Monday, November 22, 2010

SUNYI


Cuti kali ni agak bosan skit.. Bukan ape, aku jenis yang tak duduk diam.
Cuti kali ni pun kawan2 plak cuti diorang tak sama, ada yang baru nk final.
Projek aku dengan sekolah pun start lambat cuti kali ni, jadi aku macam tak tahu nak buat apa..
Nak FB? Bosan jugak asyik mengadap tu je...
Da hujung bulan 12 baru boleh nak buat aktiviti.. huhu, tak tahu la macamne..
Nak keluar tengok wayang, bowl; aku sorang2..
Kat rumah, abang aku kerja, kakak aku kerja, mak ayah aku kerja..
Kita yang student ni je cuti.. haha

Jadi aku pun bercadang nak pergi travel.. Pusing2 dua tiga negeri, balik la.. 
Mungkin rumah member2.. Tengok tempat ngan budaya orang..
Aku suka tu...
Banyak pengalaman dan cara penilaian kita terhadap orang..
Tak de la kita ambil enteng atau mudah terasa,
sebab perbezaan budaya dan persekitaran je pon..

InsyaAllah, kalau aku jadi pergi travel, aku akan kongsikan bersama2.
Doakan aku berjaya..

No comments: