Semalam, agak lewat aku tidur.. Berbual dengan Pengerusi Biro Kediaman, saudara Amir Amjad, yang mana secara peribadi dapat dilihat dia jelas dengan visi dan misinya sendiri, lebih matang dan pemikiran yang terbuka dan dewasa. Dan daripada perbualan ini tercetuslah ilham untuk aku menulis pada kali ini.
Sekali lagi aku berbicara tentang kematangan, kedewasaan dan sikap remaja kini (dalam konteks ini merujuk kepada guru pelatih sendiri). Memang aku juga akui, di IPG ramai pelajar yang berilmu, intelek, tetapi tiada kepimpinan. Contoh senang bila minta disuarakan pendapat atau pandangan, sunyi dan sepi. Tetapi setelah dilaksanakan sesuatu, ramai yang jenis cakap belakang! Boleh dikatakan pelajar ini ada yang jenis 'tak tahu', 'tapi..', dan 'sepatutnya...'.
1.Tak tahu- Langsung tak ambil tahu, sekadar pergi kelas,belajar,balik, buat assignment, exam....
2.Tapi......- Nak aktiviti, bila diminta bekerja banyak alasan,sekejap je ada pastu lesap... "Aku tau buat ni,tapi...", "aku memang nak tolong, tapi..."
3. Sepatutnya- Nak macam-macam, tapi tak tolong satu apa, tau-tau komen itu-ini... "Sepatutnya macam ni, macam ni dan macam itu"
Berbanding pelajar 'U' yang lebih berdikari, berfikiran kritis dan lebih sedikit keterbukaannya, mereka lebih matang. Di IPG ibaratnya seperti makanan, sudah disuap, tinggal kunyah dan telan.. Tapi, masih minta dikunyah. Dah dikunyah, telan pun malas!
Bila berprogram, sejuta program sekali pun, tetap muka-muka yang sama. Hatta perwakilan pelajar sendiri, tidak semua yang mampu mengelolakan sesuatu program seadanya. Di pihak pelajar pula, ada yang tidak mahu menyertai program yang dianjurkan bahkan mengkritik dengan kritikan yang tidak membina. Sedangkan mereka juga sepatutnya mampu untuk menganjur, mengelola dan mengendali program, kerana itulah yang sepatutnya ada pada seorang guru. Tetapi sebab tiada 'title' atau jawatan, mereka menyepi dan masuklah seperti 3 golongan yang aku tulis diatas, yang paling signifikan yang dikenalpasti.
Aku percaya, di IPG aku sendiri bakal ketandusan pemimpin.. Melihat kepada trend sekarang... Kemampuan mereka untuk mengenal dan mengembangkan potensi sendiri kurang.. Mereka yang tidak mahu menonjolkan diri dan aktif berprogram.. Aku rasa jika sekadar kuliah, tidak mencukupi untuk memperkembangkan softskill yang ada. Ramai yang masih hanyut dengan gelombang dunia 'Gila-gila Remaja'.
Rasanya tidak ada pembelajaran (soft skills) yang berlaku kerana tiada perubahan tingkah laku daripada kurang baik kepada lebih baik. Ini Aku petik daripada Edward de Bonno.. Berbalik kepada 'U', aku mempunyai rakan yang aktif berpersatuan di UM, sungguh berdikari.. Sangat jauh rasanya jurang dia dan aku di IPG. Mereka 3 golongan yang aku nyatakan diatas mungkin boleh disamakan dengan Pro-M di 'U'...
Kalau dilihat pada kolum Ceritalah Lagi, oleh kolumnis akhbar The Star, Karim Raslan pada 10 Mei 2010, sistem pendidikan kita mungkin perlu diperbaiki dan ditambah baik lagi... Kerana kita masih tidak berjaya- melahirkan TIDAK ramai pelajar intelek yang kritis, matang, terbuka (dari aspek positif), dan berkepimpinan (saya merujuk kepada IPG). Penjenamaan semula maktab kepada IPG tidak menjadikannya gah pun.. Tetap orang kurang mengenali dan ada yang masih tidak mengenali, dan ada yang memperlekeh.. Peluang untuk aktif dan menonjol seperti mahasiswa juga kurang berbanding di 'U', terutama dengan adanya Akta 174 yang mengikat kami. Bahkan akses internet juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana disekat...
Are we avoiding to deal with another generation of independent-minded Malaysians?
Are we avoiding to deal with another generation of independent-minded Malaysians?
Sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsi, tetapi rasanya cukup setakat disini dahulu. Aku akan teruskan perbincangan ini di lain waktu.. Banyak pengalaman yang perlu dikutip..
Sekadar perkongsian dan luahan, maaf jika ada menyentuh atau menimbulkan sentimen mana-mana pihak. Sekian, Assalamualaikum w.b.t..
No comments:
Post a Comment