Kumpulan ni boleh la aku banggakan jugak, kiranya tak malu la kalau nak perform keluar... Sekarang da dapat 8 buah lagu, target aku 20 buah lagu sebelum bulan 6, untuk konvo IPG nanti.. Harap semua doakan aku berjaya....
Habis gamelan, bergegas untuk kursus... Masa kursus ni macam2 input aku dapat... Walaupun agak letih kerana berterusan sampai 6.30 ptg, dan hari ni dari 7.30 pagi sampai 6.30 petang, tapi ade penceramah yang pandai berlawak tu, hilang la jugak mengantuk...
Antara pelajar maktab yang sama2 dengan aku Musawa, Fahrudin,Bad, Syafiq dan Izzati... Mungkin yang ni je ade kehendak.. hehe... Tapi yang lain ade jugak terlibat kursus Imam di surau, jadi tak hadir yang kursus kahwin... Aku pun ade gak jumpa sedara aku yang kerja kat sini kursus sama2... Tak perasan pun mula-mula, tapi tunangnya tegur dulu, baru perasan.. hehe...
Pastu malam semalam jugak ade meeting JPP... Habis tu, aku pun pergi la McD, saje2 la kononnya makan2.. Aku ajak Zaki ngan Fazlie sekali... Sampai McD, asyik borak tak sedar dah dekat pukul 1pagi.. Biasanya malam minggu kolej kunci lambat skit pagarnya.. tapi malam tadi tak tau la angin ape, warden kunci awal plak..
Aku pun tak tau nak masuk mcmna.. kebetulan kakak aku ada di rumah kami di Damansara, jadi aku pun buat keputusan untuk overnight di sana.. Pukul 2 lebih sampai, setengah jam perjalanan dari maktab ke rumah.. Aku bertiga pun bermalam di rumah tu... 6.30 pagi baru bertolak balik semula ke maktab, tepat2 pukul 7 pagi sampai, terus bersiap untuk kursus plak.. hehe... Sebab tu aku agak letih pagi tadi...
Rasanya setakat tu perkongsian untuk kali ni.. Maaf kepada mereka yang mengikuti blog ini kerana kebelakangan ni memang tak update dan kalau ade pun kualiti penulisan agak kurang memuaskan.. Maaf sangat2 atas kesulitan semua ni... Memang sibuk bulan2 di hujung sem ni...
Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~
No comments:
Post a Comment