Saturday, February 26, 2011

Manifesto

26/2/2011, Sabtu- Alhamdulillah, semalam telah selesai pembentangan manifesto.. Mulanya agak gugup namun pengalaman lalu menjadikan diri lebih tenang dan yakin untuk membuat pengucapan awam.. Dan aku bangga dengan sahabat aku kerana walaupun baru balik bina insan guru (B.I.G), masih sanggup hadir dan memberi ucapannya..

     Disini aku nak kongsikan manifesto aku, yang dibuat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lepas, dapat aku artikulasikan 6 manifesto:


1. Penumpuan holistik bukan sekadar kebajikan tetapi aspek sosial juga.
    (memperkukuh integrasi pelajar melalui aktiviti sosial yang sihat).
2. Mewujudkan jaring jalin antara EXCO/ Biro dan IPG lain.
3. Kebajikan OKU- meneruskan kesinambungan dahulu.
4. Mengesyorkan pindaan perlembagaan JPP agar kebajikan pelajar lebih diberi penumpuan.
5. Menggesa pihak pentadbiran mengkaji semula sekatan terhadap akses internet.
6. Menjadi pejuang suara pelajar.

Inilah manifesto aku.. Semoga semuanya berjalan lancar...