Antara kata-kata timbalan yang sempat aku quoted:-
"para pelajar akan sentiasa membangkitkan isu yang 'lawak' seperti elaun. Tahun ni kita dah masukkan elaun awal dan tak pernah saya rasa dapat seawal ni. Masa tak dapat elaun saya tengok post di FB macam2, sampai ada yang fotostat buku akaun, upload tunjuk baki ada sen-sen je, bila elaun dah masuk, post shopping beli baju sampai 3 helai la.. Pelajar kena bijak merancang kewangan. Nanti akan timbul pula isu elaun praktikum, bila dah selesai, elaun buku pula. Kemudian elaun kedua pula"...
Walaupun pengurusan pengagihan elaun mungkin 'bermasalah' atau lambat, pelajar juga harus faham dan lebih matang (namun ada segelintir yang memang bagus).. Bijak menguruskan kewangan.. Itu antara satu isu yang aku highlight.. Berbalik pada perkongsian kali ini, kalau pernah baca post2 aku sebelum ini, inilah isu yang sering aku ketengahkan.. Mentaliti dan kematangan pelajar IPG dibandingkan dengan IPT.. MAAF kawan2 IPG, tapi memang boleh dibilang dengan jari, pelajar kita yang boleh 'bekerja' dan berprogram, dari peringkat pemikir sampailah ke peringkat pelaksanaan. Kadang2 perancangan hebat tapi tak dapat dicapai objektifnya kerana masalah diperingkat pelaksanaan..
Bukan aku ingin memburuk2kan, caca merba sana sini, tapi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman.. Bila berkongsi cerita dengan mahasiswa U, boleh dikatakan banyak kekurangan kita walaupun ada sesetengah perkara kita mungkin lebih baik daripada mereka.
Aku merasakan isu ini juga berkaitan dengan Akta 174, yang banyak menyekat kebebasan guru pelatih.. Ingatlah, sekarang guru pelatih IPG adalah bertaraf mahasiswa, perlulah ada penelitian semula, agar pelajar dapat meguruskan organisasi dan bebas meyuarakan pendapat, kepemimpinan juga dapat diserlahkan lebih lagi.. MAAF jika apa yang ditulis ini mengganggu gugat mana2 pihak tapi eloklah direnungkan.. Sedangkan AUKU pun sudah mengalami beberapa pindaan, yang aku lihat dapat menjana transformasi mahasiswa tanah air..
Timbalan juga ada mengatakan tentang penyampaian kuliah.. Ya, mungkin perlukan sedikit pembaharuan.. Aspirasi timbalan aku lihat ada rasionalnya dalam banyak perkara. Jika pelaksanaan juga sehebat perancangan, insyaAllah kampus kita akan bitara.. Biarlah hal2 remeh tu kita ketepikan seketika- parkir pelajar, saman, kunci pagar.. Kita sudah matang, sepatutnya lebih tenang, gambarkan keperibadian GURU..
Aku juga mengambil kesempatan untuk menyatakan sokongan terhadap kempen 'Amalkan Gaya Berpakaian Guru Muslim/Muslimah'... Memang sesuai dan kena tempat dan masanya.. Rasanya biarlah sampai disini dahulu, maaf kepada mana-mana pihak jika tersinggung.. Hanya menyatakan dan meluahkan apa yang terbuku...
Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~
No comments:
Post a Comment