Saturday, October 23, 2010

SEKIAN

22/10/2010, Jumaat- Hari ini dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Tahunan (Muktamar) Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) IPG IK, maka tamatlah perkhidmatan aku sebagai Naib Setiausaha bagi penggal 2009/2010, patah tumbuh hilang berganti.. Namun aku akan tetap menyumbangkan jasa kepada PGPI walau tiada lagi dalam senarai kepimpinan.



Sepanjang 3 semester berkhidmat, banyak yang aku pelajari dan pengalaman yang aku kutip, bertambahlah koleksi kemahiran dan pengalaman yang aku peroleh.. Sebenarnya bukan tujuan aku untuk berbangga dengan menceritakan semua kisah dan pengalaman aku memegang sesuatu jawatan, tapi itulah yang membuat aku matang dalam setiap tindakan dan cara aku berfikir, dan aku suka berkongsi pengalaman dengan orang lain agar sama-sama mebina warga yang culturally-literate dan indepent-minded serta kritis. Aku suka mencuba perkara baru dan aku kutip pengalaman daripadanya.

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf kepada semua AJK PGPI sepanjang aku berkhidmat.. Mungkin banyak kekurangan pada diri ini.. Dan kepada pucuk pimpinan baru aku harapkan agar mengekalkan atau membuat yang lebih baik daripada dahulu..

Dan insyaAllah aku akan bertanding untuk Perwakilan Pelajar pula tahun hadapan.. Aku harap agar dapat menyumbang lebih lagi pada masa hadapan..

Sekadar suatu luahan dan perkongsian, maaf jika ada menimbulkan rasa kurang senang pada mana-mana pihak. Assalamualaikum w.b.t..

No comments: