Aku selalu bayangkan IPG ni macam U... Biar jadi gempak macam U. Sebabnya, nampak jurang terlalu jauh dengan U walaupun IPG adalah penjenamaan semula maktab dan menghasilkan mahasiswa. Jika dilihat institusi atau IPT lain yang mengalami transformasi dan penjenamaan semula pasti akan jadi lebih GAH dan maju.. Namun IPG? Aku punya pandangan seperti itu kerana aku banyak memerhati dan membanding beza dengan U.
Pasti pembaca tertanya2 apa yang aku bayangkan dalam visi kepimpinan IPG... Sebenarnya aku ingin IPG juga mempunyai permuafakatan perwakilan pelajar peringkat kebangsaan, disertai setiap JPP/MPP kampus-kampus, yang akan memperjuang hak dan suara guru pelatih ke pihak yang lebih atas lagi, setanding dengan mahasiswa di U.
Antara objektif utama ialah kesatuan semua kampus yang kini bernaung di bawah IPG induk tetapi tiada badan yang menyatukan perwakilan setiap kampus.. Aku juga sebenarnya ingin Akta 174 yang digunapakai IPG dan Politeknik dikaji semula. Jadi perlukan ramai suara agar suara kami dapat direalisasikan.. Akta 174 banyak menghalang pelajar IPG untuk berkembang dan menjadi lebih kritis, terutama yang sering aku highlight berkenaan perkara 4: pertubuhan pelajar tidak boleh menguruskan atau mempunyai tabung kewangan sendiri. Disuruh berprogram dan setanding U tapi~
Untuk makluman, Akta 174 ni dibuat pada tahun 1976, tetapi masih digunapakai sehingga hari ini, 2011.. Sedangkan beberapa perkara di dalamnya aku rasa perlu dikaji agar relevan dengan kehendak semasa.. Jika AUKU boleh dikaji semula dan dipinda, mengapa tidak Akta 174 ni? Mungkin guru pelatih yang pasif di IPG tidak sedar dan terkesan dengan hal ini tapi mereka yang kerap berprogram sangat terkesan~ Aku kira pihak-pihak berkenaan terlepas pandang akan hal ini...
Jika pertubuhan mahasiswa U boleh mendapat tempat di media dan parlimen, guru pelatih juga mampu sepatutnya.. Kami bakal mendidik anak bangsa, seharusnya dicanai menjadi modal insan yang benar-benar "modal insan"... Mungkin permuafakatan ini melaksanakan simposium, konferensi atau apa-apa saja berkenaan guru pelatih, kebajikan dan cabaran semasa yang dihadapi.. Barulah boleh aktif berpersatuan..Dan sepatutnya IPG Induk juga memikirkan sesuatu seperti ini..
Mungkin boleh dimulakan peringkat zon-zon kemudian dimurnikan diperingkat kebangsaan.. Aku sangat berharap agar perkara ini terlaksana.. Sebelum ini kalau berprogram semua mengharapkan kewangan dari pentadbiran, jika tiada maka tidak berjalanlah program tersebut.. Tapi tahniah kepada sesetengah Biro di sesetengah IPG yang selangkah kehadapan mencari inisiatif sendiri, yang mereka ini ada pandangan kehadapan lebih sedikit dari guru pelatih lain kerana berani dan berkepimpinan..
Mungkin agenda atau aspirasi aku ini terlalu besar dan "tak mungkin direalisasikan" (kata beberapa orang) namun biarlah aku simpan cita-cita agar membakar semangat aku untuk merealisasikannya.. Dah tiba masanya jika IPG lebih dikenali lokal dan global... Biar produk yang dihasilkan adalah GRED A! Berkepimpinan, daya saing, kritis dan kreatif...
Kerana agenda inilah aku terdorong untuk bertanding dalam perwakilan dan alhamdulillah aku diberi peluang.. Aku tak mahu lagi mahasiswa U memperlekeh keupayaan guru pelatih atau mahasiswa keluaran IPG.. Aku terkesan dengan perkara ini dan aku banyak berdamping dengan kawan-kawan aku yang aktif berpersatuan di U. Antaranya Mus Hitman dari UM... Di IPG aku juga ada 2-3 orang yang "sealiran pemikiran" dengan aku dan kami sering berbincang tentang agenda ini.. Harap pensyarah juga ada yang menyokong aku...
Biar perwakilan pelajar IPG-IPG mampu melakar sejarah negara bersama-sama mahasiswa lain, berdiri dan duduk sebaris dengan mereka.. Menyumbang untuk kebaikan sarwajagat.. Kami juga mampu bersama-sama mahasiswa lain jika diberikan PELUANG...
Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~
4 comments:
TEPI SKET!!!
cam ni la cikgu yg kte mau kan!
hoyeh hoyeh!
stuju dgn pandgan kamu..IPG sepatutnye standing ngn U..kdg2 kite t'lalu diikat dgn peraturan shingga x ade ruang dn perluang untk bersuare..
aku sangat setuju dengan pendapat tuan punya blog..akta 174 tidak lagi releven.sebagai pelajar politeknik aku merasakan gerakan siswa terhalang disebabkan akta ini.ia seharusnya dikaji.bolehkah kita beramai-ramai mengusulkan memorendum supaya akta ini dipinda.
aku setuju denga pendapat tuan punya blog.seharusnya akta 174 dikaji semula kerana tidak lagi releven.sebagai pelajar politeknik aku rasa akta ini banyak menyekat hak mahasiswa untuk bersuara dan bagi aku ia bertentangan dengan prinsip demokrasi.mahasiswa tidak bebas mengutarakan pendapat terumata dalam politik sedagkan kita semua sudah matang.bolehkah kita bersama-sam mengusulkan memorendum supaya akta ini dikaji semula?harap boleh bekerjasama
Post a Comment