Monday, February 14, 2011

Terima Kasih

13/2/2011, Ahad- 10.15malam, aku mendapat panggilan telefon dari rakan seperjuangan, Along Gamelan. Dia nak tubuhkan satu kumpulan gamelan dibawah Taman Budaya Kuala Lumpur.. Gandingan ahli dan jurulatihnya (Abang Hamzah, ex-SUKTRA) memang ibarat 'intan terpilih'... Aku bersyukur dan berterima kasih...

     Aku harap kumpulan ini akan terus bersinar gemilang.. Dan aku juga harap kebanyakan persoalan dan kemusykilan berkenaan gamelan Melayu dapat dirungkai dengan adanya kumpulan ini, terutama teknik dan lagu gamelan yang sering diperdebatkan orang.

     Bila kumpulan ini sudah mantap, mungkin boleh mengorak selangkah kehadapan lagi, dengan mengadakan persembahan di sekolah/institusi pendidikan, mini simposium atau bengkel2 dan roadshow untuk memberi kesedaran tentang muzik gamelan dalam masyarakat. Ini cuma cadangan aku... Siapa tahu mungkin akan terlaksana?

     Aku harap dapat memperkembangkan potensi diri melalui kumpulan ini, dan belajar banyak lagi benda yang aku tidak arif.. Aku masih kurang pengetahuan dalam gamelan walaupun ia cabang seni yang aku cintai dan perjuangkan..

     Kalau dilihat memang banyak kumpulan gamelan yang ada di Malaysia, tapi bagaimana dengan teknik dan permainan mereka? Aku takut.. Seperti baru2 ini aku ada menonton persembahan gamelan oleh sebuah IPT, sayangnya cara mereka bermain sangat lain terutama gendang.. Dan bila ditanya, mereka mengakui itulah teknik dan permainan sebenar.. Hanya mampu menghela nafas panjang.. Tidak mahu memanjangkan cerita, aku memilih untuk senyap dan kononnya aku tidak tahu barang sedikit pun tentang gamelan..

     Antara permasalahan dasar atau fundamental dalam dunia gamelan ialah notasi atau lagu yang pelbagai versi dan yang mana adalah versi yang benar.. Teknik permainan yang pelbagai sehingga berlaku percampuran dan asimilasi luaran yang didakwa sesetengah pihak sebagai benar..  Kemusykilan sejarah, tarian gamelan serta nyanyian gamelan... Penggunaan instrument tertentu serta nada/key gamelan, dan beberapa permasalahan lain lagi... Mungkin sampai disini dahulu aku bicara...


Sekadar Perkongsian dan Luahan,

~Bila Ku Berlagu~