Sunday, October 31, 2010

L . O . V . E .


Patient
Kind
Not Jealous
Not Boastful
Not Proud
Not Rude


Not Demanding of Its Own Way
Not Irritable
Not Keeping Record of Wrong
Not Rejoicing Injustice
Rejoicing Whenever Truth Wins Out
Never Giving Up
Never Losing Faith
Always Hopeful
Enduring Trough Every Circumstance

Monday, October 25, 2010

"YOU RAISED ME UP"

When I am down, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.
 

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be...

Saturday, October 23, 2010

SEKIAN

22/10/2010, Jumaat- Hari ini dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Tahunan (Muktamar) Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) IPG IK, maka tamatlah perkhidmatan aku sebagai Naib Setiausaha bagi penggal 2009/2010, patah tumbuh hilang berganti.. Namun aku akan tetap menyumbangkan jasa kepada PGPI walau tiada lagi dalam senarai kepimpinan.



Sepanjang 3 semester berkhidmat, banyak yang aku pelajari dan pengalaman yang aku kutip, bertambahlah koleksi kemahiran dan pengalaman yang aku peroleh.. Sebenarnya bukan tujuan aku untuk berbangga dengan menceritakan semua kisah dan pengalaman aku memegang sesuatu jawatan, tapi itulah yang membuat aku matang dalam setiap tindakan dan cara aku berfikir, dan aku suka berkongsi pengalaman dengan orang lain agar sama-sama mebina warga yang culturally-literate dan indepent-minded serta kritis. Aku suka mencuba perkara baru dan aku kutip pengalaman daripadanya.

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf kepada semua AJK PGPI sepanjang aku berkhidmat.. Mungkin banyak kekurangan pada diri ini.. Dan kepada pucuk pimpinan baru aku harapkan agar mengekalkan atau membuat yang lebih baik daripada dahulu..

Dan insyaAllah aku akan bertanding untuk Perwakilan Pelajar pula tahun hadapan.. Aku harap agar dapat menyumbang lebih lagi pada masa hadapan..

Sekadar suatu luahan dan perkongsian, maaf jika ada menimbulkan rasa kurang senang pada mana-mana pihak. Assalamualaikum w.b.t..

Thursday, October 21, 2010

Realiti Duka

Semalam, agak lewat aku tidur.. Berbual dengan Pengerusi Biro Kediaman, saudara Amir Amjad, yang mana secara peribadi dapat dilihat dia jelas dengan visi dan misinya sendiri, lebih matang dan pemikiran yang terbuka dan dewasa. Dan daripada perbualan ini tercetuslah ilham untuk aku menulis pada kali ini.

Sekali lagi aku berbicara tentang kematangan, kedewasaan dan sikap remaja kini (dalam konteks ini merujuk kepada guru pelatih sendiri). Memang aku juga akui, di IPG ramai pelajar yang berilmu, intelek, tetapi tiada kepimpinan. Contoh senang bila minta disuarakan pendapat atau pandangan, sunyi dan sepi. Tetapi setelah dilaksanakan sesuatu, ramai yang jenis cakap belakang! Boleh dikatakan pelajar ini ada yang jenis 'tak tahu', 'tapi..', dan 'sepatutnya...'.

1.Tak tahu- Langsung tak ambil tahu, sekadar pergi kelas,belajar,balik, buat assignment, exam....
2.Tapi......- Nak aktiviti, bila diminta bekerja banyak alasan,sekejap je ada pastu lesap... "Aku tau buat ni,tapi...", "aku memang nak tolong, tapi..."
3. Sepatutnya- Nak macam-macam, tapi tak tolong satu apa, tau-tau komen itu-ini... "Sepatutnya macam ni, macam ni dan macam itu"

Berbanding pelajar 'U' yang lebih berdikari, berfikiran kritis dan lebih sedikit keterbukaannya, mereka lebih matang. Di IPG ibaratnya seperti makanan, sudah disuap, tinggal kunyah dan telan.. Tapi, masih minta dikunyah. Dah dikunyah, telan pun malas!

Bila berprogram, sejuta program sekali pun, tetap muka-muka yang sama. Hatta perwakilan pelajar sendiri, tidak semua yang mampu mengelolakan sesuatu program seadanya. Di pihak pelajar pula, ada yang tidak mahu menyertai program yang dianjurkan bahkan mengkritik dengan kritikan yang tidak membina. Sedangkan mereka juga sepatutnya mampu untuk menganjur, mengelola dan mengendali program, kerana itulah yang sepatutnya ada pada seorang guru. Tetapi sebab tiada 'title' atau jawatan, mereka menyepi dan masuklah seperti 3 golongan yang aku tulis diatas, yang paling signifikan yang dikenalpasti.

Aku percaya, di IPG aku sendiri bakal ketandusan pemimpin.. Melihat kepada trend sekarang... Kemampuan mereka untuk mengenal dan mengembangkan potensi sendiri kurang.. Mereka yang tidak mahu menonjolkan diri dan aktif berprogram.. Aku rasa jika sekadar kuliah, tidak mencukupi untuk memperkembangkan softskill yang ada. Ramai yang masih hanyut dengan gelombang dunia 'Gila-gila Remaja'.

Rasanya tidak ada pembelajaran (soft skills) yang berlaku kerana tiada perubahan tingkah laku daripada kurang baik kepada lebih baik. Ini Aku petik daripada Edward de Bonno.. Berbalik kepada 'U', aku mempunyai rakan yang aktif berpersatuan di UM, sungguh berdikari.. Sangat jauh rasanya jurang dia dan aku di IPG. Mereka 3 golongan yang aku nyatakan diatas mungkin boleh disamakan dengan Pro-M di 'U'...

Kalau dilihat pada kolum Ceritalah Lagi, oleh kolumnis akhbar The Star, Karim Raslan pada 10 Mei 2010, sistem pendidikan kita mungkin perlu diperbaiki dan ditambah baik lagi... Kerana kita masih tidak berjaya- melahirkan TIDAK ramai pelajar intelek yang kritis, matang, terbuka (dari aspek positif), dan berkepimpinan (saya merujuk kepada IPG). Penjenamaan semula maktab kepada IPG tidak menjadikannya gah pun.. Tetap orang kurang mengenali dan ada yang masih tidak mengenali, dan ada yang memperlekeh.. Peluang untuk aktif dan menonjol seperti mahasiswa juga kurang berbanding di 'U', terutama dengan adanya Akta 174 yang mengikat kami. Bahkan akses internet juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana disekat...


Are we avoiding to deal with another generation of independent-minded Malaysians? 
 

Sebenarnya banyak lagi yang ingin dikongsi, tetapi rasanya cukup setakat disini dahulu. Aku akan teruskan perbincangan ini di lain waktu.. Banyak pengalaman yang perlu dikutip.. 

Sekadar perkongsian dan luahan, maaf jika ada menyentuh atau menimbulkan sentimen mana-mana pihak. Sekian, Assalamualaikum w.b.t..

Thursday, October 14, 2010

PENGENDALIAN MESYUARAT

1. Tentukan tujuan mesyuarat .

2. Persediaan sebelum mesyuarat :

a)      Pengerusi :
                        -Bincang dengan Naib Pengerusi dan Setiausaha .
                        -Sediakan aluan dan tujuan mesyuarat .

b)      Setiausaha :
                         -Tetapkan tarikh dan tempat (Bincang dengan Pengerusi)
                         -Tentukan agenda
                         -Mengeluarkan notis mesyuarat ( tiga hari sebelum)
                         -Menyediakan minit mesyuarat lepas .

c)      Bendahari :
                        -Menyediakan laporan kewangan .
                        -Buat semakan kewangan .
                        -Kemaskini buku rekod pungutan wang .


3. Agenda :

3.1 :Aluan Pengerusi
3.2 :Membentang minit mesyuarat lepas
3.3 :Perkara berbangkit
3.4 :Laporan kewangan
3.5 :Laporan ahli mesyuarat (agenda khas)
3.6 :Hal-hal lain
3.7 :Ucapan penangguhan                                   

-Ahli mesyuarat yang mengendalikan mesyuarat ialah pengerusi (ketua) .
-Kedudukan dalam mesyuarat
-Setiausaha dan Penolong Setiausaha sebagai pencatat mesyuarat .


AGENDA

1. Aluan Pengerusi

-Ucap selamat
-Mengalukan kehadiran ahli
-Meyatakan tujuan mesyuarat

2. Membentang dan mengesah minit mesyuarat yang lepas

-Setiausaha membentang
-Syor ahli baca minit mesyuarat
-Pengerusi membenarkan ahli jika terdapat pindaan pada minit mesyuarat
-Pengerusi mencadangkan agar minit disahkan

3. Perkara berbangkit

-Jika ada mesti dibincang dan dibuat keputusan untuk tindakan .

4. Laporan kewangan

-Bendahari membentang laporan kewangan terkini
-Syor ahli teliti penyata yang dibekalkan

5. Laporan ahli

-Agenda khas jika ada

6. Hal-hal lain

-Bincang dan putuskan (jika ada)

Langkah-langkah selepas mesyuarat
  1. Pengerusi :Ingatkan ahli agar laksanakan tindakan seperti yang diputuskan jemaah jawatan kuasa     sewaktu mesyuarat .
  2. Setiausaha :Sediakan minit mesyuarat dan serahkan pada pengerusi dan penasihat.
  3. Ahli-ahli  :Laksanakan tindakan seperti dalam mesyuarat .

Example of Personal Response (from article) - Semester 1, Reading and Writting paper, Minor Option: English

     After reading ‘Super Food Me’ by Simon Hemelryk, I feel that my diet is also unbalanced.  I eat fast food most of the time.  Now I realized that fast food is not good for our health.  The author then consume a lot of nutritious food especially vegetables. This reminds me during my recovering phase after I undergo an operation because of appendicitis. I only can eat suggested food by the dietician which is not in my taste. This article influenced me in consuming food for diet.  I should be more careful to choose a diet since wrong diet can affect my health whether I am lacking of nutrition or excess nutrition. The author had taken a lot of protein which was doubled the value of the nutritional requirement by government.  This make me remember of my late grandmother suffering from arthritis because of excess of protein.  The amino acid from the protein in her joint is over its limit that causing her arthritis. I also feel that good diet is very important as our body should get necessary nutrition. I can become weak and unhealthy if I lack of nutrition of excess nutrition.  I must follow the guidelines that have been given by the government. In example, the food pyramid is very helping for me to consumed balanced diet. I think the issue raised by the author should be given attention by others as it is much related to us in our daily diet. In my opinion, this article can give awareness of consuming a balanced diet as guided by government.

(261 words)

KEMAHIRAN ASAS NYANYIAN (Contoh Tugasan Pra-PISMP Major Pendidikan Muzik)

Dalam kemahiran menyanyi , lagu adalah sumber utama yang dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

-Aural
Kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari

-Fizikal
Pengawakan nafas dan mekanisme vokal

-Verbal
Kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa

-Daya ingatan muzikal
Kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula

-Persembahan
Menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat

-Interaksi sosial
Berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan

-Komunikasi
Menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian

ASPEK  NYANYIAN

Untuk mendapatkan nyanyian yang baik, seseorang perlu mengikut aspek nyanyian. Terdapat lima aspek nyanyian yang perlu diikuti.  Aspek tersebut ialah postur, pernafasan, sebutan dan ton, bentuk mulut dan latihan bunyi vokal dan terakhir jenis suara.

Postur
Dalam nyanyian, tubuh badan berfungsi sebagai alat muzik penting. Teknik vokal merangkumi  cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Postur terbahagi kepada dua iaitu berdiri dan duduk.

Postur  berdiri 


Berdiri tgak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan di kedua belah kaki dan seluruh anggota badan dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan di sisi badan.  Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang. Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus kehadapan.

Postur semasa duduk.

Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan diatas paha. Kerusi hanya duduk 1/3 bahagian kerusi dan jangan bersandar. Dada juga hendaklah kehadapan dengan bahu kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu.  Kepala mestilah sentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan.

Pernafasan
Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian, mulut dan kerongkong  perlu dibuka luas untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.

Sebutan dan ton
Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah paling jelas. Untuk menghasilkan pengeluaran ton yang baik ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting.
  • Tenaga
  • Intensiti
  • Kekuatan bunyi
  • Harakat (panjang  dan pendek)
Pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu ditekankan.

Bentuk mulut dan latihan bunyi vokal.



 Latihan mengikut solfege



Teknik Meniup Rekoder (contoh tugasan Pra-PISMP Major Pendidikan Muzik)

Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
Lima teknik tersebut ialah:
  1. Postur
  2. Embouchure
  3. Penglidahan
  4. Pernafasan
  5. Penjarian
Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.

TEKNIK PERTAMA – POSTUR
Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan

Condong 45°


Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder.  Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik.  Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa.  Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.  Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.  Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder.  Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.

TEKNIK KEDUA – EMBOUCHURE 




Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece).  Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder.  Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.

TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN

Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.
Untuk not  tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah.  Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’.  Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.  Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan.  Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.

TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASAN

Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal.  Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi.  Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.

TEKNIK KELIMA – PENJARIAN



Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder.  Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.  Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.  Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.  Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6.  Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.

Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.

Awesome Dozen

     Sudah berapa semester aku bersama korang. Banyak pengalaman sepanjang tempoh ni... Dari menyendiri sampai kita bersatu dan bernaung dengan nama Awesome Dozen.. Sebenarnya banyak juga yang nak dikongsi tapi cukuplah sedikit buat masa ini... Selama tempoh tu jugak aku mintak maaf dengan korang kalau ada silap salah.. 

      Mari kita berkenalan dengan keluarga Awesome Dozen, bakal guru Muzik dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur..

Awesome Dozen

 
Imran 

Chia Ming

Jia Lyn

Samantha

Piqa

Yan Hui

Fatin

Putri

Chooi @ Jade

Ee Wei

Ann

Aku ~ Syaraff

Wallet: Hadiah dari kawan

Tuesday, October 12, 2010

Nazam Ibu Mengandung


Ibu mengandung sembilan bulan 
Lebih dan kurang tak ditentukan 
Lahirkan dikau berapa kesakitan 
Berpantang pula minum dan makan

Cukuplah masa sampai ketika
Lahirlah engkau ke dalam dunia
Barulah suka ibu dan bapa
Kepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu merasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah ada
Siang dan malam ibumu jaga
Tidurpun tidak barang seketika
Makan dan minum tidak berasa

Berapalah dian dengannya tanglung
Diangkat dituam lalu dibedung
Sudahla jaga lalu didukung
Kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga di tengah malam
Tidurpun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutang
Kain dan baju tidak dipandang
Basah diampai kering dipinggang
Didukung galas tidak berengggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ibu bapamu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan

Sunday, October 10, 2010

Pudarnya Pesona Cleopatra - Habiburrahman El-Shirazy

     Dengan panjang lebar ibu menjelaskan, sebenarnya sejak ada dalan kandungan aku telahdijodohkan dengan Raihana yang tak pernah kukenal.” Ibunya Raihana adalah teman karib ibu waktu nyantri di pesantren Mangkuyudan Solo dulu” kata ibu.“Kami pernah berjanji, jika dikarunia anak berlainan jenis akan besanan untuk memperteguh tali persaudaraan. Karena itu ibu mohon keikhlasanmu” , ucap beliau dengan nada mengiba. Dalam pergulatan jiwa yang sulit berhari-hari, akhirnya aku pasrah. Aku menuruti keinginan ibu. Aku tak mau mengecewakan ibu. Aku ingin menjadi mentari pagi dihatinya, meskipun untuk itu aku harus mengorbankan diriku.Dengan hati pahit kuserahkan semuanya bulat-bulat pada ibu. Meskipun sesungguhnya dalam hatiku timbul kecemasan-kecemasan yang datang begitu saja dan tidak tahu alasannya.Yang jelas aku sudah punya kriteria dan impian tersendiri untuk calon istriku. Aku tidak bisa berbuat apa-apa berhadapan dengan air mata ibu yang amat kucintai. Saat khitbah (lamaran)sekilas kutatap wajah Raihana, benar kata Aida adikku, ia memang baby face dan anggun. Namun garis-garis kecantikan yang kuinginkan tak kutemukan sama sekali. Adikku, tante Lia mengakui Raihana cantik, “cantiknya alami, bisa jadi bintang iklan Lux lho, asli ! kata tante Lia. Tapi penilaianku lain, mungkin karena aku begitu hanyut dengan gadis-gadis Mesirtitisan Cleopatra, yang tinggi semampai, wajahnya putih jelita, dengan hidung melengkungindah, mata bulat bening khas arab, dan bibir yang merah.
     Di hari-hari menjelang pernikahanku, aku berusaha menumbuhkan bibit-bibit cintaku untuk calon istriku, tetapi usahaku selalu sia-sia.Aku ingin memberontak pada ibuku, tetapi wajah teduhnya meluluhkanku. Hari pernikahan datang. Duduk dipelaminan bagai mayat hidup, hati hampa tanpa cinta, Pesta pun meriah dengan empat group rebana. Lantunan shalawat Nabi pun terasa menusuk-nusuk hati. Kulihat Raihana tersenyum manis, tetapi hatiku terasa teriris-iris dan jiwaku meronta. Satu-satunya harapanku adalah mendapat berkah dari Allah SWT atas baktiku pada ibuku yang kucintai.Rabbighfir li wa liwalidayya! Layaknya pengantin baru, kupaksakan untuk mesra tapi bukan cinta, hanya sekedar karena aku seorang manusia yang terbiasa membaca ayat-ayatNya. Raihana tersenyum mengembang, hatiku menangisi kebohonganku dan kepura-puraanku.
     Tepat dua bulan Raihana kubawa ke kontrakan dipinggir kota Malang. Mulailah kehidupan hampa. Aku tak menemukan adanya gairah. Betapa susah hidupberkeluarga tanpa cinta. Makan, minum, tidur, dan shalat bersama dengan makhluk yang bernama Raihana, istriku, tapi Masya Allah bibit cintaku belum juga tumbuh. Suaranya yang lembut terasa hambar, wajahnya yang teduh tetap terasa asing. Memasuki bulan keempat,rasa muak hidup bersama Raihana mulai kurasakan, rasa ini muncul begitu saja. Aku mencoba membuang jauh-jauh rasa tidak baik ini, apalagi pada istri sendiri yang seharusnya kusayang dan kucintai. Sikapku pada Raihana mulai lain. Aku lebih banyak diam, acuh tak acuh, agak sinis, dan tidur pun lebih banyak di ruang tamu atau ruang kerja. Aku merasa hidupku ada lah sia-sia, belajar di luar negeri sia-sia, pernikahanku sia-sia, keberadaanku sia-sia. Tidak hanya aku yang tersiksa, Raihana pun merasakan hal yang sama, karena ia orang yangberpendidikan, maka dia pun tanya, tetapi kujawab ” tidak apa-apa koq mbak, mungkin aku belum dewasa, mungkin masih harus belajar berumah tangga” Ada kekagetan yang kutangkap diwajah Raihana ketika kupanggil ‘mbak’, ” kenapa mas memanggilku mbak, akukan istrimu, apa mas sudah tidak mencintaiku” tanyanya dengan guratan wajah yang sedih.“wallahu a’lam” jawabku sekenanya. Dengan mata berkaca-kaca Raihana diam menunduk, tak lama kemudian dia terisak-isak sambil memeluk kakiku, “Kalau mas tidak mencintaiku,tidak menerimaku sebagai istri kenapa mas ucapkan akad nikah? Kalau dalam tingkahku melayani mas masih ada yang kurang berkenan, kenapa mas tidak bilang dan menegurnya, kenapa mas diam saja, aku harus bersikap bagaimana untuk membahagiakan mas, kumohon bukalah sedikit hatimu untuk menjadi ruang bagi pengabdianku, bagi menyempurnakan ibadahku didunia ini”. Raihana mengiba penuh pasrah. Aku menangis menitikan air mata buka karena Raihana tetapi karena kepatunganku. Hari terus berjalan, tetapi komunikasi kami tidak berjalan. Kami hidup seperti orang asing tetapi Raihana tetap melayaniku menyiapkan segalanya untukku.
     Suatu sore aku pulang mengajar dan kehujanan, sampai dirumah habis maghrib, bibirku pucat, perutku belum kemasukkan apa-apa kecuali segelas kopi buatan Raihana tadi pagi, Memang aku berangkat pagi karena ada janji dengan teman. Raihana memandangiku dengan khawatir. “Mas tidak apa-apa” tanyanya dengan perasaan kuatir. “Mas mandi dengan air panas saja, aku sedang menggodoknya, lima menit lagi mendidih” lanjutnya. Aku melepas semua pakaian yang basah. “Mas airnya sudah siap” kata Raihana. Aku tak bicara sepatahkatapun, aku langsung ke kamar mandi, aku lupa membawa handuk, tetapi Raihana telah berdiri didepan pintu membawa handuk. “Mas aku buatkan wedang jahe” Aku diam saja. Aku merasa mulas dan mual dalam perutku tak bisa kutahan. Dengan cepat aku berlari ke kamar mandi dan Raihana mengejarku dan memijit-mijit pundak dan tengkukku seperti yang dilakukan ibu. ” Mas masuk angin. Biasanya kalau masuk angin diobati pakai apa, pakai balsam, minyak putih, atau jamu?” Tanya Raihana sambil menuntunku ke kamar. “Mas jangan diam saja dong, aku kan tidak tahu apa yang haruskulakukan untuk membantu Mas”. "Biasanya dikerokin” jawabku lirih. ” Kalau begitu kaos mas dilepas ya, biar Hana kerokin” sahut Raihana sambil tangannya melepas kaosku. Aku seperti anak kecil yang dimanja ibunya. Raihana dengan sabar mengerokin punggungku dengan sentuhan tangannya yang halus. Setelah selesai dikerokin, Raihana membawakanku semangkok bubur kacang hijau. Setelah itu aku merebahkan diri di tempat tidur. Kulihat Raihana duduk di kursi tak jauh dari tempat tidur sambil menghafal Al Quran dengan khusyu. Aku kembali sedih dan ingin menangis, Raihana manis tapi tak semanis gadis-gadismesir titisan Cleopatra. Dalam tidur aku bermimpi bertemu dengan Cleopatra, ia mengundangku untuk makan malam di istananya.” Aku punya keponakan namanya Mona Zaki, nanti akan aku perkenalkan denganmu” kata Ratu Cleopatra. ” Dia memintaku untuk mencarikannya seorang pangeran, aku melihatmu cocok dan berniat memperkenalkannya denganmu”. Aku mempersiapkansegalanya. Tepat pukul 07.00 aku datang ke istana, kulihat Mona Zaki dengan pakaian pengantinnya, cantik sekali. Sang ratu mempersilakan aku duduk di kursi yang berhias berlian. Aku melangkah maju, belum sempat duduk, tiba-tiba ” Mas, bangun, sudah jam setengah empat, mas belum sholat Isya” kata Raihana membangunkanku. Aku terbangun dengan perasaan kecewa. ” Maafkan aku Mas, membuat Mas kurang suka, tetapi Mas belum sholat Isya” lirih Hana sambil melepas mukenanya, mungkin dia baru selesai sholat malam. Meskipun cuman mimpi tapi itu indah sekali, tapi sayang terputus. Aku jadi semakin tidaksuka sama dia, dialah pemutus harapanku dan mimpi-mimpiku. Tapi apakah dia bersalah,bukankah dia berbuat baik membangunkanku untuk sholat Isya.
     Selanjutnya aku merasa sulit hidup bersama Raihana, aku tidak tahu dari mana sulitnya. Rasa tidak suka semakin menjadi-jadi. Aku benar-benar terpenjara dalam suasana konyol. Aku belum bisa menyukai Raihana. Aku sendiri belum pernah jatuh cinta, entah kenapa bisa dijajah pesona gadis-gadis titisan Cleopatra.” Mas, nanti sore ada acara qiqah di rumah Yu Imah. Semua keluarga akan datang termasuk ibundamu. Kita diundang juga. Yuk, kita datang bareng, tidak enak kalau kita yang dieluk elukan keluarga tidak datang” Suara lembut Raihana menyadarkan pengembaraanku pada Jaman Ibnu Hazm. Pelan-pelan ia letakkan nampan yang berisi onde-onde kesukaanku dan segelas wedang jahe. Tangannya yang halus agak gemetar. Aku dingin-dingin saja. ” Maaf..maaf jika mengganggu Mas, maafkan Hana,” lirihnya, lalu perlahan-lahan beranjak meninggalkan aku di ruangkerja. ” Mbak! Eh maaf, maksudku D..Din..Dinda Hana!, panggilku dengan suara parau tercekak dalam tenggorokan. ” Ya Mas!” sahut Hana langsung menghentikan langkahnya dan pelan-pelan menghadapkan dirinya padaku. Ia berusaha untuk tersenyum, agaknya ia bahagia dipanggil “dinda”. ” Matanya sedikit berbinar. “Te..terima kasih Di..dinda, kita berangkat bareng ke sana, habis sholat dhuhur, insya Allah,” ucapku sambil menatap wajah Hana dengan senyum yang kupaksakan. Raihana menatapku dengan wajah sangat cerah, ada secercah senyum bersinar dibibirnya. ”Terima kasih Mas, Ibu kita pasti senang, mau pakai baju yang mana Mas, biar dinda siapkan?Atau biar dinda saja yang memilihkan ya?”.Hana begitu bahagia. Perempuan berjilbab ini memang luar biasa, Ia tetap sabar mencurahkan bakti meskipun aku dingin dan acuh tak acuh padanya selama ini. Aku belum pernah melihatnya memasang wajah masam atau tidak suka padaku. Kalau wajah sedihnya ya. Tapi wajah tidak sukanya belum pernah. Bah, lelaki macam apa aku ini, kutukku pada diriku sendiri. Aku memaki maki diriku sendiri atas sikap dinginku selama ini., Tapi, setetes embun cinta yangkuharapkan membasahi hatiku tak juga turun. Kecantikan aura titisan Cleopatra itu? Bagaimana aku mengusirnya. Aku merasa menjadi orang yang paling membenci dirikusendiri di dunia ini.
     Acara pengajian dan qiqah putra ketiga Fatimah kakak sulung Raihana membawa sejarah baru lembaran pernikahan kami. Benar dugaan Raihana, kami dielu-elukan keluarga, disambut hangat, penuh cinta, dan penuh bangga. “Selamat datang pengantin baru! Selamat datang pasangan yang paling ideal dalam keluarga! Sambut Yu Imah disambut tepuk tangan bahagia mertua dan bundaku serta kerabat yang lain.Wajah Raihana cerah. Matanya berbinar-binar bahagia. Lain dengan aku, dalam hatiku menangis disebut pasangan ideal. Apanya yang ideal. Apa karena aku lulusan Mesir dan Raihana lulusan terbaik dikampusnyadan hafal Al Quran lantas disebut ideal? Ideal bagiku adalah seperti Ibnu Hazm dan istrinya,saling memiliki rasa cinta yang sampai pada pengorbanan satu sama lain. Rasa cinta yang tidak lagi memungkinkan adanya pengkhianatan. Rasa cinta yang dari detik ke detik meneteskan rasa bahagia.Tapi diriku? Aku belum bisa memiliki cinta seperti yang dimiliki Raihana. Sambutan sanak saudara pada kami benar-benar hangat. Aku dibuat kaget oleh sikap Raihana yang begitu kuat menjaga kewibawaanku di mata keluarga. Pada ibuku dan semuanya tidak pernah diceritakan, kecuali menyanjung kebaikanku sebagai seorang suami yang dicintainya. Bahkan ia mengaku bangga dan bahagia menjadi istriku. Aku sendiri dibuat pusing dengansikapku. Lebih pusing lagi sikap ibuku dan mertuaku yang menyindir tentang keturunan. ”Sudah satu tahun putra sulungku menikah, koq belum ada tanda-tandanya ya, padahal aku ingin sekali menimang cucu” kata ibuku. ” Insya Allah tak lama lagi, ibu akan menimang cucu, doakanlah kami. Bukankah begitu, Mas?” sahut Raihana sambil menyikut lenganku, aku tergagap dan mengangguk sekenanya. Setelah peristiwa itu, aku mencoba bersikap bersahabat dengan Raihana. Aku berpura-pura kembali mesra dengannya, sebagai suami betulan. Jujur, aku hanya pura-pura. Sebab bukan atas dasar cinta, dan bukan kehendakku sendiri aku melakukannya, ini semua demi ibuku.Allah Maha Kuasa.
     Kepura-puraanku memuliakan Raihana sebagai seorang istri. Raihana hamil. Ia semakin manis.Keluarga bersuka cita semua. Namun hatiku menangis karena cinta tak kunjung tiba. Tuhan kasihanilah hamba, datangkanlah cinta itu segera. Sejak itu aku semakin sedih sehingga Raihana yang sedang hamil tidak kuperhatikan lagi. Setiap saat nuraniku bertanya” Mana tanggung jawabmu!” Aku hanya diam dan mendesah sedih. ” Entahlah, betapa sulit akumenemukan cinta” gumamku. Dan akhirnya datanglah hari itu, usia kehamilan Raihana memasuki bulan ke enam. Raihana minta ijin untuk tinggal bersama orang tuanya dengan alasan kesehatan. Kukabulkan permintaanya dan kuantarkan dia kerumahnya. Karena rumah mertua jauh dari kampus tempat aku mengajar, mertuaku tak menaruh curiga ketika aku harus tetap tinggal dikontrakan. Ketika aku pamitan, Raihana berpesan, ” Mas untuk menambah biaya kelahiran anak kita, tolong nanti cairkan tabunganku yang ada di ATM. Aku taruh dibawah bantal, no.pinnya sama dengan tanggal pernikahan kita”.
     Setelah Raihana tinggal bersama ibunya, aku sedikit lega. Setiap hari Aku tidak bertemudengan orang yang membuatku tidak nyaman. Entah apa sebabnya bisa demikian. Hanya saja aku sedikit repot, harus menyiapkan segalanya.Tapi toh bukan masalah bagiku, karena aku sudah terbiasa saat kuliah di Mesir. Waktu terus berjalan, dan aku merasa enjoy tanpa Raihana. Suatu saat aku pulang kehujanan. Sampai rumah hari sudah petang, aku merasa tubuhku benar-benar lemas. Aku muntah muntah, menggigil, kepala pusing dan perut mual. Saat itu terlintas dihati andaikan ada Raihana, dia pasti telah menyiapkan air panas, bubur kacang hijau, membantu mengobati masuk angin dengan mengeroki punggungku, lalu menyuruhku istirahat dan menutupi tubuhku dengan selimut. Malam itu aku benar-benar tersiksa dan menderita. Aku terbangun jam enam pagi. Badan sudah segar. Tapi ada penyesalan dalam hati, aku belum sholat Isyadan terlambat sholat subuh. Baru sedikit terasa, andaikan ada Raihana tentu aku ngak meninggalkan sholat Isya, dan tidak terlambat sholat subuh. Lintasan Raihana hilang seiring keberangkatan mengajar di kampus. Apalagi aku mendapat tugas dari universitas untuk mengikuti pelatihan mutu dosen mata kuliah bahasa arab. Diantaranya tutornya adalah professor bahasa arab dari Mesir. Aku jadi banyak berbincangdengan beliau tentang mesir.
     Dalam pelatihan aku juga berkenalan dengan Pak Qalyubi, seorang dosen bahasa arab dari Medan. Dia menempuh S1-nya di Mesir. Dia menceritakansatu pengalaman hidup yang menurutnya pahit dan terlanjur dijalani. “Apakah kamu sudah menikah?” kata Pak Qalyubi. “Alhamdulillah, sudah” jawabku. ” Dengan orang mana?. ”Orang Jawa”. ” Pasti orang yang baik ya. Iya kan? Biasanya pulang dari Mesir banyak saudara yang menawarkan untuk menikah dengan perempuan shalehah. Paling tidak santriwati, lulusan pesantren. Istrimu dari pesantren?”. “Pernah, alhamdulillah dia sarjanadan hafal Al Quran”. ” Kau sangat beruntung, tidak sepertiku”. ” Kenapa dengan Bapak?” ”Aku melakukan langkah yang salah, seandainya aku tidak menikah dengan orang Mesir itu,tentu batinku tidak merana seperti sekarang”. ” Bagaimana itu bisa terjadi?”. “Kamu tentu tahu kan gadis Mesir itu cantik-cantik, dan karena terpesona dengan kecantikanya saya menderita seperti ini. Ceritanya begini, Saya seorang anak tunggal dari seorang yang kaya, saya berangkat ke Mesir dengan biaya orang tua. Disana saya bersama kakak kelas namanya Fadhil, orang Medan juga. Seiring dengan berjalannya waktu, tahun pertama saya lulus dengan predikat jayyid, predikat yang cukup sulit bagi pelajar dari Indonesia. Demikian juga dengan tahun kedua. Karena prestasi saya, tuan rumah tempat saya tinggal menyukai saya. Saya dikenalkan dengan anak gadisnya yang bernama Yasmin. Dia tidak pakai jilbab. Pada pandangan pertama saya jatuh cinta, saya belum pernah melihat gadis secantuk itu. Saya bersumpah tidak akan menikah dengan siapapun kecuali dia. Ternyataperasaan saya tidak bertepuk sebelah tangan. Kisah cinta saya didengar oleh Fadhil. Fadhil membuat garis tegas, akhiri hubungan dengan anak tuan rumah itu atau sekalian lanjutkandengan menikahinya. Saya memilih yang kedua.Ketika saya menikahi Yasmin, banyak teman-teman yang memberi masukan begini, sama sama menikah dengan gadis Mesir, kenapa tidak mencari mahasiswi Al Azhar yang hafal AlQuran, salehah, dan berjilbab. Itu lebih selamat dari pada dengan Yasmin yang awam pengetahuan agamanya. Tetapi saya tetap teguh untuk menikahinya. Dengan biaya yang tinggi saya berhasil menikahi Yasmin.Yasmin menuntut diberi sesuatu yang lebih dari gadis Mesir. Perabot rumah yang mewah, menginap di hotel berbintang.
     Begitu selesai S1 saya kembali ke Medan, saya minta agarasset yang di Mesir dijual untuk modal di Indonesia. Kami langsung membeli rumah yang cukup mewah di kota Medan. Tahun-tahun pertama hidup kami berjalan baik, setiap tahunnya Yasmin mengajak ke Mesir menengok orang tuanya. Aku masih bisa memenuhi semua yang diinginkan Yasmin. Hidup terus berjalan, biaya hidup semakin nambah, anak kami yang ketiga lahir, tetapi pemasukan tidak bertambah. Saya minta Yasmin untuk berhemat. Tidak setiap tahun tetapi tiga tahun sekali namun Yasmin tidak bisa. Aku mati-matian berbisnis, demi keinginan Yasmin dan anak-anak terpenuhi. Sawah terakhir milik Ayah saya jual untuk modal. Dalam diri saya mulai muncul penyesalan. Setiap kali saya melihat teman-teman alumni Mesir yang hidup dengan tenang dan damai dengan istrinya. Bisa mengamalkan ilmu dan bisa berdakwah dengan baik. Dicintai masyarakat. Sayatidak mendapatkan apa yang mereka dapatkan. Jika saya pengen rendang, saya harus kewarung. Yasmin tidak mau tahu dengan masakan Indonesia. Kau tahu sendiri, gadis Mesir biasanya memanggil suaminya dengan namanya. Jika adasedikit letupan, maka rumah seperti neraka.
     Puncak penderitaan saya dimulai setahun yang lalu. Usaha saya bangkrut, saya minta Yasmin untuk menjual perhiasannya, tetapi dia tidak mau. Dia malah membandingkan dirinya yang hidup serba kurang dengan sepupunya. Sepupunya mendapat suami orang Mesir. Saya menyesal meletakkan kecantikan diatas segalanya. Saya telah diperbudak dengan kecantikannya. Mengetahui keadaan saya yang terjepit, ayah dan ibu mengalah. Mereka menjual rumah dan tanah, yang akhirnya mereka tinggal di ruko yang kecil dan sempit. Batin saya menangis. Mereka berharap modal itu cukup untuk merintis bisnis saya yang bangkrut. Bisnis saya mulai bangkit, Yasmin mulai berulah, dia mengajak ke Mesir. Waktu di Mesir itulah puncak tragedy yang menyakitkan. ” Aku menyesal menikah dengan orang Indonesia, aku minta kau ceraikan aku, aku tidak bisa bahagia kecuali dengan lelaki Mesir”. KataYasmin yang bagaikan geledek menyambar. Lalu tanpa dosa dia bercerita bahwa tadi di KBRI dia bertemu dengan temannya. Teman lamanya itu sudah jadi bisnisman, dan istrinya sudah meninggal. Yasmin diajak makan siang, dan dilanjutkan dengan perselingkuhan. Aku pukul dia karena tak bisa menahan diri. Atas tindakan itu saya dilaporkan ke polisi. Yang menyakitkan adalah tak satu pun keluarganya yang membelaku. Rupanya selama ini Yasmin sering mengirim surat yang berisi berita bohong. Sejak saat itu saya mengalami depresi. Dua bulan yang lalu saya mendapat surat cerai dari Mesir sekaligus mendapat salinan surat nikah Yasmin dengan temannya. Hati saya sangat sakit, ketika si sulung menggigau meminta ibunya pulang”.
     Mendengar cerita Pak Qulyubi membuatku terisak-isak. Perjalanan hidupnya menyadarkanku. Aku teringat Raihana. Perlahan wajahnya terbayang dimataku, tak terasa sudah dua bulan aku berpisah dengannya. Tiba-tiba ada kerinduan yang menyelinap dihati. Dia istri yang sangat shalehah. Tidak pernah meminta apapun. Bahkan yang keluar adalah pengabdian dan pengorbanan. Hanya karena kemurahan Allah aku mendapatkan istri sepertidia. Meskipun hatiku belum terbuka lebar, tetapi wajah Raihana telah menyala didindingnya. Apa yang sedang dilakukan Raihana sekarang? Bagaimana kandungannya? Sudah delapanbulan. Sebentar lagi melahirkan. Aku jadi teringat pesannya. Dia ingin agar aku mencairkan tabungannya.Pulang dari pelatihan, aku menyempatkan ke toko baju muslim, aku ingin membelikannya untuk Raihana, juga daster, dan pakaian bayi. Aku ingin memberikan kejutan, agar dia tersenyum menyambut kedatanganku. Aku tidak langsung ke rumah mertua, tetapi kekontrakan untuk mengambil uang tabungan, yang disimpan dibawah bantal. Dibawah kasur itu kutemukan kertas Merah jambu. Hatiku berdesir, darahku terkesiap. Surat cinta siapa ini,rasanya aku belum pernah membuat surat cinta untuk istriku. Jangan-jangan ini surat cinta istriku dengan lelaki lain. Gila! Jangan-jangan istriku serong. Dengan rasa takut kubaca surat itu satu persatu. Dan ya Rabbii ternyata surat-surat itu adalah ungkapan hati Raihana yangselama ini aku zhalimi. Ia menulis, betapa ia mati-matian mencintaiku, meredam rindunyaakan belaianku. Ia menguatkan diri untuk menahan nestapa dan derita yang luar biasa. HanyaAllah lah tempat ia meratap melabuhkan dukanya. Dan ya .. Allah, ia tetap setia memanjatkan doa untuk kebaikan suaminya. Dan betapa dia ingin hadirnya cinta sejati dariku.
     “Rabbi dengan penuh kesyukuran, hamba bersimpuh dihadapan-Mu. Lakal hamdu ya Rabb. Telah muliakan hamba dengan Al Quran. Kalaulah bukan karena karunia-Mu yang agung ini,niscaya hamba sudah terperosok kedalam jurang kenistaan. Ya Rabbi, curahkan tambahankesabaran dalam diri hamba” tulis Raihana.Dalam akhir tulisannya Raihana berdoa” Ya Allah inilah hamba-Mu yang kerdil penuh noda dan dosa kembali datang mengetuk pintumu, melabuhkan derita jiwa ini kehadirat-Mu. YaAllah sudah tujuh bulan ini hamba-Mu ini hamil penuh derita dan kepayahan. Namun kenapabegitu tega suami hamba tak mempedulikanku dan menelantarkanku. Masih kurang apa rasacinta hamba padanya. Masih kurang apa kesetiaanku padanya. Masih kurang apa baktiku padanya? Ya Allah, jika memang masih ada yang kurang, ilhamkanlah pada hamba-Mu ini cara berakhlak yang lebih mulia lagi pada suamiku.Ya Allah, dengan rahmatMu hamba mohon jangan murkai dia karena kelalaiannya. Cukup hamba saja yang menderita. Maafkanlah dia, dengan penuh cinta hamba masih tetapmenyayanginya. Ya Allah berilah hamba kekuatan untuk tetap berbakti dan memuliakannya.Ya Allah, Engkau maha Tahu bahwa hamba sangat mencintainya karena-Mu. Sampaikanlahrasa cinta ini kepadanya dengan cara-Mu. Tegurlah dia dengan teguran-Mu. Ya Allah dengarkanlah doa hamba-Mu ini. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Engkau, MahaSuci Engkau”.
     Tak terasa air mataku mengalir, dadaku terasa sesak oleh rasa haru yang luar biasa. Tangisku meledak. Dalam tangisku semua kebaikan Raihana terbayang. Wajahnya yang baby face dante duh, pengorbanan dan pengabdiannya yang tiada putusnya, suaranya yang lembut, tanganya yang halus bersimpuh memeluk kakiku, semuanya terbayang mengalirkan perasaan haru dan cinta. Dalam keharuan terasa ada angin sejuk yang turun dari langit dan merasuk dalam jiwaku. Seketika itu pesona Cleopatra telah memudar berganti cinta Raihana yang datang di hati. Rasa sayang dan cinta pada Raihan tiba-tiba begitu kuat mengakar dalam hatiku. Cahaya Raihana terus berkilat-kilat dimata. Aku tiba-tiba begitu merindukannya. Segera kukejar waktu untuk membagi Cintaku dengan Raihana. Kukebut kendaraanku. Kupacu kencang seiring dengan air mataku yang menetes sepanjang jalan.
     Begitu sampai di halaman rumah mertua, nyaris tangisku meledak. Kutahan dengan nafas panjang dan ku usap air mataku. Melihat kedatanganku, ibu mertuaku memelukku dan menangis tersedu- sedu. Aku jadi heran dan ikut menangis. ” Mana Raihana Bu?”. Ibu mertua hanya menangis dan menangis. Aku terus bertanya apa sebenarnya yang telah terjadi.” Raihana…istrimu. .istrimu dan anakmu yang dikandungnya” . ” Ada apa dengan dia”. ” Dia telah tiada”. ” Ibu berkata apa!”. ” Istrimu telah meninggal seminggu yang lalu. Dia terjatuh di kamar mandi. Kami membawanya ke rumah sakit. Dia dan bayinya tidak selamat. Sebelum meninggal, dia berpesan untuk memintakan maaf atas segala kekurangan dan kekhilafannya selama menyertaimu. Dia meminta maaf karena tidak bisa membuatmu bahagia. Dia meminta maaf telah dengan tidak sengaja membuatmu menderita. Dia minta kau meridhionya” .Hatiku bergetar hebat. ” kenapa ibu tidak memberi kabar padaku?”. “Ketika Raihana dibawa ke rumah sakit, aku telah mengutus seseorang untuk menjemputmu di rumah kontrakan, tapi kamu tidak ada. Dihubungi ke kampus katanya kamu sedang mengikuti pelatihan. Kami tidak ingin mengganggumu. Apalagi Raihana berpesan agar kami tidak mengganggu ketenanganmu selama pelatihan. Dan ketika Raihana meninggal kami sangat sedih, Jadi Maafkanlah kami”.Aku menangis tersedu-sedu. Hatiku pilu. Jiwaku remuk. Ketika aku merasakan cinta Raihana, dia telah tiada. Ketika aku ingin menebus dosaku, dia telah meninggalkanku. Ketika aku ingin memuliakannya dia telah tiada. Dia telah meninggalkan aku tanpa memberi kesempatan padaku untuk sekedar minta maaf dan tersenyum padanya. Tuhan telah menghukumku dengan penyesalan dan perasaan bersalah tiada terkira.Ibu mertua mengajakku ke sebuah gundukan tanah yang masih baru dikuburan pinggir desa. Diatas gundukan itu ada dua buah batu nisan. Nama dan hari wafat Raihana tertulis disana. Aku tak kuat menahan rasa cinta, haru, rindu dan penyesalan yang luar biasa. Aku inginRaihana hidup kembali. Dunia tiba-tiba gelap semua ……..

Kasih Abang

10.10.10, (Ahad) 4.00pm.- Sedang aku sibuk mengemas barang sebelum pulang semula ke maktab, aku sangat terkejut. Aku yang sedang menunduk memasukkan baju ke dalam beg, terpandang sesuatu yang dihulurkan kepadaku. Aku agak tergamam, "bakpe* ni?". Abang aku terus diam dan berlalu. Aku ambil dan aku simpan sebaiknya ke dalam wallet, bersama rasa bingung aku.
     Itulah sekeping not 50 pemberian abangku, yang aku tidak pinta pun. Aku kirakan semakin ada kematangan yang terbina dalam dirinya setelah pelbagai perkara dan pengalaman yang mematangkan diri ditempuhi. Aku bersyukur...

~Abang aku~
Terima kasih atas pemberian itu.

*kenapa / buat apa (loghat Pahang)

Wednesday, October 6, 2010

KOLEKSI PANTUN

Hujan turun badan pun basah,
     Patah galah haluan perahu;
Hajat di hati tak nak berpisah,
     Kuasa Allah siapa yang tahu.

Pulau Pangkor lautnya dalam, 
     Sampan sekaki dihanyut ombak;
Kalau diukur kisah silam,
     Remuklah hati kerana sebak.

Menanam kelapa di Pulau Bukum,
    Tinggi sedepa sudah berbuah;
Adat bermula dengan hukum,
     Hukum bersandar di kitab Allah.

Anak ikan kena campak,
     Ikan senangin malu-malu;
Kita di sini bukanlah nampak,
     Cuma dikhabar angin yang lalu.

Mudik perahu bersarat barang,
     Dari Tembeling sampai ke Pekan;
Walau jauh di negeri orang,
     Hati sering di kampung halaman.

Pulau Tioman indah nian,
     Teluk Cempedak melambai-lambai;
Diri kawan sungguh kasihan,
     Melayang-layang ibarat tirai.

Sungguh galak terbang merpati, 
     Jauh dari helang raksasa;
Sungguh sebak rasa di hati,
     Jauh dari keluarga didesa.

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Bangun pagi sembahyang subuh,
     Minta doa pada Tuhan.

Pucuk gelam di atas peti,
     Peti kaca beralas baldu;
Remuk redam rasanya hati,
     Bagai kaca terhempas ke batu.

Tuesday, October 5, 2010

Matangkah Kita? (Bahagian II)

     Alhamdulillah dapat juga aku sambung 'Matangkah Kita' bahagian II. Tujuan sebenar penulisan ini sebenarnya sebagai satu perkongsian, luahan dan pendedahan yang berlaku dalam kalangan remaja kita kini. PARAH! Itulah yang dapat aku katakan.

     Baru-baru ini aku berpeluang untuk turut serta dalam program 'Anda Bijak Jauhi Zina' anjuran Unit Pengembangan dan Kaunseling IPG Kampus Ilmu Khas, KL. Penceramah dari Raudatus Sakinah- rumah perlindungan dan pemulihan untuk remaja muslimah yang terlanjur. Menurut beliau, rumah pemulihan Raudatus Sakinah semakin bertambah. Maksudnya.... anda pasti dapat tafsirkan sendiri..

     Laporan Kabinet bertarikh 29 November 2008 menunjukkan pada tahun tersebut sebanyak 257, 411 kelahiran anak luar nikah di Malaysia. Aku ulang, MALAYSIA-negara Islam yang sedang membangun, negara tanah tumpah darah kita. Secara purata kiraan kasar aku menemukan 2500 kelahiran setiap hari bagi anak luar nikah. Itu yang diketahui, yang tidak dilaporkan? Malahan pada tahun 2009 menunjukkan peningkatan sebanyak 17, 303 menjadikan jumlah pada tahun 2009 sebanyak 274, 714 kelahiran anak luar nikah.

     Apa yang berlaku dengan remaja kita hari ini, terutama yang beragama ISLAM! Sehingga negeri Melaka terpaksa menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil. Walaupun banyak pro-kontra penubuhannya, aku lihat ada kebaikannya. Oleh sebab itu kita perlu betulkan persepsi kita. Persepsi terhadap remaja kini.

     Kita perlu kenal remaja kini, yang tergolong dalam Generasi Y (Gen-Y). Apa itu Gen-Y? Mereka adalah 78 milion manusia yang tinggal di bumi ini, lahir secara umumnya pada 1990 keatas yang merupakan 25% populasi dunia. 90% daripada mereka mempunyai telefon bimbit dan lebih suka 'online' dan menonton TV.
Ciri-ciri Gen-Y ialah individualistik, hidup dengan teknologi, santai/relaks, bersosial secara 'online' dan mampu membentuk pengaruh-juga dengan cara 'online'. Pola hidup mereka sangat bergantung dengan 'online' kerana internet menjadi sumber utama mencorakkan apa yang mereka fikir (80%) selain TV (20%).

Piramid Persepsi- menerangkan persepsi remaja Gen-Y.
     Bagi kes hamil luar nikah, remaja kebanyakannya  tiada ilmu dan informasi. Pendedahan berkenaan STD atau Sex Transmitted Disease juga kosong. Hal ini mewujukan pergaulan bebas- melacur, terlibat kumpulan-kumpulan tertentu (antara masalh kompleks untuk dihuraikan) yang berpegang kepada prinsip terutama prinsip seks bebas, seperti beberapa kumpulan underground yang wujud di Malaysia. Laporan kajian Mohd. Shafar Sabran dari UPM membuktikan 300 remaja MELAYU beragama ISLAM terlibat/mengamalkan salah laku seks bebas. Adakah disebabkan oleh masalah komunikasi (remaja malu bertanya) tentang persoalan berkaitan seks antara remaja dengan ibu bapa, guru juga kaunselor? Kita perlu sama-sama telusuri dan memperhalusi masalah ni.

     Jadi apakah solusi bagi wabak ini? Sudah tentulah AGAMA. Tetapi bagaimana pula laporan akhbar tentang pelajar agama yang ditangkap khalwat? Hal ini sebenarnya disebabkan oleh kurang atau tiada penghayatan pada agama, terutama cara hidup dan pendidikan. Laporan dalam NIH News oleh National Institute of Health, USA pada 2 April, 2003 menyimpulkan "strong religious views decrease teen's likehood to have sex". Maksudnya penghayatan agama mengurangkan  keinginan remaja unuk berhubungan seks (bebas). Sebab itu menurut ulama Abdullah Nasih Ulwan, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak berkenaan keimanan, moral, jasmani, mental, daya tahan emosi dan juga SEKS. Remaja kini terlalu liberal dan input serta perbincangan kelompok mereka juga adalah terbuka.
 
     Kitalah yang akan mencorakkan generasi mendatang. Harapan saya agar generasi Z pada masa hadapan ialah generasi yang kembali kepada agama, insyaAllah. Sekiranya ada kesilapan atau menguris hati mana-mana pihak saya memohon maaf. Sekadar suatu perkongsian dan luahan, Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, October 3, 2010

Perkongsian...

     Terasa ingin berkongsi, minggu ni seakan-akan menguji jiwa ragaku. Macam-macam emosi tercetus. Alhamdulillah boleh dikawal. Ujian amali muzik sangat menguji ketabahan. Berlatih berminggu-minggu, namun panik tetap ada masa ujian. Vokal, Interval and Melody Dictation, Keyboard and Guitar... Akhirnya kuharungi semua walaupun dengan sedikit rasa kurang senang, tapi tamatnya ujian memberikan rasa lapang dada kepadaku.

     Tapi yang buat aku berasa agak tenang dan puas walau untuk seketika ialah jemputan rakan aktivis muzik gamelan, ALONG yang mengajak aku bersama-sama untuk mengajar gamelan dan menyusun lagu 'Rasa Sayang' untuk  flute di Sekolah Sains Selangor. Walaupun budaya sekolah di situ agak lain, aku beranikan diri, tampil sebagai bakal guru dan membantu rakanku itu. Alhamdulillah, lancar semuanya walaupun persembahan lagu 'Rasa Sayang' itu kesuntukan masa berlatih.

     Kepada Along, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya sama-sama menyertai walaupun untuk seketika. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain masa...

KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

·Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

·Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

·Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

·Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Sahabat lama...

     Ada seorang sahabat yang telah lama tidak aku dengar kisahnya, yang mana ada cerita tentang kami yang hanya aku, dia dan Sang Pencipta mengetahuinya. 
  Maka diizinkan Allah sahabat lama ini menyapa aku hari ini, walaupun hanya dengan FB (generasi-Y katanya). Pada mulanya aku tidak perasan kerana sahabat ini menggunakan nama samaran. Tetapi setelah aku amati gambarnya, yakinlah aku bahawa inilah sahabat lama yang sama-sama kami saling lama menyepi. 
  Lalu bermulalah bicara, bicara yang kulihat bakal berlanjutan. Mungkinkah ini permulaan episod kepada siri baru cerita dahulu? 

Wallahualam... 





"Allahu Rabbi, aku minta izin Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau Allahu Rabbi,
aku punya pinta Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Allahu Rabbi
Izinkanlah ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu Allahu Rabbi,
pintaku yang terakhir Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu....."

 Apakah ini anugerah-Mu yang pernah aku palingkan hingga lama ku menanti?