Monday, February 28, 2011

Sehari di Kuala Lumpur

26/2/2011, Sabtu- Hari ni aku keluar bertemankan 3 orang rakan, Zaim, Zaki dan Fazlie, bertujuan untuk mencari Taman Budaya KL, kerana minggu depan aku mula terlibat dengan program 'Bimbingan Seni Budaya Rakyat' BSBR di Taman Budaya..

     Jadi sebab tak pernah sampai ke sana aku pun ingin mencuba pengangkutan awam untuk ke sana, disamping membuat bajet tambang berulang sebulan dan masa perjalanan dari maktab ke taman budaya.

     Kami bergerak lepas Zohor, naik kereta ke stesen LRT Cheras. Kemudian transit di LRT Masjid Jamek, tukar Putra LRT dan turun di LRT Pasar Seni. Tambangnya dari Cheras ke Masjid Jamek RM1.80, kemudian ke Pasar Seni pula RM1.00 je... Kiranya ulang alik RM5.00 jugak la..

     Sampai di LRT Pasar Seni, kami tertarik dengan pemandangan disana, Stesen Keretapi lama dan yang paling ingin aku highlightkan ialah mural graffiti di tepi sungai.. Memang cantik dan menarik hati..

Graffiti cantik2 sepanjang tepi sungai ni.



Inilah antara pemandangan di LRT Pasar Seni.. 'Keindahan' dalam kotaraya.. Interpretasi abstrak~

     Kemudian, kami bertanya kepada anggota polis bertugas dimana Taman Budaya KL, maklum la baru pertama kali sampai.. Alhamdulillah jumpa jugak Taman Budaya.. Terima kasih kepada encik polis~


Rumah lama yang cantik

Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN KL)

     Selepas menjengah dua-tiga sudut di sana, kami teruskan perjalanan.. Perjalanan menuju pulang, beserta pengalaman "aku berjalan dan melihat dunia"... Antara sumber pengalaman yang banyak mengajar aku..

LRT Pasar Seni

Tiket LRT, yang ni Fazlie

Melihatnya sabar menanti dengan tenang, menarik perhatian aku

Aku

Yang meneman aku- Zaki, Fazlie, Zaim
TERIMA KASIH sudi luangkan masa~

LRT Masjid Jamek



Realiti hidup di kota raya


Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di KLCC.. Sekadar menghilangkan bosan dan cuci mata..

KLCC

     Begitulah perjalanan sepetang kami.. Kembara kecil yang besar pengalaman dapat diperoleh... Hanya dengan memerhati sekeliling dan melihat dunia.. Gelagat manusia, pembangunan di ibu kota, jaringan pengangkutan awam, apresiasi seni abstrak, dan pelbagai lagi yang sempat aku rakam dalam minda- menjadi pengalaman berharga.... Sampai disini dahulu~


Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~


No comments: