati... Sampailah ke penghujung cerita, tiba-tiba jadi macam cerita Magika, ada perkara ajaib... Aku mula rasa tertipu... Sampai lah montaj akhir cerita tu, "Penjualan organ adalah dilarang"...

     Lantas aku berlima tergelak sakan dalam panggung yang kosong itu.. Memang sah aku dah tertipu oleh pembikin filem Malaysia... Ketawa sampai senak perut, kebas muka... 'Lawak' giler penamat cerita tu... Ketawa terbawa-bawa sampai keluar panggung... Sambil saja cakap kuat-kuat, jangan tengok 'Dilarang Masuk' masa lalu depan kaunter.. Memang aku tertipu, kali kedua selepas 2 Alam.. Rasa macam buang je RM10 buat beli tiket wayang tu...



     Keluar-keluar, dah pukul 10 lebih... Sebab rasa tertipu, kami pun bercadang nak pergi mengubat hati yang duka.. hehe.. Mula cadangnya nak ke dataran merdeka, tapi atas faktor-faktor keselamatan, kami batalkan hasrat bersiar sekitar ibu kota... Plan ditukar untuk ke Banting, rumah si Zaim...



     Kami pun balik ke Stesen LRT Cheras ambil kereta dan pergilah ke rumah Zaim... Dan alhamdulillah parents dia sudi terima kehadiran kami yang nak tumpang overnight kerana kolej dah berkunci... (antara salah satu sebab nak keluar bersiar selain mengubat hati yang duka)...

     Kami tiba ke rumah Zaim lebih kurang pukul 12.. Sampai-sampai, selesai apa yang patut, Zaim bawa kami bersiar sekitar kampungnya, sampailah ke Nilai, lebih kuarang 40 minit dari rumahnya.. Destinasi Dataran Nilai... Kami cuma pergi bergambar dan bermain buaian di taman permainan di sana.. Sampailah Fazlie timbulkan cerita hantu.. Berceritalah kami pasal pengalaman masing-masing dengan perkara mistik ni hampir sejam.




     Penat bercerita, tekak pun kering.. Kami pun terus ke kedai mamak di Nilai... Minum-minum, makan roti canai sambil mendengar hiburan nyanyian karaoke pengunjung kedai mamak tu yang memang 'menusuk jiwa raga'... hehe... Siap makan, kami pulang semula ke rumah Zaim dekat pukul 3 lebih sampai rumah... 1st itime keluar larut malam macam ni selain dengan kawan di kampung.. Dulu dengan roomate pun ke Masjid India, sebelum cuti sem, beli barang untuk hari Raya pukul 1 lebih dah balik... (masa mula-mula study dulu)...

Luar rumah, memang aku minat ala-ala Nusantara

rumah Zaim, cantik..

Fazlie dengan Zaki buat giler.. haha.. terbaek la korang..

     Sampai rumah, sambung balik berborak.. Dengan Fazlie ajak main chess plak.. hehe... Memang overnight la.. Awal pagi 6.30 balik semula ke maktab sebab ada ceramah PNB... Dengan mata rabak, teruskan jugak.. Aku pulak jadi pengerusi majlis.. hehe... Ntah la, bila semua dah jadi giler-giler, semua jadi out of the planning... hehe

     Apa-apa pun memang pengalaman la sepanjang 15-16 April ni.. hahaha... Kisah satu malam dalam dua hari.. hehe... Dalam aku berjalan tu, aku juga memerhati sekeliling aku.. Terutama semasa di Dataran Nilai, melihat gelagat masyrakat kini... Biar aku sahaja interpretasikan...

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~

No comments: