PENGENALAN
Simfoni ini digubah oleh Joseph Haydn pada 1793 di London. Simfoni ini digelar ‘Drum Roll’ simfoni kerana pada permulaannya terdapat ‘roll’ oleh timpani. Durasi simfoni ini ialah sehingga 30 minit. Gubahan simfoni ini digubah untuk alat yang terlibat iaitu dua flute, dua oboe, dua clarinet, dua bassoon, dua horn, dua trompet, timpani dan alat dari keluarga bertali.
1.0 PERGERAKAN PERTAMA
Selepas pembukaan ‘drum roll’, instrumen bass memainkan tema pembukaan:
Pergerakan yang mengikuti pembukaan ini ialah dalam bentuk sonata. Kebanyakannya meletakkan semula tema pembukaan (introduction) tetapi dalam tempo yang lebih laju. Bahagian yang sama juga diulang semasa bahagian koda.
2.0 PERGERAKAN KEDUA
Dalam variasi yang berganda, dengan pertukaran tema yang pelbagai dalam nada C minor dan C major ditambah dengan koda. Tema ini dipengaruhi lagu rakyat Croatia.
3.0 PERGERAKAN KETIGA
Pergerakan ini adalah dalam nada asal iaitu Eb major. Minuet ini mempunyai tekanan pada beat pertama, yang mana ianya kontras dengan rentak minuet pada zaman Barok.
4.0 PERGERAKAN KEEMPAT
Seperti pergerakan pertama, finale lagu ini bermula ‘quasi-ritual-gesture’, iaitu ‘horn-call’ yang diikuti dengan ‘pause’ dan gema (echoed) sepanjang pergerakan ini. Temponya laju dan ia dalam bentuk sonata-rondo. Seperti tema dalam pergerakan kedua, melodi pembukaan dipengaruhi unsur lagu rakyat Croatia yang dipanggil "Divojčica potok gazi", atau ("A little girl treads on a brook”).
No comments:
Post a Comment