Thursday, March 31, 2011

Cerita-cerita

31/3/2011, Khamis- Alhamdulillah, aku tiba ke IPG lebih kurang jam 3 petang dari.. Aku menghadiri Bina Insan Guru di PD sejak Isnin lalu. 3 minggu yang memang sibuk bagi aku semenjak cuti sekolah yang lalu bermula 12 Mac.... Memang minggu-minggu yang aku lalui ni penuh dugaan... Termasuklah minggu-minggu yang akan datang ni...

     Minggu pertama (12-19 Mac) semasa cuti, aku sibuk fokus kepada peperiksaan teori muzik kelolaan ABRSM pada 14 Mac... Agak mencabar juga bagi aku.. Aku pulang ke kampung pada 15 setelah selesai urusan di KL ni.. Dalam 4 hari aku stay sebelum balik kampung tu, sempat la jugak menonton wayang bersama kawan yang tak balik kampung terutama Sabah dan Sarawak.. Cerita yang aku tengok ialah Hikayat Merong Maha Wangsa, Unknown dan Drive Angry.. Sekadar mengisi kebosanan.. hehe... Balik ke kampung, aku diminta oleh ibu saudaraku untuk melatih muridnya bernasyid untuk pertandingan pada 23 Mac.. Aku juga sibuk dengan urusan keluarga kerana abangku akan berkahwin pada 2 April ni di Wangsa Maju dan Sambut Menantu pada 9 April di kampung... Antara tugas aku ialah menghantar kad jemputan dan urusan mengemas rumah dan lain-lain berkaitan kenduri..

     Minggu kedua (20-26 Mac) adalah minggu aku berPBS.. Aku buat di SK Seri Terentang, tak jauh dari rumah aku.. Memang pengalaman yang amat berharga, mencari maklumat sekolah, menemu ramah guru, dan membuat eksperimen dan pemerhatian perkembangan bahasa kanak-kanak.. Aku juga dapat guru mentor yang best, siap jamming sama2.. haha.. Aku juga terus melatih nasyid murid2 ibu saudara aku, dan alhamdulilah mereka menang tempat pertama.. Dapatlah juga intensif dari sekolahnya.. Dalam minggu ini juga family ada buat gathering untuk berbincang tentang perkahwinan abang aku dan agak sibuk juga untuk menyiapkan rumah dan makanan.. Aku balik ke IPG pada hari Ahad walaupun asalnya aku rancang nak balik   pada hari Sabtu..

     Minggu ketiga iaitu minggu ni, juga sibuk.. Pulang dari PBS, terus bergegas ke B.I.G. pula.. Namun input yang diterima memang bagus.. Aku dapat mengenal potensi dan kelemahan diri.. Antara aktivitinya ialah kembara hutan, berakit di laut, dan input2 LDK menarik daripada kaunselor IPG...

     Namun, kepulangan pada hari ini disambut pula dengan tugas-tugas dan kursus2 dalaman yang lain.. Assignment pun berjalan seperti biasa.. Letih macamana pun tetap kena gagahkan jua diri ni.. Aku hanya mampu berdoa agar dilapangkan dada.. Harap dapat melalui hari mendatang dengan lebih baik dari semalam..

    Banyak pengalaman baru yang aku timba sepanjang minggu-minggu aku sibuk ni, sampai lama tak update blog ni... Harap entry kali ni cukup untuk menceritakan semua yang berlaku sepanjang tiga minggu ni...


Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~


Monday, March 14, 2011

Madah Bicara

14/3/2011, Isnin- Alhamdulillah dapat juga mengupdate blog.. Sebenarnya banyak entry dalam draft tapi tak berksempatan sebab sibuk sangat bulan ni... Tapi entry kali memang menarik perhatian dan membuat aku terpanggil untuk menulis...

     Tanpa aku duga, ada juga yang mengikuti luahan kata aku di Facebook aku, yang selama ini aku menyangka hanya aku sahaja membacanya... Rupanya ada seorang sahabat yang menyukai post  luahan aku yang dia anggap 'puitis'..

     Jadi sebagai tanda 'terima kasih' kepadanya aku kongsikan post aku sepanjang 2010 hingga awal 2011 ni yang aku gelar Luahan Bila Ku Berlagu.. Tapi sayang seribu kali sayang, tak semua yang aku  post  aku ingat dan catatkan dimana-mana.. Yang mana terselamat, aku kongsikan~



1.  "Semalam aku dalam ramai, namun hari ini aku berdiri sendiri dalam kesepian.. Semalam yang hangat telah hilang, tersisa di penghujung senja"


2.    Seperti kulit yang membalut daging, seperti daging yang membalut tulang...


3.    Sedetik cuma, bicara tersisa... Harapan tertinggal, jadi cerita~


4.    Lukisan pudar pada kanvas yang ingin diwarna semula tapi warnanya tidak seperti yang asal...


5.    ‎"namun hangat itu kian hilang, seperti pelangi yang indah hilang perlahan-lahan... Hujung senja sekadar menanti hidup yang tersisa di kamar usia~"


6.    Bagaimana mampu lagi tersenyum, jika senyum itu hanya untuk menipu diri.. Bayu berbisik gelombang menjerit~


7.    "DIA" tidak pernah jauh, tetapi "dia" pula menjauhkan~ Kaca berselaput debu takkan jelas isi dalamnya...


8.    Tatkala aku dalam kegentingan aku perlukan SAHABAT untuk bersama-sama aku, namun aku tidak punya banyak SAHABAT, berbanding hanya KAWAN~


9.    Sekali pandang bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi.. Tatkala siang bintang itu sudah pun tidak kelihatan~ Namun rumput tetap setia walau hanya tempat berpijak...


10. Halus bahasa indah kiasan, hanya yang celik mata hati mampu memberi interpretasi bahasa jiwa dan ekspresi dari sudut hati.. Tahu untuk memahami, dan mengerti itu berbeza.. Hanya aku yang kenal siapa aku~


11. Memang manusia sukakan kehalusan.. Itulah ketinggian budi nan luhur... Tidak mengguris kalbu semata~


12. Bersendirian itu sebengis kematian~


13. Berbahasa halus, berjiwa besar, sayangnya hidup penyair dihujung senja sentiasa diulit sepi...


14. Lalu dia pergi berkelana dalam sepi, berlagu syahdu... Mengubat jiwa duka namun tetap sepi mengekorinya~


15. Bila seruling senja berlagu sepi, lahirlah interpretasi diri, yang tangisnya tanpa air mata, lisannya tanpa suara~


16. Kerana bisa yang tak dibuang akan meracun diri.. Biarlah diluah andai itu dapat merawat diri..


17. Tiadalah halus, sekadar sekelumit pengalaman lepas mengajar diri~


18. Terkesamping, jauh dibuang... Dikutip bila perlu, dicampak bila tak nak..  Namun setia tetap ada


19. Jangan dibiar  terpendam sehingga luput seperti cerita yang telah mati- SEJARAH~


20. Bintang, dipegang tak dapat, dicapai tak sampai~


21. Hanya jauhari mengenal manikam.. Mana yang elok kita perkukuhkan, mana yang condong kita sandarkan~ Tak nya luak..


22. Bahagianya persahabatan, manisnya kemafaan, indahnya ketelusan~

     
     Aku bukanlah pandai menyusun kata atau bermadah bicara... Apa yang ingin aku kongsikan ialah keajaiban bahasa yang agung ialah keindahan bahasa dalam Al-Quran itu sendiri.. Tersusun rapi dan sangat indah... Memang banyak menginspirasikan aku selain dari inspirasi daripada pengalaman aku berjalan dan melihat dunia...

     Kelana sang musafir seni, berjalannya atas muka bumi ini bukan sekadar berjalan, tapi ia memerhati dan menjadikannya pengalaman hidup yang sangat berguna baginya.. Walaupun ada yang menyangka pengalamannya sekadar hamparan debu yang hilang ditiup angin namun tetap ada gunanya bila tiba saat dan ketika.. Itulah dia, terkesamping, mengikut rentak sekeliling.. Diamnya memerhati, bicaranya lunak menenangkan semua.. Makin berisi makin tunduk, tiba masanya ia menyinar juga..

     Mungkin sampai disini dahulu aku menulis, ada masa bertemu lagi, InsyaAllah... Kita merancang, Tuhan menentukan..


Sekdar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~






Sunday, March 6, 2011

Mak dan Abah datang~

6/3/2011, Ahad- Hari ni aku mendapat panggilan telefon yang tak aku sangka beritanya... hehe... Seperti yang ditulis pada tajuk entry kali ni... Mak dan abah datang.. Gembiranya, dah lama tak balik kampung, sekali mak dan abah plak yang datang sini...

     Rupanya mereka menghantar kakak aku pulang ke UiTM Shah Alam, sambil2 menghantar kad undangan kahwin abangku pada April ni kepada saudara mara kat sekitar KL/Selangor ni... Aku pun ikut skali ke rumah saudara mara di Puncak Alam, TTDI dan Seri Kembangan... yang lain tu tak sempat ikut... Curfew kolej... Tapi tak pe la, sekurang-kurangnya dapat juga jumpa mereka dan saudara mara...

     Malamnya aku pergi McD ngan coursemate aku... Dan semasa menulis entry ni aku baru pulang dari makan.. hehe... Sekurang-kurangnya ade la jugak pemgisian aku hari ni...


Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~

Saturday, March 5, 2011

Menggali ilmu

5/3/2011, Sabtu- Latihan gamelan di Taman Budaya KL da bermula.. Dan semalam adalah perjumpaan yang pertama.. Aku sangat bersyukur dapat belajar dengan 'somebody' sebab aku adalah 'nobody'... Amat banyak yang aku perlu gali dan cari, ilmu berkenaan gamelan...

     Pendekatan yang digunakan sangat aku suka, mendalami lagu satu persatu dari kulit sampai ke isi... Khatam satu lagu baru beralih ke lagu lain.. Dan guru ini sangat tenang, sabar dan lemah lembut mengajar- no need to rush, perhalusi segala sudut dan falsafahnya~ Itulah Abang Hamzah...

     Terima kasih juga aku nak ucapkan kepada Along.. Impian yang lama terpendam jadi kenyataan.. Sudah lama nak berguru gamelan secara 'betul-betul'... Semasa di Tunas Gamelan di Pekan, aku tak sempat belajar betul-betul berkenaan gamelan kerana gurutunjuk yang yang sering bertukar dan aku jarang diberikan peluang..

     Aku harap lepas ni dapat menghayati gamelan lebih lagi dan mampu mendalaminya juga falsafah setiap lagu... Dan dapat pula aku gunakan untuk kebaikan... Walaupun perjalanan insan seni itu sering menjadi seperti wira yang tak didendang... Ikut resmi padi makin berisi makin tunduk...


Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~



    

Wednesday, March 2, 2011

Pandangan terlalu jauh?

2/3/2011, Selasa- Pandangan terlalu jauh... Tajuk yang menjadi persoalan.. Ada orang berpendapat pandangan aku terlalu jauh untuk dicapai di IPG.. Terlalu futuristik, optimis tidak bertempat, berangan.. Mungkin itulah yang mereka sedang katakan sekarang..

      Aku selalu bayangkan IPG ni macam U... Biar jadi gempak macam U. Sebabnya, nampak jurang terlalu jauh dengan U walaupun IPG adalah penjenamaan semula maktab dan menghasilkan mahasiswa. Jika dilihat institusi atau IPT lain yang mengalami transformasi dan penjenamaan semula pasti akan jadi lebih GAH dan maju.. Namun IPG? Aku punya pandangan seperti itu kerana aku banyak memerhati dan membanding beza dengan U.

     Pasti pembaca tertanya2 apa yang aku bayangkan dalam visi kepimpinan IPG... Sebenarnya aku ingin IPG juga mempunyai permuafakatan perwakilan pelajar peringkat kebangsaan, disertai setiap JPP/MPP kampus-kampus, yang akan memperjuang hak dan suara guru pelatih ke pihak yang lebih atas lagi, setanding dengan mahasiswa di U.

     Antara objektif utama ialah kesatuan semua kampus yang kini bernaung di bawah IPG induk tetapi tiada badan yang menyatukan perwakilan setiap kampus.. Aku juga sebenarnya ingin Akta 174 yang digunapakai IPG dan Politeknik dikaji semula. Jadi perlukan ramai suara agar suara kami dapat direalisasikan.. Akta 174 banyak menghalang pelajar IPG untuk berkembang dan menjadi lebih kritis, terutama yang sering aku highlight berkenaan perkara 4: pertubuhan pelajar tidak boleh menguruskan atau mempunyai tabung kewangan sendiri. Disuruh berprogram dan setanding U tapi~

     Untuk makluman, Akta 174 ni dibuat pada tahun 1976, tetapi masih digunapakai sehingga hari ini, 2011.. Sedangkan beberapa perkara di dalamnya aku rasa perlu dikaji agar relevan dengan kehendak semasa.. Jika AUKU boleh dikaji semula dan dipinda, mengapa tidak Akta 174 ni? Mungkin guru pelatih yang pasif di IPG tidak sedar dan terkesan dengan hal ini tapi mereka yang kerap berprogram sangat terkesan~ Aku kira pihak-pihak berkenaan terlepas pandang akan hal ini...

     Jika pertubuhan mahasiswa U boleh mendapat tempat di media dan parlimen, guru pelatih juga mampu sepatutnya.. Kami bakal mendidik anak bangsa, seharusnya dicanai menjadi modal insan yang benar-benar "modal insan"... Mungkin permuafakatan ini melaksanakan simposium, konferensi atau apa-apa saja berkenaan guru pelatih, kebajikan dan cabaran semasa yang dihadapi.. Barulah boleh aktif berpersatuan..Dan sepatutnya IPG Induk juga memikirkan sesuatu seperti ini..

     Mungkin boleh dimulakan peringkat zon-zon kemudian dimurnikan diperingkat kebangsaan.. Aku sangat berharap agar perkara ini terlaksana.. Sebelum ini kalau berprogram semua mengharapkan kewangan dari pentadbiran, jika tiada maka tidak berjalanlah program tersebut.. Tapi tahniah kepada sesetengah Biro di sesetengah IPG yang selangkah kehadapan mencari inisiatif sendiri, yang mereka ini ada pandangan kehadapan lebih sedikit dari guru pelatih lain kerana berani dan berkepimpinan..

     Mungkin agenda atau aspirasi aku ini terlalu besar dan "tak mungkin direalisasikan" (kata beberapa orang) namun biarlah aku simpan cita-cita agar membakar semangat aku untuk merealisasikannya.. Dah tiba masanya jika IPG lebih dikenali lokal dan global... Biar produk yang dihasilkan adalah GRED A! Berkepimpinan, daya saing, kritis dan kreatif...

     Kerana agenda inilah aku terdorong untuk bertanding dalam perwakilan dan alhamdulillah aku diberi peluang.. Aku tak mahu lagi mahasiswa U memperlekeh keupayaan guru pelatih atau mahasiswa keluaran IPG.. Aku terkesan dengan perkara ini dan aku banyak berdamping dengan kawan-kawan aku yang aktif berpersatuan di U. Antaranya Mus Hitman dari UM... Di IPG aku juga ada 2-3 orang yang "sealiran pemikiran" dengan aku dan kami sering berbincang tentang agenda ini.. Harap pensyarah juga ada yang menyokong aku...

     Biar perwakilan pelajar IPG-IPG mampu melakar sejarah negara bersama-sama mahasiswa lain, berdiri dan duduk sebaris dengan mereka.. Menyumbang untuk kebaikan sarwajagat.. Kami juga mampu bersama-sama mahasiswa lain jika diberikan PELUANG...



Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~


The Drum Roll Symphony (Symphony No. 103)

PENGENALAN

Simfoni ini digubah oleh Joseph Haydn pada 1793 di London.   Simfoni ini digelar ‘Drum Roll’ simfoni kerana pada permulaannya terdapat ‘roll’ oleh timpani.  Durasi simfoni ini ialah sehingga 30 minit.  Gubahan simfoni ini digubah untuk alat yang terlibat iaitu dua flute, dua oboe, dua clarinet, dua bassoon, dua horn, dua trompet, timpani dan alat dari keluarga bertali. 
           
           1.0     PERGERAKAN PERTAMA

Selepas pembukaan ‘drum roll’, instrumen bass memainkan tema pembukaan: 


Pergerakan yang mengikuti pembukaan ini ialah dalam bentuk sonata.  Kebanyakannya meletakkan semula tema pembukaan (introduction) tetapi dalam tempo yang lebih laju.  Bahagian yang sama juga diulang semasa bahagian koda.


2.0 PERGERAKAN KEDUA

Dalam variasi yang berganda, dengan pertukaran tema yang pelbagai dalam nada C minor dan C major ditambah dengan koda.  Tema ini dipengaruhi lagu rakyat Croatia.
           
3.0 PERGERAKAN KETIGA
Pergerakan ini adalah dalam nada asal iaitu Eb  major.  Minuet ini mempunyai tekanan pada beat pertama, yang mana ianya kontras dengan rentak minuet pada zaman Barok.
           
4.0 PERGERAKAN KEEMPAT

Seperti pergerakan pertama, finale lagu ini bermula ‘quasi-ritual-gesture’, iaitu ‘horn-call’ yang diikuti dengan ‘pause’ dan gema (echoed) sepanjang pergerakan ini. Temponya laju dan ia dalam bentuk sonata-rondo.  Seperti tema dalam pergerakan kedua, melodi pembukaan dipengaruhi unsur lagu rakyat Croatia yang dipanggil "DivojĨica potok gazi", atau ("A little girl treads on a brook”).



Aku Ingin Pulang

1/3/2011, Selasa- Hurm,kenapa dengan tajuk post ni? Sedang aku duduk2 seorang bermain gitar petang tadi, baru aku perasan rupanya da lama aku tak balik kampung.. Terbit rasa ingin pulang.. Berjumpa keluarga, anak-anak buah... Bagaimana agaknya khabar mereka?Biasa dapat update through FB je.. Tgk gambar yang akak aku upload..

     Tak pe lah, lagipun cuti lagi dua minggu je, aku pun buat PBS (bagi reader yang tak tahu PBS ni Pengalaman Berasaskan Sekolah, kira macam pra-praktikum la) kat kampung jugak nanti seminggu... Alhamdulillah dapat jugak masa untuk luang di kampung.. :)

     Aku pun sibuk sangat bulan ni, dengan asignment, hari sukan- kompang, drumline, sambutan JPP.. bla.. bla..bla.. Harap aku boleh hadapi semua ni... TABAH!!!!!  Walaupun aku ade sedikit krisis peribadi, aku akan tetap tenang dan tak mahu cepat melatah... InsyaAllah... Harap kawan-kawan doakan aku ye~


Sekdar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~



  

Tuesday, March 1, 2011

Sekitar Pengiraan Undi

28/2/2011, Isnin- Semalam adalah hari pembuangan undi, juga pengiraan undi.. Pengiraan bermula dari pukul 4.30 hingga 7.00ptgdi Dewan Dato' Razali Ismail.. Alhamdulillah, dikurniakan Allah kemenangan.. Kepada yang telah menang, jalankanlah amanah kita dengan sebaiknya dan yang kurang bernasib baik ada hikmah dalam setiap percaturan Allah..

     Disini aku nak kongsikan gambar sekitar proses penyisihan dan pengiraan undi yang dilakukan oleh kerani undi dan pensyarah dalam Jawatankuasa Piliharaya Kampus...

penyisihan kertas undi


menunjukkan kertas undi untuk bantahan dan sebagainya

Saksi pengiraan

Pengerusi Jawtankuasa Pilihanraya

Aku dan rakanaku yang sama bertanding

Semakan undi rosak

Pengiraan undi


Semakan undi, pengiraan peratus dan calon yang menang


Pengumuman calon yang menang

Aku mendapat 548 undi, majoriti 284 undi... Alhamdulillah~ 

Antara calon dan saksi yang hadir

     Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas kurniaan... Bagilah aku kekuatan untuk mengemudi kapal amanah ini... Semoga mendapat kerjasama dan tunjuk ajar dari semua...


Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~