Perbincangan tertutup ini bermula jam 8.30 malam hinggalah jam 12.00 malam... Diskusi semakin lama menjadi semakin panas... Turut hadir selain pensyarah pembimbing ialah Tuan Haji Zainudin Haji Husin, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IPG Induk..
Antara isi diskusi tersebut ialah hala tuju penubuhan MPP IPG Induk, Sekilas pandang JPP-IPG dan akhir sekali jaringan IPG... Memang banyak yang dikemukan dalam perjuangan, matlamat dan hala tuju MPP induk ni.. Antara yang aku suarakan dan boleh aku bahagikan kepada matlamat jangka panjang dan pendek ialah memorandum untuk mengkaji semula Akta 174 terutama perkara 4 bab kewangan. Penubuhan perstuan sendiri, penyelarasan penggal khidmat JPP, penyelarasan nama MPP atau JPP dan akhir sekali pembayaran elaun dikembalikan secara bulanan dan tidak mengikut sem.
Dan cadngan aku yang akhir itulah "kurang" dipersetujui rakan sejawat (exco kebajikan) dari JPP-KB, menyebabkan aku bangkit dan lantang bersuara untuk mempertahankan usul aku.. Sebab sahabat ini kelihatan bias kepada kampus sendiri, sedangkan aku bercakap atasdasar semua 27 kampus IPG setelah aku membuat pemerhatian sekian lama, bahawa guru pelatih lemah dalam pengurusan kewangan. Maklumlah, fresh keluaran SPM...
Banyak lagi faktor lain yang aku jadikan sebagai asas pertimbangan, antaranya jumlah pelajar setiap kampus tidak sama, dan penurunan kewangan kerajaan (OS atau Objek Sebagai) adalah sama setiap kampus.. Elaun bandar dan luar bandar adalah berbeza, RM500 dan RM750 setiap bulan.. Jadi sukar untuk menyeragamkan pembayaran setiap sem bagi semua kampus...
Namun memang dapat aku simpulkan bahawa dia "kurang matang" dalam berhujah dan hanya menumpu kepada kampus dia... Entahlah, mungkin aku yang emo tapi itulah yang aku perhatikan, berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni...
Namun justifikasi dan kesepakatan akhirnya dicapai juga dan antara pengumuman Tn. Hj. Zainudin sedikit sebanyak membuka lembaran baru dalam dunia JPP dan pengurusan hal ehwal serta kebajikan pelajar di IPG... InsyaAllah, aku berharap agar penubuhan MPP induk dan konvensyen JPP IPG-IPG Malaysia pertama menjadi realiti..
Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~
No comments:
Post a Comment