20/4/2011, Rabu- Hari ni aku dapat undangan untuk menyaksikan persembahan gamelan daripada kumpulan Rythm of Bronze... (Terima Kasih kat Along dan Abang Hamzah). Konsert di Dewan Philharmonic Petronas.. Mula jam 6.30 petang sampai 7.30 petang... Konsert selama satu jam tapi penuh dengan kerancakan dan 'keasyikan' alunan gamelan oleh Rythm of Bronze..
Selain aku, Zaim dan Nina pun ade ikut sekali.. kami bertolak jam 5.50 petang, agak lewat kerana ada aktiviti di maktab. Dari maktab, drive sampai ke LRT Cheras kemudian ambil LRT transit di Masjid Jamek sebelum ke KLCC.. Lebih kurang 25 minit juga perjalanan...
Sampai-sampai je, show dah mula.. Jadilah kami golongan late-comers, kena tunggu tempat duduk kosong.. Alhamdulillah dapat duduk agak depan, betul-betul kawasan tengah pentas... Kami dah terlepas 3 persembahan awal... Sayang rasanya...
Kami mula tengok persembahan yang keempat.. Persembahan kali ni lebih kepada tour ke setiap wilayah yang mempunyai gamelan, contohnya Sunda, Jawa, Bali dan Malaya serta eksperimental lagu-lagu dari wilayah tersebut... Jadi dapat lihat variasi gamelan setiap tempat.. Juga persembahan lagu-lagu eksperimental lain yang lebih kontemp..
Rythm of Bronze memang mempunyai skill permainan yang hebat dan showmanship yang tinggi.. Memang mampu memukau mata penonton... Namun hanya jauhari yang mengenal manikam.. hehe.. Namun aku akui mereka memang hebat... Cuma dari segi keaslian permainan gaya Melayu mungkin aku mengagumi orang lain...
Selesai persembahan, kami berpeluang untuk berkenalan dengan pemain-pemain kumpulan Rythm of Bronze, melalui abang Hamzah... Kemudian kami pergi minum di tingkat atas Suria KLCC... Sambil tu aku berbual-bual dengan abang Hamzah.. Banyak yang dikongsi abang Hamzah, sampai tak sedar sejam kami berada di food court tu... Tak kisah la, yang penting terisi dengan perbualan ilmiah..
Selesai berbual yang seakan-akan tiada penghujung, kami pun pulang kerana masa tidak mengizinkan... Namun aku berpuas hati kerana dapat menyaksikan gamelan dan dapat ilmu dan perbandingan tentang gamelan, hasil perbualan dengan abang Hamzah...
Tapi untuk entry kali tak dapat nak bagi gambar, sebab DFP x boleh amek gambar.. hehe... cukuplah sekadar kongsi pengalaman... hehe
No comments:
Post a Comment