Sunday, May 22, 2011

Terkenang kisah seorang murid~

14/5/2011, Sabtu- Aku baru sahaja pulang dari mengendalikan kem motivasi di sebuah sekolah di Selangor. Dan setelah aku pulang, sedang aku duduk bersahaja tiba-tiba aku teringat seorang murid dibawah bimbingan aku..

     Memang dapat aku lihat dari kaca matanya... Mungkin aku tak dapat selami tapi aku dapat lihat apa yang dia lalui... "Nanti matlamat kamu untuk capai 5A dalam UPSR, balik tunjukkan pada ibu bapa kamu...", dan aku mula lihat dia menunduk... Aku dekati dia dan bertanya, "kenapa ni? tadi semangat...". F: Mak saya dah tak da, meninggal sebab barah hati..."...

     Lalu aku pun agak terkesan dengan kata-kata anak sekecil 11 tahun itu... Patut la nampak lain... Juga ada kematangan dalam jiwanya...

Dia di sebelah aku
Kumpulan Fasilitator

Kumpulan Bimbingan yang aku bimbing
     Banyak yang aku peroleh daripada program ini, bukan setakat aku mengajar tetapi aku belajar... Aku harap agar dapat sertai lagi program-program sebegini lain kali...

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~


No comments: