Sunday, October 10, 2010

Kasih Abang

10.10.10, (Ahad) 4.00pm.- Sedang aku sibuk mengemas barang sebelum pulang semula ke maktab, aku sangat terkejut. Aku yang sedang menunduk memasukkan baju ke dalam beg, terpandang sesuatu yang dihulurkan kepadaku. Aku agak tergamam, "bakpe* ni?". Abang aku terus diam dan berlalu. Aku ambil dan aku simpan sebaiknya ke dalam wallet, bersama rasa bingung aku.
     Itulah sekeping not 50 pemberian abangku, yang aku tidak pinta pun. Aku kirakan semakin ada kematangan yang terbina dalam dirinya setelah pelbagai perkara dan pengalaman yang mematangkan diri ditempuhi. Aku bersyukur...

~Abang aku~
Terima kasih atas pemberian itu.

*kenapa / buat apa (loghat Pahang)

2 comments:

nidapink90 said...

bagus la.. beruntung mempunyai abang.. x mcm sy, anak sulong.. sy berharap dpt jd kakak yg baik dan pemurah juga..

Seruling Senja said...

insyaallah~