"Hari ini menjual jagung
Hari esok menjual jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai..."
Itulah yang dapat aku beri gambaran... Kolej kediaman tempat aku terhad... Jadi setiap tahun tak semua dapat tinggal dalam, memberi laluan kepada junior baru plak... Aku memang akui aku tak punya ramai kawan kerana aku ni agak susah nak berkawan.. Biasa dengan click dan member-member rapat je... Jadi tiap-tiap tahun aku lalui benda yang sama... Bila dah rapat cam famili, ada click, pasti akan ada yang keluar...
Hanya yang betul-betul aktif akan dapat tinggal di dalam... Jadi konflik kendiri yang aku hadapi ini sentiasa berulang... Bila dah selalu berhadapan, kadang-kadang terbayang-bayang wajah mereka, yang berubah saban tahun, dengan orang ini gelagat macam ni, orang ni macamni... Semuanya mendewasakan pengalaman aku... Dan begitulah seterusnya...
Tak tahulah macam mana tahun ni... Esok senarai nama keluar untuk yang tinggal dalam dan yang keluar.. Aku kalau boleh tak nak lah benda yang sama jadi tiap-tiap tahun... Sepi rasanya... Harap semuanya baik-baik sahaja... Aku doakan~
Sekadar Perkongsian dan Luahan,
~Bila Ku Berlagu~
No comments:
Post a Comment