Thursday, December 23, 2010

Tahniah!!!

Kepada anak didik gamelan aku, tahniah kepada semua yang ambik result PMR tadi... Straight A dan 7A... Bagus2... Teruskan kejayaan korang.. Semoga berjaya di masa akan datang..

Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~



Wednesday, December 22, 2010

Terpisah Dari Allah Terpinggir Dari Manusia

     Terpisah Dari Allah Terkadang kita termangu sendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti. “Isyy.., kenapalah rasa sunyi sangat hati aku ni?”, “Hmmph, kenapalah rasa macam diri ini jauh sangat dari Allah. Ini tak kena, itu tak kena. Semuanya rasa serba tak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan dariku? Astaghfirullahal ‘Azhim. Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita, tidak kira siapa, dan ia tidak lain berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya.  Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini, itulah punca dan sebab musababnya. Maka, sama ada sedar atau tidak, dosa dan maksiat telah menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin merenggang dan langsung menjauhkan kita dari limpahan rahmat-Nya.

      Sungguh jiwa kita tidak boleh menerima petaka ini dan hati nurani kita berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini. Walhal terpisah dari ibu kandung sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh dari rahmat Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seandainya dikumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkannya dari beban penderitaan kerana terpisah dari rahmat Allah itu, nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut, sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa.

      Ahh.., penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah dari Allah ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya. Namun tidak bagi mereka yang telah mati hatinya. Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Ia tidak sensitif dengan apa-apa lagi. Benar sekali ungkapan si bijaksana yang menyebutkan: “Kelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.” Bagaimana diri kita semua kala ini? Pernahkah kita merasai yang diri ini amat jauh dari Allah s.w.t. iaitu tatkala tercebur ke dalam kancah dosa dan maksiat? Memang pernahlah jawabnya. Kerana dosa, kita yang telah Islam ini pun boleh terlempar jauh dan terpinggir dari rahmat Allah s.w.t., bayangkan betapa jauh dan sayupnya rahmat dan pandangan Allah pada seseorang yang kafir dan syirik pada-Nya?

      Hakikatnya kita sangat memerlukan Allah di dalam hidup kita. Kita tidak rela terpisah dari pandangan dan rahmat Allah walaupun sesaat cuma. Kalau Allah mula berlepas tangan dari kita, bermakna bermulalah detik kemusnahan kita. Ingat! Bahawa syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan jaluran dosa yang menjadi kabut hijab antara hamba dan Allah yang Esa. Terpinggir dari manusia Sudahlah menderita terpisah berjauhan dari Allah, dosa juga melakar kepiluan yang amat kerana terpinggir dari manusia. Manusia yang bagaimana? Manusia yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Sekali lagi, dia bukan dipinggir mahupun dipisahkan oleh mereka. Sebaliknya dia sendiri menjadi terpisah dan terpinggir dari kelompok ‘orang-orang Allah’ itu kerana bahana dosa yang digulitinya.  Kerana keterpinggiran itu, dia akan semakin jauh dari majlis-majlis mereka. Kerana kejauhan itu, dia tidak dapat mengambil faedah-faedah kebenaran dari mereka lagi. Yang berlaku, dia semakin mendekatkan diri dengan kumpulan syaitan menurut kadar kejauhan yang dirasai dan dialami olehnya.

      Kini, hari demi hari terasa semakin menekan dan menyesak di dalam hati. Tidak semena-mena, akibat dosa itu, perasaan benci dan amarah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Lalu ia membuak-buak bagai dirasuk hantu syaitan. Tidak fasal-fasal anak dan isterinya dibenci. Malah, kerana bahana dosa itu, ia sampai ke tahap benci terhadap dirinya yang sebenar. Seorang ulama menyingkapkan: “Jika aku melakukan maksiat kepada Allah, akan terlihatlah kesannya pada kenderaan dan isteriku.”

      Kisah tiga sahabat yang dihukum Allah kerana tidak menghadirkan diri dalam peperangan Tabuk tanpa keuzuran syarie, wajar menjadi teladan buat kita semua. Dalam tempoh tiga bulan, mereka merasai kehidupan yang cukup pahit dan menyeksakan. Sudahlah dimurkai Allah s.w.t., mereka juga turut dipinggirkan oleh Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat Islam.  Selama tempoh itu, mereka menangis siang dan malam, tidak henti-henti memohon keampunan Allah, sehingga datanglah keampunan Allah. Kenapa mereka menangis dan merintih kepada Allah? Kerana mereka tidak mahu terpisah dari rahmat-Nya. Sekali lagi, itulah kesan dosa dan ia hanya dirasai dan dideritai oleh mereka yang punyai mata hati.


Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~


Tuesday, December 21, 2010

Aku merintih padaMu~

     Ya Allah, kenapalah sejak kebelakangan ini aku dilanda dengan dugaan-dugaanMu yang aku rasakan sangat hebat. Kadangkala tidak tertanggung rasanya.. Berikan aku sakinah ya Allah, ketenangan yang aku damba.. Aku juga rasa aku kian jauh dariMu.. Terasa air mata ingin mengalir tetapi aku gagahkan jua ya Allah.. Tak tertanggung rasanya.. Perkara yang secara tidak langsung tetapi aku berada di dalam lingkaran masalah itu.. "Kerbau masuk kampung habis semua terpalit"~ Bukannya sedikit, banyak.. Ya Allah, bantulah aku.. Aku merintih kepadaMu..




Rasanya biarlah aku dan Dia sahaja yang tahu.. Kerana Allah sebaik-baik tempat mengadu.. 




 

Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~

Sunday, December 19, 2010

Al-Mu'minun

Al-Mu'minun


[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Kenduri Basuh Balai

18/12/2010, Sabtu- alhamdulillah, dapat juga dilaksanakan jamuan untuk meraikan orang2 yang bekerja bagai nak giler dan separuh mati dibalik tabir Graduasi 16Disember lalu.. Basuh balai ni kira macam potluck la... Orang2 da penat kerja kita raikan.. Nak tunggu orang nombor 1 tu tak tau la bila.. Untuk anak buah aku jugak, dah bertungkus lumus..

     Makan KFC je, buat di kantin sekolah. Jemput la GPK, teraju utama juga mangsa utama: Cikgu Nik Tun, Cikgu Zahamana, Cikgu Zaimah, Ustaz Lah dan Cikgu Hasan. Antara orang kuat dalam menjayakan Graduasi... Majlis dimulakan dengan ucapan Cikgu Nik Tun, dan ucapannya yang berjaya aku petik "Tahniah dan usah serik dalam bekerja untuk majlis2 besar ni"... Kemudian aku tampil memberi ucapan wakil semua yang terlibat bahagian persembahan, mengucapkan tahniah sekali lagi..  Pastu seorang wakil pelajar dijemput untuk nmembacakan doa dan makan2 pun bermula.

     Selesai semua, aku panggil anak buah gamelan.. Memberi sedikit kata2 nasihat dan pembakar semangat untuk mengharungi masa yang akan datang.. Tahun depan nak buat Festival Gamelan, ada pertandingan. Jadi diorang kena bersedia mental dan fizikal. Aku akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka, walau aku jauh..

TERIMA KASIH SEMUA!!!

Gamelan new generation. Kumpulan kebitaraan sekolah. Generasi lama angkatan '98 dulu, Termasuk aku.
      
Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~

 

Saturday, December 18, 2010

Aku Gagahkan Jua...

Selama 4 minggu tu, aku berjaya melatih gamelan, caklempong pacik, dan membimbing persembahan nazam dan lagu puisi. Selain mengurus, melatih, dan mengelola persembahan, aku juga ditugaskan di bahagian Sistem Bunyi dan Siaraya, a.k.a. PA system sempena Hari Graduasi sekolah lamaku pada 16 Disember lalu.

     Sehinggalah tiba hari rehersal penuh pada pagi 16 Disember tu, first time aku tidak dapat mengawal marah dan tekanan kerja dalam mengendalikan sesuatu event, walaupun sebelum ini aku pernah terlibat dengan event yang lagi besar hatta peringkat kebangsaan. Bekerja dengan perfectionist  dan egoistic tak akan dapat memuaskan hatinya.

      Rasanya bagi orang belakang tabir, atau yang menjadi tulang belakang event besar, pasti tau tugas siaraya antara yang paling rumit. Dan memerlukan masa yang cukup agar mendapat hasil yang thumbs up. \Kebetulan aku terpaksa buat kerja 1000 dalam 1 at the same time (aku sudah biasa), jadi agak kalut kerana  aku perlu untuk menyiapkan siaraya dahulu, barulah aku boleh beralih kepada tugas lain. Aku juga terlibat dalam membuat persembahan.

     Orang yang aku maksudkan sebagai perfectionist dan egoistic tu adalah orang nombor 1 sekolah tu, yang baru beberapa bulan bertugas di situ. Ya, aku boleh katakan dia tidak faham budaya dan cara kerja sekolah tu dan dia tidak kenal aku.. Katanya cemerlang kanan, tapi takkan tak faham kerja dibalik tabir. Susahnya bekerja dengan orang lincah lagi handal.

     Kisahnya bermula semasa rehersal penuh pagi 16 Disember, belum sempat aku siapkan siaraya, beliau (layak ke guna beliau?) yang datang dah lewat, tiba2 nak tengok persembahan dalam keadaan seperti keadaan sebenar nanti, lengkap berpakaian. Takkan lah tengah berpeluh buat kerja, terus nak full dress? Dengan siaraya yang tak siap?? Orang nak menyanyi, muzik main live, kalau siaraya belum setel macamana nak berlatih? Selang masa masa setiap persembahan juga dia nakkan dalam 3 saat sahaja keluar masuk, termasuk props. Prop sketsa yang bukan satu benda saje, keluar masuk pelakon, semua dalam 3 saat?  Oh, Istana Budaya, 3 saat jugak ke? Susahnya bekerja dengan orang lincah lagi handal.

     Rehersal first, dia sudah mahu seperti persembahan sebenar, perfect segala... Tengah aku perform atas pentas, dia panggil aku (selaku pengelola persembahan dan siaraya), dia komen macam2, kenapa mic humming, kenapa lambat peserta lambat naik pentas, kenapa tak pakai full, macam2. Aku tinggikan suara, "PA system kita tak siap lagi, macamana mic nak bunyi sedap! Dan selesai saja setelah kami buat performance yang sehabis baik, dia bangun seraya menjerit: Rehersal kamu FAIL!!!" Aku pun terasa seperti tekanan darah naik, panas tengkuk dan telinga tangan sejuk hampir menggeletar. Aku bangun, nak je aku bertaki balik dengan dia. Aku rasa nak lembang gamelan.. Mujur Cikgu Saliza dan Cikgu Hamdan tenangkan aku. Aku sabar dan cuba kekalkan kompetensi kecerdasan emosi aku, aku terus keluar dewan untuk menenangkan jiwa. Tinggal PA System macam tu je baru tau. Sebab mengenang cikgu lama, aku balik semula. Susahnya bekerja dengan orang lincah lagi handal.

     Mujur masa event, VIP puas hati. Ok je, tak de la macam yang dia cakap tu! Ada ke patut, datang2 marah semua orang. Tak de bagi motivasi pun orang2 lain 3 hari berkampung kat dewan bekerja. Tak dan apa2, nak marah. Yang aku ni bahagian persembahan je, AJK bahagian lain pun semua kena, satu dewan kena. Banyak lagi, tapi aku luah yang aku ingat je, ingat banyak2 jadi tekanan plak.. Susahnya bekerja dengan orang lincah lagi handal.

     Kesimpulan, event besar macamni, kenalah faham orang lain bekerja, jangan terus nak kondem. Terutama orang belakang tabir, kalau takde orang2 yang dianggap 'budak' ni, boleh berjaya ke majlis? Nak harap dia yang cuma duduk di kerusi VIP buat semua ni? Boleh berjaya ke sorang2? Aku tak faham cara dia bekerja dan budaya kerja dia.. Sebab orang2 yang tak dianggap penting ni lah boleh berjaya majlis besar2.. Bermula dari tukang sapu sampailah ke atasan.. Cuba hormat perasaan orang lain yang sudah bekerja dibawah tekanan yang awak sendiri cetuskan.. TERIMA KASIH pun sudah memadai.. Kalau macam ni caranya, tawar hati dah nak tolong. Susahnya bekerja dengan orang lincah lagi handal.

Wajah-wajah mangsa keadaan
bahagian persembahan.

Caklempong Pacik

Team Lagu Puisi

Gamelan dan Perarakan

Orang Balik Tabir

Tulang Belakang yang Menjayakan! Terima Kasih, Tahniah, Good Job!

Mangsa dibalik tabir!

Team lagu puisi dan nazam. Vokalis sorang hilang, tawar hati dah...

Gamelan

3 Teraju Utama a.k.a. Mangsa Utama


 Patah sayap bertongkat paruh, kugagahkan jua.
     Sekadar perkongsian dan luahan. 
~Bila Ku Berlagu~
(kali ini dengan amarah)

Monday, December 13, 2010

Tamat sudah...

13/12/2010, Isnin- Hari ini tamatlah aku mengajar gamelan dengan murid-muridku di SMK Ahmad, sekolah lamaku.. Banyak yang aku pesan sebelum aku 'tutup' perguruan kali ini.. Sebab budak sekarang dah tak macam dulu, mudah sikit lupanya..

      Sepanjang tempoh tiga minggu aku melatih mereka, hanya 14 lagu yang sempat khatam.. Banyak perubahan berbanding minggu awal aku mula mengajar.. Dari main-main, ditegur, kemudian berubah.. Aku harap mereka kekal dengan perubahan yang positif tu.. Aku akui, aku garang tapi aku cuba sedaya upaya meminimumkan nya.. Tapi kadang-kadang ketegasan diperlukan, dan hasilnya, boleh aku banggakan...

http://www.youtube.com/watch?v=OZu3BRdG8K0

     Aku juga ingin meminta maaf sebab aku juga agak 'memaksa' dengan meletakkan benchmark yang tinggi untuk mereka capai dalam 3 minggu ni.. Dan mereka berjaya, semuanya bermula dengan azam yang tinggi. Mesti reader pun nak tau siapa diorang kan.. Jom kita berkenalan...



Anis, penyanyi gamelan yang aku latih.

Wan, antara yang paling cepat belajar.

Amar, walaupun nampak agak 'keras kepala', tapi dia pun cepat belajar.



Aku.. - Jarang aku senyum masa mengajar gamelan,

Kekurangan yang aku cuba perbaiki... Kalau aku berlawak pun selalunya muka ni jugak.. 





















































































































     Pemain keromong Amin, Gambang- Wan, Saron- Nisa Bee & Izyan, Pekin- Nurul & Farhan, Demung- Farid&Syera, Gendang- Amar, Gong- Kalis,  Penyanyi- Anis.
  

      Dalam aku tak sedar, dengan kumpulan ni, dah 4 batch aku ajar.. Kadang-kadang masih teringat budak dulu. Nama memang aku asyik lupa.. Sebab tu bagi nama sendiri je, Awang, Zaitun, Fatimah... Haha, nama-nama klasik.. Senang nak ingat kalau lupa..


"Limau purut tumbuh dilembah,
Mari disunting dengan bunganya.
Gong sujud gambang menyembah,
Kelenang bercahaya menjunjung dulinya"

     Sekali lagi aku nak mintak maaf kalau ade kurang sepanjang aku mengajar ni.. 


Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~

Saturday, December 4, 2010

Kembali Seperti Biasa

     Hurm, balik dari Melaka, macam biasa la... Agak bosan berseorangan.. Mujur kawan2 ade yang da start cuti. Aku teruskan dengan rutin aku, berulang ke sekolah mengajar gamelan dan caklempong pacik, persediaan untuk hari graduasi 16 Dis. nanti... Pacik pun da semakin mantap... Adakalanya ketegasan diperlukan dalam mendidik makhluk yang bergelar manusia ni.. Aku akui, adakalnya aku memang garang.. Faktor keturunan kot, hahaha...

     Tapi selepas aku luahkan segala apa yang terbuku di hati dan harapan aku kepada kumpulan gamelan yang aku established dulu, ada perubahan yang aku nampak dengan adik2 yang aku ajar tu.. Lebih semangat dan berdisiplin..  Nak tengok tak caklempong pacik yang aku ajar? Ni aku share link dengan reader semua.

http://www.youtube.com/watch?v=6qpVcvnfUJ8

  

     Harap ada komen yang membina kalau korang tengok video ni nanti. Aku tidaklah begitu pandai, tapi adalah sedikit ilmu yang Allah kurniakan pada aku, dan aku gunakan sebaiknya.. Setakat ni, ini je lah aktiviti aku.. Berulang alik ke sekolah.. Hujung Disember mengajar kelas tambahan plak.. 

     Tak tahu la bila nak keluar jalan2 plak.. hehe.. Rase macam nak tengok wayang.. Hahaha... Nak ber-FB selalu, bosan jugak.. Hurm, ntah la, asyik bosan je.. Tak baik betul, tak boleh jadi contoh.. hahaha... Ke masjid pun jarang da semenjak hujan ni.. :P 

Rasanya sampai sini dulu la aku berkongsi.. Lain kali kita berjumpa lagi.. 

~Bila Ku Berlagu~ 

 

 

Thursday, December 2, 2010

Rindu Kedemus- Kisah 3 hari 2 malam...

Seperti yang aku janji dulu, aku akan kongsikan kisah kembara aku.. Untuk kali ini negeri yang aku lawati ialah Melaka Bandaraya Bersejarah. Kisah 3 hari 2 malam..

29/11/10, Isnin- Aku tiba di Bukit Jalil lebih kurang pukul 4.50 petang. Terus aku dapatkan tiket bas ekspress untuk ke Melaka. Tanpa berfikir panjang aku terus membeli tiket bas ke Melaka, tanpa meninjau-ninjau syarikat bas lain. Terlintas di fikiran aku masa itu hanyalah sampai ke Melaka secepat yang boleh, kerana kawan aku telah menunggu aku di sana.

Jebat Ekspress, itulah bas yang aku naiki. Tanpa berlengah aku bayar RM12, ambil tiket dan terus ke Platform 2. Bas akan bertolak pada pukul 5 petang, bila-bila masa dari sekarang. Lebih kurang 5 minit selepas aku menaiki bas, perjalanan pun bermula.

Sebaik memasuki Seremban, hujan mulai gerimis. Aku tidak dapat melelapkan mata sepanjang perjalan, melihat pemandangan sepanjang jalan, biarpun hanya sawit. Bas yang aku naik itu melalui Alor Gajah, Sungai Udang, Masjid Tanah, Tanjung Kling, Klebang Besar dan berhenti di Melaka Sentral. Lebih kurang 5 jam perjalanan, akhirnya aku sampai juga dalam pukul 9malam.

Sambil menunggu kawan aku sampai, aku berjalan-jalan sekitar Melaka Sentral. "Boleh tahan", kata aku dalam hati, membandingkan kali akhir aku ke Melaka pada tahun 2003. Sambil-sambil itu aku mencari surau, bersolat maghrib dan isyak kerana sepoanjang perjalanan bas tidak berhenti. Beberapa ketika kawan aku pun sampai, bersama dua lagi rakan lain yang telah tiba sehari awal dari aku.

Sebaik tiba, kami pun terus berjalan sekitar Bandaraya Melaka. Destinasi pertama, River Cruise sepanjang sungai Melaka. Cantik dengan limpahan lampu sepanjang sungai ditambah pula dengan alunan lagu-lagu yang memang layan ngan tangkap leleh. Membangkitkan kenangan silam.



  
Pintu masuk

Antara pemandangan
Lepas pada tu, kitorang ke Menara Taming Sari, Muzium Samudera, Jonker Street ngan sekitar area tu...



Menara Taming Sari







Runtuhan Kota Melaka

















Lepas tu, kitorang pun balik ke rumah Shafiq di Umbai. lalu Lebuh AMJ, jalan yang akan aku kenang, ade ceritanya.. Sampai-sampai, hehe.. Masing-masing pun cari nasi~
***************

30/11/2010, Selasa- 8.00pagi, hari ni kitorang plan nk pegi air terjun. Ingat Shafiq nak bawak dalam area Melaka, rupenye sampai ke Gunung Ledang. Pagi tu kitorang sarapan roti mariam, makanan orang Jawa. Unik, best ngan.. hurm, korang patut try.. Sampai Zaki pun mintak resepi ngan mak Shafiq..

Roti Mariam, makan dengan sardin..


Perjalanan lebih kurang 2 jam. Lalu Bemban, terus ke daerah Ledang. Dalam perjalanan tu singgah isi minyak, nampak ade eksiden, lori ais pecah belakangnya, macam raksasasa plak keluar (statement Zaki).. haha

Sampai sane lebih kurang jam 10, masuk RM2 satu kepala, nak pergi boleh la... Kalau nak bergambar pun cantik.. Aku ngan 2 orang lagi member dibawa sampai ke tempat yang atas sekali, letih jugak lame tak mendaki. Tapi tengok tempat cantik, hilang penat.. Sampai tengahari lepak situ..







Tengahari sebelum balik, singgah makan kat kedai makan area Ledang.. Petang tu ke Melaka Sentral, Zaim a.k.a Klasikal da nak balik, nak ke MAHA'10 plak katenye. dengan family.. Tinggallah aku, Shafiq ngan Zaki bertiga..

Malamnya pulak kami keluar ke Dataran Pahlawan, pegi midnite movie kt GSC... Cerita- Ngangkung.. Serius best ngan lawak... Hahaha... Aku suke cerita tu... Dalam pukul 12 abes movie kitorang pun balik.

***************

1/12/2010, Rabu.- Hari ni hari akhir aku di Melaka.. Pagi tu kami sarapan roti kedemus, satu lagi makanan Orang Jawa yang mak Shafiq buat... Roti ni makan dengan kuah kacang... Makanan ni memang memberi aku suatu kenangan yang aku akan kenang...

Pagi tu, aku ngan Shafiq hantar Zaki dulu ke Melaka Sentral, sebab tiket dia pagi, pukul 11.. Tapi sebab sampai awal, kitorang pusing-pusing Melaka Sentral, sampai la terjumpa K-Box, tersingganh la pulak, layan 2-3 lagu, pusing-pusing skit, cukup pukul 11 kitorang hantar Zaki ke Platform.. Dia naik bas Mayang Sari..

Shafiq tahan nanges tu, nak berpisah ngan Zaki.. haha

Zaki sebak nak balik dah.. =P

Lepas ni aku pulak balik.. Tapi tiket aku petang la... So, sementara tu aku ikut la Shafiq bwak anak sedara dia jalan-jalan cari barang sekolah... Pak Chu yang baik hati la kate kan.. Hahaha~

Sambil-sambil tu Shafiq bawak aku pusing-pusing Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Kota A-Famosa, Muzium Istana Melaka... Pastu singgah makan McD.. Hahaha...









St. Paul

Anak Sedara Shafiq, baru form 3

St. Paul Church


Istana Melaka

Takkan Melayu Hilang Di Dunia






Lepas pada tu, kitorang pun kembali ke Melaka Sentral... Tibalah masa untuk aku pulang.. Menaiki bas Mara Liner pada jam 4.30 petang, aku pun meninggalkan Melaka dengan pelbagai kenangan... InsyaAllah aku akan ke sana lagi jika berkesempatan dan diizinkan Allah. Kepada Shafiq, terima kasih atas layanan selama kami di Melaka. Juga untuk transport dan tempat2 yang dibawa... Semua-semualah~

***************

Aku tiba di Kuantan hampir jam 10 malam.. kakak aku sudahpun menanti di perhentian bas.. Malam itu juga aku pulang ke Pekan.. Meneruskan perjalanan pulang, aku memandu pula kereta ke Pekan, biarpun penat, itulah namanya kembara...

***************

Dalam kembara kali ini, banyak juga yang aku belajar tentang sekeliling.. Hubungan kekeluargaan dan cara asuhan keluarga, sahabat, budaya masyarakat, dan yang penting KECEKALAN meneruskan hidup..
Ada sedikit yang aku ingin kongsi... Aku bangga dan lain-lain rasa yang tidak terucap olehku... Bila aku makan roti kedemus tu, aku akan ingat ibu sahabat aku tu...

Walaupun penglihatan nya sudah tidak sebaik dahulu, tapi masih mampu membuat semua kerja seperti biasa.. Bahkan membuat pelbagai kuih dan melayan kami sebagai tetamu dengan baik sekali.. Walaupun dengan usia dan penglihatan yang kurang baik (katarak)... Sebab itulah aku terkenangkan roti kedemus tu, juga terkenangkan si pembuatnya yang tidak mampu aku luahkan... Semuanya tentang erti hidup... yang patut aku contohi... Rindu kedemus~

***************

Sekadar perkongsian dan luahan, bila ku berlagu~