Thursday, December 2, 2010

Rindu Kedemus- Kisah 3 hari 2 malam...

Seperti yang aku janji dulu, aku akan kongsikan kisah kembara aku.. Untuk kali ini negeri yang aku lawati ialah Melaka Bandaraya Bersejarah. Kisah 3 hari 2 malam..

29/11/10, Isnin- Aku tiba di Bukit Jalil lebih kurang pukul 4.50 petang. Terus aku dapatkan tiket bas ekspress untuk ke Melaka. Tanpa berfikir panjang aku terus membeli tiket bas ke Melaka, tanpa meninjau-ninjau syarikat bas lain. Terlintas di fikiran aku masa itu hanyalah sampai ke Melaka secepat yang boleh, kerana kawan aku telah menunggu aku di sana.

Jebat Ekspress, itulah bas yang aku naiki. Tanpa berlengah aku bayar RM12, ambil tiket dan terus ke Platform 2. Bas akan bertolak pada pukul 5 petang, bila-bila masa dari sekarang. Lebih kurang 5 minit selepas aku menaiki bas, perjalanan pun bermula.

Sebaik memasuki Seremban, hujan mulai gerimis. Aku tidak dapat melelapkan mata sepanjang perjalan, melihat pemandangan sepanjang jalan, biarpun hanya sawit. Bas yang aku naik itu melalui Alor Gajah, Sungai Udang, Masjid Tanah, Tanjung Kling, Klebang Besar dan berhenti di Melaka Sentral. Lebih kurang 5 jam perjalanan, akhirnya aku sampai juga dalam pukul 9malam.

Sambil menunggu kawan aku sampai, aku berjalan-jalan sekitar Melaka Sentral. "Boleh tahan", kata aku dalam hati, membandingkan kali akhir aku ke Melaka pada tahun 2003. Sambil-sambil itu aku mencari surau, bersolat maghrib dan isyak kerana sepoanjang perjalanan bas tidak berhenti. Beberapa ketika kawan aku pun sampai, bersama dua lagi rakan lain yang telah tiba sehari awal dari aku.

Sebaik tiba, kami pun terus berjalan sekitar Bandaraya Melaka. Destinasi pertama, River Cruise sepanjang sungai Melaka. Cantik dengan limpahan lampu sepanjang sungai ditambah pula dengan alunan lagu-lagu yang memang layan ngan tangkap leleh. Membangkitkan kenangan silam.



  
Pintu masuk

Antara pemandangan
Lepas pada tu, kitorang ke Menara Taming Sari, Muzium Samudera, Jonker Street ngan sekitar area tu...



Menara Taming Sari







Runtuhan Kota Melaka

















Lepas tu, kitorang pun balik ke rumah Shafiq di Umbai. lalu Lebuh AMJ, jalan yang akan aku kenang, ade ceritanya.. Sampai-sampai, hehe.. Masing-masing pun cari nasi~
***************

30/11/2010, Selasa- 8.00pagi, hari ni kitorang plan nk pegi air terjun. Ingat Shafiq nak bawak dalam area Melaka, rupenye sampai ke Gunung Ledang. Pagi tu kitorang sarapan roti mariam, makanan orang Jawa. Unik, best ngan.. hurm, korang patut try.. Sampai Zaki pun mintak resepi ngan mak Shafiq..

Roti Mariam, makan dengan sardin..


Perjalanan lebih kurang 2 jam. Lalu Bemban, terus ke daerah Ledang. Dalam perjalanan tu singgah isi minyak, nampak ade eksiden, lori ais pecah belakangnya, macam raksasasa plak keluar (statement Zaki).. haha

Sampai sane lebih kurang jam 10, masuk RM2 satu kepala, nak pergi boleh la... Kalau nak bergambar pun cantik.. Aku ngan 2 orang lagi member dibawa sampai ke tempat yang atas sekali, letih jugak lame tak mendaki. Tapi tengok tempat cantik, hilang penat.. Sampai tengahari lepak situ..







Tengahari sebelum balik, singgah makan kat kedai makan area Ledang.. Petang tu ke Melaka Sentral, Zaim a.k.a Klasikal da nak balik, nak ke MAHA'10 plak katenye. dengan family.. Tinggallah aku, Shafiq ngan Zaki bertiga..

Malamnya pulak kami keluar ke Dataran Pahlawan, pegi midnite movie kt GSC... Cerita- Ngangkung.. Serius best ngan lawak... Hahaha... Aku suke cerita tu... Dalam pukul 12 abes movie kitorang pun balik.

***************

1/12/2010, Rabu.- Hari ni hari akhir aku di Melaka.. Pagi tu kami sarapan roti kedemus, satu lagi makanan Orang Jawa yang mak Shafiq buat... Roti ni makan dengan kuah kacang... Makanan ni memang memberi aku suatu kenangan yang aku akan kenang...

Pagi tu, aku ngan Shafiq hantar Zaki dulu ke Melaka Sentral, sebab tiket dia pagi, pukul 11.. Tapi sebab sampai awal, kitorang pusing-pusing Melaka Sentral, sampai la terjumpa K-Box, tersingganh la pulak, layan 2-3 lagu, pusing-pusing skit, cukup pukul 11 kitorang hantar Zaki ke Platform.. Dia naik bas Mayang Sari..

Shafiq tahan nanges tu, nak berpisah ngan Zaki.. haha

Zaki sebak nak balik dah.. =P

Lepas ni aku pulak balik.. Tapi tiket aku petang la... So, sementara tu aku ikut la Shafiq bwak anak sedara dia jalan-jalan cari barang sekolah... Pak Chu yang baik hati la kate kan.. Hahaha~

Sambil-sambil tu Shafiq bawak aku pusing-pusing Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Kota A-Famosa, Muzium Istana Melaka... Pastu singgah makan McD.. Hahaha...









St. Paul

Anak Sedara Shafiq, baru form 3

St. Paul Church


Istana Melaka

Takkan Melayu Hilang Di Dunia






Lepas pada tu, kitorang pun kembali ke Melaka Sentral... Tibalah masa untuk aku pulang.. Menaiki bas Mara Liner pada jam 4.30 petang, aku pun meninggalkan Melaka dengan pelbagai kenangan... InsyaAllah aku akan ke sana lagi jika berkesempatan dan diizinkan Allah. Kepada Shafiq, terima kasih atas layanan selama kami di Melaka. Juga untuk transport dan tempat2 yang dibawa... Semua-semualah~

***************

Aku tiba di Kuantan hampir jam 10 malam.. kakak aku sudahpun menanti di perhentian bas.. Malam itu juga aku pulang ke Pekan.. Meneruskan perjalanan pulang, aku memandu pula kereta ke Pekan, biarpun penat, itulah namanya kembara...

***************

Dalam kembara kali ini, banyak juga yang aku belajar tentang sekeliling.. Hubungan kekeluargaan dan cara asuhan keluarga, sahabat, budaya masyarakat, dan yang penting KECEKALAN meneruskan hidup..
Ada sedikit yang aku ingin kongsi... Aku bangga dan lain-lain rasa yang tidak terucap olehku... Bila aku makan roti kedemus tu, aku akan ingat ibu sahabat aku tu...

Walaupun penglihatan nya sudah tidak sebaik dahulu, tapi masih mampu membuat semua kerja seperti biasa.. Bahkan membuat pelbagai kuih dan melayan kami sebagai tetamu dengan baik sekali.. Walaupun dengan usia dan penglihatan yang kurang baik (katarak)... Sebab itulah aku terkenangkan roti kedemus tu, juga terkenangkan si pembuatnya yang tidak mampu aku luahkan... Semuanya tentang erti hidup... yang patut aku contohi... Rindu kedemus~

***************

Sekadar perkongsian dan luahan, bila ku berlagu~

No comments: