Baru-baru ini aku berpeluang untuk turut serta dalam program 'Anda Bijak Jauhi Zina' anjuran Unit Pengembangan dan Kaunseling IPG Kampus Ilmu Khas, KL. Penceramah dari Raudatus Sakinah- rumah perlindungan dan pemulihan untuk remaja muslimah yang terlanjur. Menurut beliau, rumah pemulihan Raudatus Sakinah semakin bertambah. Maksudnya.... anda pasti dapat tafsirkan sendiri..
Laporan Kabinet bertarikh 29 November 2008 menunjukkan pada tahun tersebut sebanyak 257, 411 kelahiran anak luar nikah di Malaysia. Aku ulang, MALAYSIA-negara Islam yang sedang membangun, negara tanah tumpah darah kita. Secara purata kiraan kasar aku menemukan 2500 kelahiran setiap hari bagi anak luar nikah. Itu yang diketahui, yang tidak dilaporkan? Malahan pada tahun 2009 menunjukkan peningkatan sebanyak 17, 303 menjadikan jumlah pada tahun 2009 sebanyak 274, 714 kelahiran anak luar nikah.
Apa yang berlaku dengan remaja kita hari ini, terutama yang beragama ISLAM! Sehingga negeri Melaka terpaksa menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil. Walaupun banyak pro-kontra penubuhannya, aku lihat ada kebaikannya. Oleh sebab itu kita perlu betulkan persepsi kita. Persepsi terhadap remaja kini.
Kita perlu kenal remaja kini, yang tergolong dalam Generasi Y (Gen-Y). Apa itu Gen-Y? Mereka adalah 78 milion manusia yang tinggal di bumi ini, lahir secara umumnya pada 1990 keatas yang merupakan 25% populasi dunia. 90% daripada mereka mempunyai telefon bimbit dan lebih suka 'online' dan menonton TV.
Ciri-ciri Gen-Y ialah individualistik, hidup dengan teknologi, santai/relaks, bersosial secara 'online' dan mampu membentuk pengaruh-juga dengan cara 'online'. Pola hidup mereka sangat bergantung dengan 'online' kerana internet menjadi sumber utama mencorakkan apa yang mereka fikir (80%) selain TV (20%).
Piramid Persepsi- menerangkan persepsi remaja Gen-Y. |
Jadi apakah solusi bagi wabak ini? Sudah tentulah AGAMA. Tetapi bagaimana pula laporan akhbar tentang pelajar agama yang ditangkap khalwat? Hal ini sebenarnya disebabkan oleh kurang atau tiada penghayatan pada agama, terutama cara hidup dan pendidikan. Laporan dalam NIH News oleh National Institute of Health, USA pada 2 April, 2003 menyimpulkan "strong religious views decrease teen's likehood to have sex". Maksudnya penghayatan agama mengurangkan keinginan remaja unuk berhubungan seks (bebas). Sebab itu menurut ulama Abdullah Nasih Ulwan, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak berkenaan keimanan, moral, jasmani, mental, daya tahan emosi dan juga SEKS. Remaja kini terlalu liberal dan input serta perbincangan kelompok mereka juga adalah terbuka.
Kitalah yang akan mencorakkan generasi mendatang. Harapan saya agar generasi Z pada masa hadapan ialah generasi yang kembali kepada agama, insyaAllah. Sekiranya ada kesilapan atau menguris hati mana-mana pihak saya memohon maaf. Sekadar suatu perkongsian dan luahan, Assalamualaikum w.b.t.
2 comments:
Penulisan yang baik.. syabas! hihi
terima kasih~
Post a Comment