Tuesday, April 12, 2011

Malam yang gelap~

12/4/2011, Selasa- Hari ni datang dengan kisahnya sendiri... Aku lalui dengan cerita-cerita baru.. Yang akan menjadi lipatan sejarah di penghujung harinya pula..

     Hari ini rutin biasa aku lalui.. Paginya panas, petangnya hujan begitu lebat bertemankan guruh dan kilat... Kuat, sehingga terputus bekalan elektrik di maktab dan kawasan sekitar... Maghrib baru hujan berhenti... Blackout  sampai ke malam, dan ketika aku menulis entry ni elektrik baru pulih...

     Kali pertama bergelap di KL.. haha... Suasana di kolej kediaman lain sangat.. Teringat plak 'the haunted Changi'.. haha... Adalah jugak yang bergambar dengan suasana 'baru' di maktab.. Lalu ramailah yang bertebaran ke sekitar luar kampus... Mencari 'cahaya' katanya.. hehe... Pergi makan, karaoke pun ade, maklum la kat situ je ade elektrik.. (Kawasan downtown kat luar kampus ni...)

     Dalam gelap tadi, sempat aku menyelami tabir malam, 'bersendirian' dalam ramai... Menghayati malam yang sebenarnya... Dalam kepanasanaku rasakan 'dingin' malam ni.. Tiba2 tertarik dengan lirik satu lagu kumpulan indie ni, BLIZ... Aku nak kongsikan cerita lagu ni plak...

Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati

Tak taulah, tajuk lagu ni pun sangat mendalam bagi aku, MIMPI YANG MATI.... Memang sesuai dengan jiwa aku dan cara penulisan aku dalam bahasa aras tinggi... Mungkin kalau dinilai dari aspek muzikal lagu ni ade kurang lebihnya, tapi liriknya bagi aku memang ade kesan... Tu yang buat aku tertarik... Garis melodinya pun menarik...

     Minggu ni aku dah lapang skit, assignment pun satu lagi tinggal, Khamis ni hantar... Tapi minggu depan Ujian Akhir Kursus... Kena siap awal la, nak dapat pointer tinggi ni.. hehe... Nak2 paper falsafah, dua plak tu, falsafah pendidikan ngan falsafah muzik dan pendidikan... hahaha.... Mencabar gak tu...

     Semoga esok dapat aku lalui lebih baik dari semalam dan semalam menjadi pengalaman yang berguna bagi aku... Cerita tentang cerita, lipatan kisah hidup beserta likunya... Dalam menuju yang hakiki... Dan aku ingin kongsikan dalam entry  kali ni, konotasi makna hidupku~

Aku yang disini, hanyut dalam kesepian... Ditolak ombak keduniaan... Aku teruskan jua perjalanan, biar sampai ke daratan kebenaran... Dan sepanjang perjalanan itu banyak jerung bangsat yang perlu ku tempuhi... Relakah diri dibiar hanyut tanpa perlu berlawan? Berlawan dengan igauan ciptaan sendiri, atau igauan mimpi luaran?


Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~


No comments: