Friday, January 7, 2011

Gamelan lagi!!!

6/7/11, Khamis- Aku dipanggil pensyarah aku, Cik Nik.. Mulanya aku berdebar, kot2 ada masalah.. rupanya khabar gembira yang dibawa.. Katanya, Jabatan Muzik da luluskan untuk menghidupkan gamelan tradisional di maktab.. Tiada lagi kontemporari melalut itu.. Sampai lagu klasik pun nak masuk percussion la, caklempong la... Huhu, biarkan ia aman disitu.. Perjuangan aku rupanya tidak sia-sia..

     Petang tu juga aku kumpulkan orang yang berminat untuk gamelan melayu.. Aku mulakan dengan memperkenalkan sejarah dan alat secara ringkas dan bermain keratan lagu Timang Burung sebagai permulaan.. Petang Jumaat ni aku akan balik Pekan, mengambil segala kutub khazanah gamelan yang aku simpan... Semangat aku melonjak-lonjak... Biar bangkit semula martabat gamelan tu..

     Terima kasih Cik Nik dan Encik Gahzali yang menyokong aku selama ini... Aku akan pastikan target untuk boleh perform di khalayak sebelum bulan Mei ini tercapai.. Patah sayap bertongkat paruh, aku gagahkan jua..

     Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~



3 comments:

nidapink90 said...

x sabar nk tgk gamelan kat sini!

Seruling Senja said...

Alhamdulillah, berjaya jugak usaha aku.. Secara teknikalnya dah dilantik jadi jurulatih gamelan cuma tunggu surat perlantikan dari Jabatan..

::feza:: said...

salam, saya cikgu hafeza dari SM Sains Hulu Selangor... sekolah kami memerlukan khidmat jurulatih gamelan, mohon bantuan encik... boleh contact saya di sekolah 0360753838.. mohon bantuan encik sangat2... email saya di cikgufeza@gmail.com
tq...