Tuesday, May 24, 2011

Exam~

24/5/2011, Selasa- Hari ni aku sangat senang hati... Peperiksaan teori muzik petang tadi, Alhamdulillah boleh aku jawab semuanya... :) Esok adalah paper aku yang terakhir... Lepas ni boleh kemas2 untuk balik.. Tapi sebelum tu kena pergi Biro Tata Negara (BTN) dulu di Perak... 1 Jun baru balik... Pergi hari Sabtu ni...

     Esok adalah antara killer paper bagi kami pelajar muzik, Falsafah dan Asas Muzik dalm Pendidikan atau Fundamental and Philosopy of Music in Education... Macam2 yang perlu dihafal... Hmph, harap ok2 semuanya...

     Tak sabar nak balik... Dah lama tak balik Pekan... hehe... Harap2 lancar semuanya... Lepas ni nak tumpu untuk program "besar" aku cuti ni... Ke Pulau Pinang... Nak tau, nantikan ye~ hehe...

     Lama dah tak update blog ni....Sibuk sangat.. Harap jugak pas ni aku akan dapat update blog ni macam dulu... Sekurang-kurangnya dua hari sekali =) Kena kuatkan azam... hehe... Harap aku akan dapat kongsikan pelbagai pengalaman aku yang menarik untuk masa2 akan datang...

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~

SS: Kualiti penulisan dah semakin menurun plak.. huhu

Sunday, May 22, 2011

Duit~ duit~ duit~

22/5/2011, Ahad- Masalah besar bila tak de duit... Astaghfirullahala'dzim... Seolah-seolah kebergantungan kepada duit tu terlalu kuat... Tapi itulah hakikat bila kita takde duit, banyak perkara tergendala... Hanya mampu berdoa kepada Allah...

     Aku tak tahu bagaimana aku nak mulakan tapi sekarang ini aku "merempat"... Nak minta tolong aku malu, sebab dulu orang yang selalu minta tolong dengan kita...

"Selat Melaka airnya tenang,
Banyak berlabuh perahu Bugis,
Jangan disangka hidupku senang,
Dalam keseorang aku menangis".

Itulah yang aku mampu katakan... Mungkin sebab silap aku yang boros... Tidak beringat bila senang... Awal sem aku habiskan banyak untuk membeli gitar dan amp...

amp.,  sound best, sekali ngan  6 effect

gitar indiana: mampu menyaingi kualiti fender
Semua sekali complete set termasuk hard case, semuanya hampir RM1500... Masa tu masih ada baki banyak lagi... Namun banyak benda yang kita tak duga, kereta rosak la pulak, dua tiga kali plak tu... Tu pun banyak keluar ongkos jugak... Sedihnya...

     Lagi satu, aku pun bila makan tak ada kompromi.... Nak makan sedap je... Sekarang merasalah... "Ya Allah, tatkala Engkau ingin curahkan aku dengan kasihMu, Kau duga aku dengan ujianMu... Sebagai peringatan bahawa aku telah jauh dariMu... Sesungguhnya lapangkanlah dadaku, tenangkan hatiku, permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..." 

     Bila nak mintak dengan parents segan pulak... Sebelum ni tak pernah ada masalah, tapi sem ni memang aku GAGAL uruskan kewangan aku... Aku bukan nak buka aib aku, tapi harap kepada semua yang baca ni, jadikan sebagai iktibar... Pentingnya pengurusan kewangan bagi seorang pelajar yang di hidup di kota yang penuh pancaroba ni...

     Aku rasa aku terpaksa juga meminta dengan keluarga, sekurang-kurangnya lepaslah untuk aku balik kampung dan menanti elaun sem depan.... Aku perlukan strategi dalam pengurusan kewangan aku sem baru ni... Aku dah belajar dari kesilapan dan aku nak perbaiki.... Tak nak ulang kesilapan yang sama.... 

     Memang aku sangat terkesan sekarang ini... Hampir saja fokus untuk exam aku terganggu.... Harap sangat tak akan berulang lagi....

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~

SS: Hanya mampu berharap

Final Exam

22/5/2011, Ahad- Dah lama aku tak update blog ni... Banyak perkara yang aku perlu uruskan... Kali ni aku nak kongsi pasal final exam.. Minggu lepas aku dah habis satu paper, Falsafah dan Perkembangan Pendidikan, jadi masih berbaki 3 paper: Perkembangan Kanak-kanak, Teori Muzik (Harmoni) dan Falsafah dan Asas Pendidikan Muzik (Fundamental)...

     Dua paper falsafah sem ni memang buat aku tak senang duduk... Jadi aku perlu gandakan lagi usaha aku... Biarpun ada persediaan dari awal, tetap aku rasakan tidak cukup... Paper falasah pendidikan minggu lepas membuat aku hampir kecundang dalam pertarungan... Tapi aku gagahkan jua diri ini...

     Jadi untuk paper yang berikutnya aku tak mahu perkara sama berulang... Gambateh!!! Aku akan usaha... Walaupun pun banyak benda yang menganggu fikiran aku, aku kena tenangkan jiwa raga aku... Doakan kejayaan kita bersama....

Terkenang kisah seorang murid~

14/5/2011, Sabtu- Aku baru sahaja pulang dari mengendalikan kem motivasi di sebuah sekolah di Selangor. Dan setelah aku pulang, sedang aku duduk bersahaja tiba-tiba aku teringat seorang murid dibawah bimbingan aku..

     Memang dapat aku lihat dari kaca matanya... Mungkin aku tak dapat selami tapi aku dapat lihat apa yang dia lalui... "Nanti matlamat kamu untuk capai 5A dalam UPSR, balik tunjukkan pada ibu bapa kamu...", dan aku mula lihat dia menunduk... Aku dekati dia dan bertanya, "kenapa ni? tadi semangat...". F: Mak saya dah tak da, meninggal sebab barah hati..."...

     Lalu aku pun agak terkesan dengan kata-kata anak sekecil 11 tahun itu... Patut la nampak lain... Juga ada kematangan dalam jiwanya...

Dia di sebelah aku
Kumpulan Fasilitator

Kumpulan Bimbingan yang aku bimbing
     Banyak yang aku peroleh daripada program ini, bukan setakat aku mengajar tetapi aku belajar... Aku harap agar dapat sertai lagi program-program sebegini lain kali...

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~


Tuesday, May 10, 2011

Aku Hadapi Hakikat

10/5/2011, Selasa- Walaupun hari ni sepatutnya adalah hari yang bermakna buat aku (hari lahir aku) tapi aku rasakan biasa sahaja.. Sudah tidak seperti dulu... Mungkin dah tiba masa untuk aku cerita apayang aku pendam...

     Macam-macam yang aku rasa, yang aku hadapi dan aku tetap kuatkan diri aku untuk hadapi semuanya... Dan memang aku akui memang aku tak matang dalam percintaan walaupun dalam banyak perkara lain aku mampu meRAJAi nya..  Aku rasa biarlah aku tutup dulu pintu hati ini...

     Aku juga bakal kehilangan 'click' aku di kolej kediaman.. Semuanya keluar, tinggal aku sorang.. Dan aku juga nanti wakil tunggal student muzik yang stay. Aku memang lambat untuk membina kelompok dan berkawan... Aku akui itu...

     Bukan setakat itu, aku juga mengalami masalah kewangan.. Dan aku juga segan untuk meminta dengan keluargaku... Bukan ego, tapi rasa seperti aku ini sudah patut berdikari dan tak perlu aku menyusahkan orang lain.. Cukuplah sekadar aku tak putus makan... Bukan aku boros, tapi dugaan Allah itu lebih manis, aku redhakan jua...

     Aku terima semua yang aku hadapi sebagai pengalaman dan pengajaran... Hari ini umur aku dah semakin bertambah, dan tanggungjawab aku juga semakin bertambah... Aku perlukan angin perubahan... Dan sahabat untuk menyokong aku...

     Rasanya tidak malu untuk aku bercerita kalau dapat jadi pengajaran kepada orang lain, agar bijak mengatur percaturan hidup, juga berpegang pada qada' dan qadar Allah, yang mempunyai hak atas segalanya... Semoga aku dapat nafas baru dan menghadapi segalanya dengan lebih baik dari semalam...

Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~



   

Wednesday, May 4, 2011

Haruskah Aku Tutup Pintu Hatiku?

Hujan dingin mengiringi bangkit pagiku...
Dan perutusan yang aku terima,
Menjadikan aku berhajat...
Mengapa aku bangkit pagi ini...

PEDIH!!!!!

Seakan masih tidak belajar,
Dari pengalaman lalu...
Aku masih tidak mampu tangani...
Bila ia adalah soal hati...

SEDIH!!!!

Memangkah takdir aku begini?
Atau aku sendiri yang meletakkan aku,
Sebagaimana aku sekarang...
Tersudut sepi sendiri...

Haruskah aku tutp pintu hatiku?
Buat kali keduanya~

Tuesday, May 3, 2011

Untuk yang ke sekian kalinya

3/5/2011, Selasa- Tadi baru abis roll-call  kolej kediaman... Dan benda ini berulang lagi... Benda yang menjadikan aku kadang-kadang berubah mood.... Juga jadi dilemma... Saban tahun aku lalui... Namun pengalaman setiapnya adalah berbeza, menjadikan aku masih tidak dapat mengatasi masalah "remeh" ni...

     "Hari ini menjual jagung
Hari esok menjual jelai
          Hari ini kita berkampung
   Hari esok kita bercerai..."

    Itulah yang dapat aku beri gambaran... Kolej kediaman tempat aku terhad... Jadi setiap tahun tak semua dapat tinggal dalam, memberi laluan kepada junior baru plak... Aku memang akui aku tak punya ramai kawan kerana aku ni agak susah nak berkawan.. Biasa dengan click dan member-member rapat je... Jadi tiap-tiap tahun aku lalui benda yang sama... Bila dah rapat cam famili, ada click, pasti akan ada yang keluar...

     Hanya yang betul-betul aktif akan dapat tinggal di dalam... Jadi konflik kendiri yang aku hadapi ini sentiasa berulang... Bila dah selalu berhadapan, kadang-kadang terbayang-bayang wajah mereka, yang berubah saban tahun, dengan orang ini gelagat macam ni, orang ni macamni... Semuanya mendewasakan pengalaman aku... Dan begitulah seterusnya...

     Tak tahulah macam mana tahun ni... Esok senarai nama keluar untuk yang tinggal dalam dan yang keluar.. Aku kalau boleh tak nak lah benda yang sama jadi tiap-tiap tahun... Sepi rasanya... Harap semuanya baik-baik sahaja... Aku doakan~

Sekadar Perkongsian dan Luahan,
~Bila Ku Berlagu~