Banyak yang ingin aku kongsikan... Termasuklah majlis perkahwinan Abang aku pada 3 April dan Majlis Resepsi pada 9 April di rumah aku kat Pahang. Kesibukan ni sebenarnya banyak mengajar aku menjadi seorang yang multi-tasking, mampu menyerap tekanan kerja (walaupun tidak menyeluruh)..
Aku balik kampung Jumaat lepas, bersama 4 orang junior aku... Zaki, Zaim, Ina dan Shafiq... Bertolak malam, sebab petang ade meeting... Sepanjang perjalanan alhamdulillah, tiada apa2 masalah.. Berhenti makan kat R&R Temerloh, pastu sambung balik perjalanan. Kitorang tiba lebih kurang pukul 12 malam...
Sampai rumah, macam biasa la, mak aku suruh makan dulu... Lauk kenduri tu.. hehe... Termasuklah opor daging, lauk tradisional orang Pekan... Cerita pasal opor jap, opor ni biasanya orang dulu-dulu buat pakai daging kerbau, rempah khas dan bila masak masuk santan dan lain-lain bahan tumis dan rempah opor.. Warnanya hitam2... Sedap giler... Tapi sekarang pakai daging lembu sebab tak ramai dah orang Pekan bela kerbau... Ade jaugak pakai ikan... Opor ni dulu kat Pahang, daerah Pekan je ade sebab lauk istana...
Tamat bab opor... :) Malam tu yang laki tidur ramai2 kat ruang tamu... Dah jadi macam adat la kalau kenduri kahwin kat tempat aku... Kalau dulu tak pakai catering ade shift tunggu lauk dalam kawah kat luar, gilir2 la... Tapi sekarang semua mudah.. hehe... Hilang letih memandu bila dapat rehat, tidur....
Pagi tu, aku pergi ambil pemain gamelan, anak buah aku... Diorang memang diundang untuk buat persembahan gamelan.. Dan kali ni memang aku buat kelainan, sebab buat sekali dengan nyanyian lagu gamelan... Tapi dua lagu je,Timang Burung dan Gambuh Nyanyi.. Seorang penyanyi dari kumpulan gamelan tu, sorang lagi Ina, junior aku dari maktab..
Alhamdulillah, kenduri semua lancar, lauk ngan nasi cukup... Penting tu, hehe... Siap kenduri petang tu, aku pun berkaraoke lagu orang kahwin sambil yang lain berkemas-kemas.. hehe.. Sekali sekala... Terubat juga penat buat kerja kenduri... Petang tu, kami pergi jalan2 dan bergambar sekitar Pekan, makan ABC...
Malam tu ade makan2 dengan dua-dua famili, dekat rumah jugak buat... Lepas makan, aku dengan junior aku lepak2 sambil borak atas bumbung rumah.. Untuk pengetahuan, rumah seruling senja dua tingkat.. bluek...
Sambil borak-borak tu, sempat jugak kami tengok bintang di langit... Cantik.. Lama tak tengok bintang.. ~ Dulu selalu baring tepi pantai masa kerja kat Kem Tango sambil tengok bintang... ~ Lepas asyik2 berborak tu, hujan plak... Kami pun terus masuk dalam rumah... Lalu tidur.. hehe.. Maklum la esok nak jalan jauh... Drive sendiri balik ke KL esoknya...
10 April, hari Ahad. Aku bersiap untuk balik ke KL.. Sedih plak nak tinggal rumah.. haha, Dah la jarang dapat balik... Takpe, demi mencapai cita-cita aku ketepikan semua perkara2 sampingan tu... Macam tau2 aku tak nak balik, kereta plak buat hal, overheated la, minyak hitam kering la... Ah sudah, macamane nak balik, nak sambung buat assignment lagi...
Mujurlah kakak sulung aku tak guna kereta, aku pun tukar je la, tinggal kereta aku kat kampung... terpaksa sebab nak kejar masa... Hampir setengah hari jugak tunggu... kalau ikut planning awal pagi nak bertolak, tapi sebab ade masalah, pukul dua jugak la baru bertolak... Sepanjang perjalanan, sebab da penat sangat, aku bergilir2 drive dengan Shafiq... Dari Kuantan sampai Temerloh dia bawak, Temerloh-KL aku bawak... Yang lain sampai tertidur-tidur~ Alhamdulillah, tepat 5.30 petang kami sampai maktab tercinta :p
Malamnya, dinner dekat McD, saje2 gatal nak makan burger plak.. ahahaha... Pergi lah kami malam tu, dengan melayan kegilaan Ina dan Fazlie.... hahaha... Mungkin ade jodoh mereka tu, walaupun 'jauh tinggi bezanya'... Begitulah sedikit kisah dua malam aku... Walaupun selepas itu aku tak tidur menyiapkan assignment... Macam panda dah mata aku.. hahaha.. Namun demi mencapai cita-cita, aku gagahkan jua... Chewahh... Dan kali ini juga, kembara aku masih kekal dengan aku berjalan dan melihat dunia~ Beberapa perkara yang biar aku sahaja simpan- sebagai pengalaman...
Sekadar Perkongsian dan Luahan
~ Bila Ku Berlagu ~
No comments:
Post a Comment