Hari ni banyak free sebab pensyarah bermesyuarat luar kawasan, menggubal kurikulum baru untuk KPLI sebab KPLI mulai ambilan baru ni jadi 3 Semester, maknanya setahun setengah, bukan lagi setahun... Mnggu-minggu akhir dekat nak exam x banyak kelas, cuma habiskan presentation je... Lepas tu tadi ade kelas kibod pun sekejap je, untuk ensemble..
Hari ni jugak ade spiritual healing, waktu tutorial.. Dibuat bacaan ma'thurat... Ada la jugak pengisian bagi kami yang 'dahaga' di ibu kota... Tak banyak pun, dapat jugak sedikit... Sebab hidup di kotaraya, jauh daripada keluarga memang sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan tingkah laku aku.. Dan menulis blog juga sebenarnya aku jadikan sebahagian refleksi diri, sebab apa yang aku tulis ialah apa yang aku buat sehari-hari..
Petang tadi aku melatih gamelan untuk kumpulan maktab, sebagai persediaan untuk Hari Konvokesyen IPG bulan Jun ni.. Aku tumpukan pada gamelan dengan nyanyian, nak habiskan 3 lagu- Timang Burung, Togok dan gambuh Nyanyi... Aku cuba untuk mengekalkan semaksimum mungkin teknik permainan cara lama yang aku belajar semasa di Pekan dan BSBR-JKKN KL.
Habis latihan, pergi makan, tapi hari mendung... Bila nak balik je, terus hujan lebat.. Terpaksa redah balik. Mujur hujan tak lama.. Kalau hari tu, samapi blackout... Memang memberi kenangan... hehehe...
Berbalik kepada penulisan blog, ramai orang menulis blog atas pelbagai sebab.. Luahan, bicara hati, pendidikan, bahkan perniagaan... Namun akku tidak begitu menjurus kepada subjek-subjek atau ruang lingkup tertentu... Mungkin beberapa skop kecil sahaja dan tidak begitu mendalam...
Bila aku menulis, aku berkongsi apa yang aku sedang rasa, pengalaman yang aku ada dan isu-isu tertentu mengikut kaca mata aku.. Kadang-kadang aku pun rasa seperti aku tidak begitu mengenali diri aku... Entahlah...
Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~
No comments:
Post a Comment