Sunday, October 3, 2010

Perkongsian...

     Terasa ingin berkongsi, minggu ni seakan-akan menguji jiwa ragaku. Macam-macam emosi tercetus. Alhamdulillah boleh dikawal. Ujian amali muzik sangat menguji ketabahan. Berlatih berminggu-minggu, namun panik tetap ada masa ujian. Vokal, Interval and Melody Dictation, Keyboard and Guitar... Akhirnya kuharungi semua walaupun dengan sedikit rasa kurang senang, tapi tamatnya ujian memberikan rasa lapang dada kepadaku.

     Tapi yang buat aku berasa agak tenang dan puas walau untuk seketika ialah jemputan rakan aktivis muzik gamelan, ALONG yang mengajak aku bersama-sama untuk mengajar gamelan dan menyusun lagu 'Rasa Sayang' untuk  flute di Sekolah Sains Selangor. Walaupun budaya sekolah di situ agak lain, aku beranikan diri, tampil sebagai bakal guru dan membantu rakanku itu. Alhamdulillah, lancar semuanya walaupun persembahan lagu 'Rasa Sayang' itu kesuntukan masa berlatih.

     Kepada Along, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya sama-sama menyertai walaupun untuk seketika. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain masa...

No comments: