Thursday, January 20, 2011

Pakaian Guru Wanita

    "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

     Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

     Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

     Apa yang dapat diperhatiakn hari ini, ramai di kalangan guru-guru yang beragama islam tidak begitu menitik beratkan masalah pakaian mereka sama ada telah menutup aurat atau tidak. Mereka berpakaian adalah semata-mata mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh IPG masing-masing dan tidak mementingkan peraturan Allah Penguasa Alam ini. Ramai dikalangan guru wanita menutup kepala tetapi tidak menutup keseluruhan anggota badan mereka. Memakai tudung yang nipis sehingga menampakkan rambut dan leher adalah satu perbuatan dosa. Apa yang menghairankan lagi apabila kepala ditutup tetapi anggota lain kelihatan sama ada kaki, tangan, dan tudung yang tidak menutup ke dada.

     Amat menyedihkan apabila anak dididik oleh golongan yang sebegini begitu meresahkan sesetengah pihak yang faham tentang hukum-hukum islam yang sebenar. Ada yang menyatakan berpakaian sebegini adalah untuk mengharapkan pujian dan kelihatan anggun oleh orang ramai. Meraka tidak menyedari bahawa gerak geri mereka sedang di perhatikan dan segala perilaku merekan sedang di catat oleh pengawal yang tidak pernah lalai dan alpa di kiri dan kanan mereka.

     Hikmah di perintahkan menutup aurat adalah bagi membezakanwanita muslim dengan wanita fasik dan bukan islam. sekiranya masih melakukan sedemikian mereka mereka adalah seperti masyarakat jahiliyah sebelum kedatangan islam.

     Oleh yang demikian, Sedarlah wahai bakal pendidik anak bangsa. Anda adalah generasi yang bakal menentukan anak-anak didik anda terdidik dengan didikan yang sempurna dari aspek dunia dan akhirat atau merosakkan mereka dengan didikan sekular yang ada pada hari ini.

     Pemakaian guru yang menutup aurat dan sopan mencerminkan keperibadian yang baik serta dipercayai dapat mendidik anak-anak di aspek rohani dan jasmani yang sempurna.

Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku berlagu~


No comments: