Monday, January 31, 2011

Alhamdulillah

31/1/2011, Isnin- Hari ni hari terakhir dalam Januari.. Dan hari ini antara hari yang menggembirakan aku.. haha, elaun da masuk.. lepas ni kena plan betul2 kewangan, nak bertahan sampai hujung sem.. Harap kawan2 pun pandai2 la berjimat, haha..

     Banyak bende perlu diselesaikan dahulu, duit buku, guitar telecaster, amp, hardcase, haha... Flute terpaksa postpone... Sem depan la kot flute tu.. Setelkan yang penting dulu.. nanti bulan 3 dah nak ke sekolah, banyak nak pakai..

     Rasanya sampai disini dulu, perkongsian khabar gembiraku.. hahaha.. Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~


Sunday, January 30, 2011

Kembara Pemikiran

30/1/2011, Ahad- Terpanggil untuk berkongsi... Banyak perkara...

     Aku bru lepas jumpa dengan kawanku, MusHitman yang juga selalu berbincang dengan aku.. Kali ini tentang Akta 174, relevankah lagi masa kini? Mungkin ya, tapi pada aku perlukan pindaan.. Kerana aku sebahagian daripada sistem, dan merasa tersepit kerananya.. Terutama isu kewangan, pelajar/persatuan tidak boleh menguruskan kewangan sendiri.. Bagaimana ingin berprogram jika tidak boleh ada kewangan? Ingin mendidik bakal guru tetapi terlalu mengawal.. Ini antara contoh paling nyata..

     Antara klausa tentang perkara ini ialah:

"Prohibition on collection of money by a student or by an organization, body or group of students

 11. (1) No student of an Institution, or any organization, body or group of students of an Institution, shall, in or outside the campus, or in or outside Malaysia, collect or attempt to collect, or promote or attempt to promote any collection of, or make any appeal orally or in writing or  otherwise, or attempt to make any such appeal for, any money or other property from any person, not being money or property due or about to fall due under or by virtue of any   written law, contract or other legal obligation."

(Dipetik daripada Perkara IV, Akta 174)

     Kebanyakan perkara dalam Akta ini dilihat ada kelemahan yang menyekat kebesasan pelajar/mahasiswa, mewujudkan guru pelatih yang kurang berdikari (kerana dihalang bebuat demikian), dan perkembangan2 lain untuk membentuk guru unggul.. Mungkin terpaksa meminda beberapa perlembagaan perwakilan pelajar agar beberapa matlamat dapat dicapai kerana Akta ini menyekat banyak perkara..

     Mungkinkah Akta 174 perlu dikaji dan dipinda, seperti AUKU? Kami tidak mampu bersuara kerana tiada platform dan tiada hak untuk bersuara tentang akta ini.. Mungkin IPG induk dibawah pimpinan senat patut memikirkan alternatif lain atau perlu ada akta lain menggantikan 174? Atau mohon agar diadakan beberapa semakan atau pindaan, sejajar dengan matlamat membentuk pemikiran guru pelatih/mahasiswa yang lebih kehadapan dan terbuka (tetapi masih dalam acuan negara bangsa)?

     Selain itu, mampukah IPG meningkatkan sistem penyaluran elaun yang lebih berkesan? Mungkin ada 'standard operation procedure' yang mantap? Kadang2 kedengaran waran sudah masuk tapi elaun masih tergantung.. IPG sudah bernaung dibawah satu payung tetapi kenapa masih ada ketidaksamaan? IPG induk (IPG-KPM) sepatutnya memperkasakan sistem ini, begitu juga sistem penyampaian maklumat yang lebih berkesan.. Sepatutnya penjenamaan IPG dari maktab atau Institut Perguruan menjadikan IPG lebih gah, seperti kolej universiti atau institusi lain yang mengalami transformasi penjenamaan semula..

     Aku akui, penulisan ini belum cukup matang kerana aku kurang melakukan kajian tetapi apa yang aku sampaikan disini adalah realiti yang berlaku..


 Sekadar Perkongsian dan Luahan,
~Bila Ku Berlagu~



Tuesday, January 25, 2011

Sunrise, sunset (from the "Fiddler on the Roof)

Is this the little girl I carried?
Is this the little boy at play?
I don't remember growing older,
When did they?

When did she get to be a beauty?
When did he grow to be so tall?
Wasn't it yesterday when they were small~




Sunrise, sunset, sunrise, sunset,
Swiftly flow the days...
Seedlings turn overnight to sunflow'rs,
Blossoming even as we gaze.

Sunrise, sunset, sunrise, sunset,
Swiftly fly the years...
One season following other,
Laden with happiness and tears...


Thursday, January 20, 2011

Pakaian Guru Wanita

    "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

     Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

     Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

     Apa yang dapat diperhatiakn hari ini, ramai di kalangan guru-guru yang beragama islam tidak begitu menitik beratkan masalah pakaian mereka sama ada telah menutup aurat atau tidak. Mereka berpakaian adalah semata-mata mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh IPG masing-masing dan tidak mementingkan peraturan Allah Penguasa Alam ini. Ramai dikalangan guru wanita menutup kepala tetapi tidak menutup keseluruhan anggota badan mereka. Memakai tudung yang nipis sehingga menampakkan rambut dan leher adalah satu perbuatan dosa. Apa yang menghairankan lagi apabila kepala ditutup tetapi anggota lain kelihatan sama ada kaki, tangan, dan tudung yang tidak menutup ke dada.

     Amat menyedihkan apabila anak dididik oleh golongan yang sebegini begitu meresahkan sesetengah pihak yang faham tentang hukum-hukum islam yang sebenar. Ada yang menyatakan berpakaian sebegini adalah untuk mengharapkan pujian dan kelihatan anggun oleh orang ramai. Meraka tidak menyedari bahawa gerak geri mereka sedang di perhatikan dan segala perilaku merekan sedang di catat oleh pengawal yang tidak pernah lalai dan alpa di kiri dan kanan mereka.

     Hikmah di perintahkan menutup aurat adalah bagi membezakanwanita muslim dengan wanita fasik dan bukan islam. sekiranya masih melakukan sedemikian mereka mereka adalah seperti masyarakat jahiliyah sebelum kedatangan islam.

     Oleh yang demikian, Sedarlah wahai bakal pendidik anak bangsa. Anda adalah generasi yang bakal menentukan anak-anak didik anda terdidik dengan didikan yang sempurna dari aspek dunia dan akhirat atau merosakkan mereka dengan didikan sekular yang ada pada hari ini.

     Pemakaian guru yang menutup aurat dan sopan mencerminkan keperibadian yang baik serta dipercayai dapat mendidik anak-anak di aspek rohani dan jasmani yang sempurna.

Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku berlagu~


Cerita minggu ini~

20/1/11, Khamis- Hari ni cuti Thaipusam, jadi tak de kelas.. Sepanjang minggu ni banyak juga benda yang perlu dibuat.. Siri-siri mesyuarat perwakilan pelajar juga perlu diselesaikan sebelum pembubaran Februari ni..

     Aku juga terlibat dengan latihan band, windband utk KOT, gamelan dan beberapa kerja-kerja lain.. Tak tahu nak buat apa, cadangnya nak keluar hari ni.. Lama tak jalan2, tapi elaun tak masuk lagi.. huhu... Harap2 cepala masuk, banyak benda nak buat, duit buku, guitar, class fund..



     Kali ni aku nak kongsi suatu cerita, ada sahabat aku bertanya tentang gamelan meningkah.. Hurm, apakah itu.. Aku juga tak tahu, rujuk2 dengan kawan aktivitis yang lain pun tak tahu.. Sebab bukan dari aliran gamelan melayu tradisional (merujuk kepada istana Pekan an Terengganu). Aku sangat teruja untuk tahu apakah gamelan meningkah tu, kerana meningkah yang dimaksudkan bukan cincang saron mahupun bunga gambang atau keromong tetapi setiap alat ada part dan melodi sendiri.. Siapakah orang yang memperkenalkan gamelan meningkah tu? Wondering...

  "gema gangsa
meningkah suasana
seniman tua
hampir dilupa
meneliti lagu
pantulan hati tanpa notasi"

~ini lah seni yang aku perjuang dan pertahankan~



     
     Bayangkan kalau ia adalah suatu 'ajaran sesat' (dengan izin) berkenaan permainan gamelan, bayangkan berapa ramai yang terkesan kerana orang itu telah menyebarkan di banyak tempat...

     Takpelah, buat masa ni think positive, mungkin teknik gamelan yang aku tak pernah tau dalam gamelan Pahang/Terengganu, aku tinggalkan dulu cerita tu. Hurm, lusa ada perhimpunan Pengakap Kelana Pekan, tapi sayang tak boleh balik... Mungkin lain kali jika berkelapangan aku akan sertai.. Dah lama aku tak sertai aktiviti luar- camping, hiking, kayak, macam2 la.. huhu, sesekali rasa nak ikut jugak.. Kem TANGO pun aku dah lama tak pergi..

   

     Minggu ni jugak aku ada masalah, tak boleh tidur.. Aku pun tak tahu kenapa.. Tapi alhamdulillah malam tadi aku boleh tidur, tu pun pukul 3am.. Minggu ni dan seterusnya tengah giat berlatih band, dan mulai minggu depan windband bermula untuk KOT.. 

     Aku juga nak kongsi pasal belajar falsafah.. Memang memeningkan kepala dengan banyak aliran mazhab dan prinsip2... 2 subjek falsafah- pendidikan dan muzik.. 2-2 pening.. haha.. Aku cuba sedaya upaya untuk subjek ni.. Kemahiran instrumental pun agak mencabar, scaling piano 2 tangan, 2 octave... Kena banyak praktis.. Aku sebelum ni main instrument lain... Jadi agak mencabar la bagi aku.. Teori alhamdulillah dah banyak aku cover..

     Tiba-tiba aku teringat result aku.. Sem lepas drop skit.. Huhu.. tapi masih 3 pointer... Sem ni kena usaha lebih skit!! I can do it!!! haha...

     Mingu ni jugak ade kawan kena operate apendiks.. Tapi dah keluar hospital dan semakin sihat.. Tak sempat melawat masa kat hospital, dah balik kolej baru ziarah~  


Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~



Thursday, January 13, 2011

Gamelan IPIK...

13/1/11, Khamis- Alhamdulillah, setelah dua sesi latihan dalam minggu ni (sejam setiap sesi), kumpulan baru ni dah boleh main dua lagu- Timang Burung dan Ulit Seri Rama.. Walaupun lagu ni agak mudah tapi bagi mereka yang belum pernah terlibat dengan gamelan, aku rasa ini adalah perkembangan yang baik.. InsyaAllah akan ada lagi penambahbaikan yang akan dilakukan.. Aku juga ada minta pandangan dan bantuan rakan2 aktivitis gamelan yang lain macam Abang Hamzah dan Along, berkongsi pengalaman.. Rasanya kalau di sekolah lebih mudah kerana murid2 patuh kepada arahan tetapi di sini mungkin faktor usia dan sebagainya, tak boleh push sangat macam budak sekolah.. Lagipun banyak komited dengan benda lain macam orkestra dll...

     InsyaAllah kalau mengikut perancangan dan target, sebelum bulan 5 dah boleh buat show.. Dan nak tubuhkan penari dan penyanyi gamelan pulak... Harap perancangan ni akan berjaya..

  
Sekadar Perkongsian dan Luahan,

~Bila Ku Berlagu~


Tuesday, January 11, 2011

Enjin mulai panas~

11/1/11, Selasa- Terasa ingin berkongsi hari ni, tarikh pun cantik.. Hehe.. Bermula minggu ni kuliah sudah pun berjalan.. Tugasan kerja kursus belum dapat lagi, tetapi kerja2 lain sudah bermula, tahun ni dalam kelas aku jadi penyelaras subjek sahaja.. Kurang sikit beban, untuk kelas la.. KEBSO, Score Master and Library, Naqib masih aku sandang. Tambah satu lagi, jurulatih gamelan maktab..

     Kerja2 ni lah yang aku maksudkan dengan enjin mulai panas.. Latihan gamelan setiap Isnin dan Khamis pukul 4.30-6.30 ptg. Orkestra pula mulai awal Februari. Event2 besar pun tengah beratur, KOT, Konvo etc. moga dapat aku harungi dengan tabah dan tidak mengganggu pelajaran..

     Setakat ini dahulu aku kongsikan.. Jika berkelapangan aku akan kongsikan lagi.. Sekadar Perkongsian dan Luahan,
 
 ~Bila Ku Berlagu~


Saturday, January 8, 2011

Letih Bukan Penyakit

Letih Bukannya Penyakit?

     Penat, letih dan lesu; berlainan istilah tetapi membawa erti yang lebih kurang sama iaitu keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga. Pada hari ini banyak orang mengadu mengalami keadaan fizikal sedemikian. Senario ini membuka peluang luas kepada industri pengeluaran makanan kesihatan atau makanan tambahan (supplement). Pelbagai jenis, jenama dan produk ada di pasaran yang semuanya menawarkan kelebihan masing-masing. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Namun, dari satu segi, terlalu banyak pilihan pun mengelirukan pengguna.

      Mari kita lihat punca letih, cara mengatasi dan bagaimana makanan kesihatan atau makanan tambahan boleh membantu. Dari situ, anda mampu memilih supplement yang sesuai dengan keperluan diri tanpa perlu berbelanja besar.
Pada dasarnya, letih atau lesu bukanlah penyakit. Ia lebih kepada simptom atau gejala kepada masalah lain seperti, pemakanan yang tidak sempurna, terlalu kuat bekerja, kurang atau terlebih bersenam, insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna, gangguan perubatan yang spesifik seperti sindrom prahaid bagi kaum wanita.


Punca letih

      Kebanyakan orang berasa letih kerana stress, runsing atau berasa cemas, depresi atau imuniti rendah dan jangkitan kronik. Ia berkait dengan penyakit kencing manis, tiroid atau ketidakseimbangan kelenjar adrenal; penyakit jantung, hati atau buah pinggang. Kekurangan vitamin dan mineral menyebabkan kurangnya penghasilan sel darah merah dan ini boleh menyebabkan anda rasa lesu kerana sel-sel ini mengangkut oksigen yang digunakan untuk tenaga.

      Bagi kaum wanita, rasa lesu berlaku akibat pergolakan paras hormon sewaktu kehamilan dan ketika menopaus atau daripada anaemia kerana darah haid yang banyak. Gangguan tidur dan ubat-ubatan, termasuk ubat bagi darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa penat atau lesu.


Bagaimana makanan tambahan boleh membantu?

      Senarai makanan tambahan atau supplement yang dipaparkan di sini seharusnya diambil hanya apabila rasa lesu atau letih itu bukan disebabkan keadaan perubatan. Pengambilan supplement selama dua bulan akan memperlihatkan kesan dan rasa lega. Mulakan dengan pengambilan vitamin, asid amino dan dua jenis ginseng. Kemudian tambahkan magnesium, asid amino dan minyak biji flaks (flaxseed) jika rasa lesu berterusan.

      Vitamin B-kompleks pula menyokong sistem saraf dan imun. Vitamin ini meningkatkan lagi keberkesanan sel darah putih yang menentang bakteria dan virus. Ia juga perlu bagi penyalinan sel darah merah yang sempurna.
Vitamin C juga penting. Ia menggalakkan fungsi imun, membantu memperbaiki tisu dan menyokong kelenjar adrenal yang mengawal pengeluaran horman stress di dalam badan.

      Salah satu kegunaan ginseng yang paling popular ialah untuk meningkatkan paras tenaga badan. Di Asia, Panax ginseng telah lama digunakan untuk tujuan ini. Siberian ginseng pula mengandungi kompoun yang terbukti dapat melawan kelesuan.

      Bagi sesetengah orang, kekurangan sedikit magnesium pun boleh menimbulkan rasa letih. Pengambilan mineral tersebut selama dua bulan boleh mengatasi kekurangan itu. Setiap sel di dalam badan memerlukan campuran asid amino untuk membuat protein, dan dalam sesetengah kes paras rendah boleh menyebabkan lesu. Minyak flaxseed membantu dengan membekalkan asid-asid lemak perlu, yang memelihara keutuhan sel membran dan meningkatkan sistem imun.

Supplement yang disyorkan

SUPPLEMENT
DOS
KOMEN
Vitamin B-kompleks
1 biji dua kali sehari
bersama makanan.
Pilih satu B-kompleks yang mempunyai
150 mcg vitamin B12 dan biotin, 400 mcg asid folik dan 50 mg vitamin-vitamin B lain.
Vitamin C
1000 mg 3 kali sehari.
Kurangkan dos jika mengalami cirit-birit.
Panax
ginseng
100-250 mg dua kali
sehari.
Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 7% ginsenosides.
Siberian
ginseng
100-300 mg dua kali
sehari.
Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 0.8% eleutherosides.
Magnesium
400 mg sehari bersama makanan. Diambil selama dua bulan.
Waspada apabila mengambil magnesium
jika anda berpenyakit buah pinggang
Asid amino kompleks
1 biji dua kali sehari.
Diambil ketika perut kosong.
Minyak
flaxseed
1 sudu makan (15-20 ml) sehari bersama makanan.
Diambil pada waktu pagi.




Tip

* Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.

* Jangan abaikan sarapan. Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, alkohol dan minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).

* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.

* Bergiatlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa penat.

* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.


Koleksi Anis/ Susunan: Suraiyya Pauzi

Friday, January 7, 2011

Gamelan lagi!!!

6/7/11, Khamis- Aku dipanggil pensyarah aku, Cik Nik.. Mulanya aku berdebar, kot2 ada masalah.. rupanya khabar gembira yang dibawa.. Katanya, Jabatan Muzik da luluskan untuk menghidupkan gamelan tradisional di maktab.. Tiada lagi kontemporari melalut itu.. Sampai lagu klasik pun nak masuk percussion la, caklempong la... Huhu, biarkan ia aman disitu.. Perjuangan aku rupanya tidak sia-sia..

     Petang tu juga aku kumpulkan orang yang berminat untuk gamelan melayu.. Aku mulakan dengan memperkenalkan sejarah dan alat secara ringkas dan bermain keratan lagu Timang Burung sebagai permulaan.. Petang Jumaat ni aku akan balik Pekan, mengambil segala kutub khazanah gamelan yang aku simpan... Semangat aku melonjak-lonjak... Biar bangkit semula martabat gamelan tu..

     Terima kasih Cik Nik dan Encik Gahzali yang menyokong aku selama ini... Aku akan pastikan target untuk boleh perform di khalayak sebelum bulan Mei ini tercapai.. Patah sayap bertongkat paruh, aku gagahkan jua..

     Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~



Wednesday, January 5, 2011

Jejak Habib: Gamelan Pahang

Jejak Habib: Gamelan Pahang

Monday, January 3, 2011

BLUES untuk aku ~

3/1/11, Isnin- Tak tahulah kenapa dengan aku hari ni... Confused, Bored, Tired... Mungkin itu antara apa yang aku rase sekarang... Mungkin masih dalam mood cuti dan rindukan suasana rumah.. Haha, macam tak percaya dah bertahun belajar tiba2 masih rasa camni lagi.. Wallahu'alam..

     Macamana agaknya dengan anak saudara aku yang akan mula bersekolah hari ni? Hurm, tak tahulah.. Kakak aku pula dah mula daftar UiTM Shah Alam, siapalah yang tinggal kat rumah tu... Teringat kat macam2, gamelan kt Pekan tu, anak2 buah, student yang ajar time cuti... Hehe.. Apa khabar agaknya?

     Hujung minggu ni birthday anak saudara yang sorang lagi... Nak baliklah kampung.. Nak beli ape agaknya untuk dia..? Hehe.. Sangat aktif dan 'hero'... InsyaAllah akan diusahakan juga kepulangan. Haha..

     Roomate pun belum balik, flight lambat.. Sampai2 plak tak boleh amek kunci, pejabat penyelia dah tutup.. Huhu, mujur tumpang bilik kawan dulu.. Pagi tadi baru amek kunci.. So masa yang terluang petang ni nak sambung kemas bilik.. Alhamdulillah jadual sem ni tak terlalu pack..

     Sebab kat kampung da selalu keluar kalau bosan, kat sini rase lain skit.. Hehe.. Makan pun sikit je tadi.. Wahai hati dan perasaan ku, kembalilah kau kepada yang sepatutnya.. haha.. Mood2, cepatlah pulih.. Apalah aku nak plan ni.. Senyap sangat rasa..

     InsyaAllah, aku akan balik petang Jumaat ni, hari lahir anak saudara Sabtu ni... TUNGGU~



   Sekadar perkongsian dan luahan,

~Bila Ku Berlagu~


Saturday, January 1, 2011

Guru dan Jenayah Seksual

     Tajuk-tajuk akhbar seperti jenayah rogol, pembuangan bayi dan seumpanya sering kelihatan dewasa ini. Kes-kes salah laku seksual kini menjadi bahan perbualan dan polemik umum malah laporan mengenai kes rogol kepada kumpulan hak asasi wanita serta organisasi bukan kerajaan (NGO) dan juga di dalam akhbar adalah perkara biasa.

     Menurut laporan akhbar, seramai 1,462 wanita telah dirogol dalam 10 bulan pertama tahun 2005 yang mana ia hanya 10 peratus daripada keseluruhan kes rogol yang telah dilaporkan kepada pihak polis. Pelacuran kanak-kanak juga wujud malah merujuk kepada statistik polis pada tahun 2002, 97 gadis berusia di bawah 18 tahun telah ditahan dan dihantar ke pusat pemulihan kerana terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral (lihat Seksyen 5, Perdagangan Manusia). (Biro Demokrasi, Hak Asasi dan Buruh, 2005).
Dewasa ini, mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral sering dianggap sebagai subjek pelengkap dalam kalangan pelajar. Dengan kata lain, subjek dipelajari hanya disebabkan subjek adalah mata pelajaran wajib yang diambil kira dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

     Justeru itu, para pelajar kurang penghayatan terhadap subjek ketika proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kurang penghayatan dalam mata pelajaran kerohanian ini akan memberikan pelbagai implikasi negatif yang membimbangkan. Antaranya, wujud gejala sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang membabitkan kes-kes jenayah terutama salah laku seksual seperti yang tersebut di atas.
Sejajar dengan ideologi idealisme yang memberi fokus kepada akal, jiwa dan kerohanian. Akal, jiwa dan kerohanian adalah penting dalam kehidupan kerana kebenaran menurut mazhab ini hanyalah bergantung kepada tiga perkara tersebut (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008:2).
Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral merupakan satu-satunya mekanisme yang mampu membina jiwa, membentuk kerohanian dan memupuk akhlak mulia dalam diri pelajar, guru-guru sewajarnya memainkan peranan mencegah salah laku seksual dengan menekankan penghayatan subjek-subjek ini kepada pelajar di sekolah.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Amir Hasan Dawi (2006: 242), Ibn Khaldun dan Al-Qabisi berpandangan bahawa pendekatan dalam pembentukan disiplin pelajar atau mengatasi salah laku pelajar perlu diterapkan dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum. Begitu juga disiplin boleh diterapkan melalui pembelajaran formal.

Langkah-langkah Pencegahan
01. Pemeliharaan pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan
Ini adalah perkara paling asas yang perlu diberi perhatian. Pergaulan yang melampaui batasan merupakan akar umbi kepada salah laku seksual. Dalam situasi keruntuhan moral yang semakin meruncing kini, saya menyokong tindakan guru-guru mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam isu yang digembar-gemburkan baru-baru ini di mana sebuah sekolah menengah di Taman Seremban Jaya di sini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa kerana mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki dalam semua aktiviti termasuk ketika membeli makanan di kantin (Harian Metro, 10 Januari 2008).
Berdasarkan teori perkembangan psikoanalisis Sigmund Freud; pada peringkat Genital (12 tahun ke atas), remaja mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Ketika ini, kelenjar-kelenjar kelamin sudah mula berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan wujud perasaan cinta dua arah.
Kesulitan-kesulitan yang timbul pada peringkat ini akan menyebabkan ketegangan yang berhubung dengan masalah seks (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2002). Oleh kerana itulah syariat Islam diturunkan untuk mengatur hubungan antara manusia. Hubungan di antara manusia itu termasuklah mengatur bagaimana individu manusia yang berlainan jenis seharusnya bergaul.

     Di dalam Islam, hukum asal bagi kehidupan lelaki dan wanita adalah terpisah (diasingkan). Islam melarang percampuran di antara lelaki dan wanita kecuali di dalam hal yang memerlukan interaksi seperti jual-beli, bekerja, perubatan, pertanian, industri dan sebagainya.
Namun, apabila berada di luar urusan yang memerlukan interaksi tersebut, maka seorang wanita haram melakukan interaksi dengan lelaki kecuali dengan mahramnya.

     Tidak timbul masalah perkembangan remaja akan terganggu kerana pengasingan pelajar lelaki dan perempuan dalam pendidikan telah diamalkan dalam Islam semenjak zaman Nabi sehinggalah era kegemilangan ilmu empayar Khilafah Uthmaniyah, malah telah terbukti bahawa mereka berjaya menghasilkan masyarakat yang tidak terjejas tetapi bertamadun tinggi dan harmoni.
Bukan itu sahaja, sistem persekolahan Inggeris yang dipandang tinggi oleh masyarakat itu juga mengamalkan pengasingan di antara murid lelaki dan perempuan pada suatu ketika dahulu!
Saya percaya guru memiliki tanggungjawab besar dalam memelihara pergaulan di antara pelajar lelaki dan perempuan dengan mewujud serta menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sewaktu kelas mahupun sepanjang sesi persekolahan.

     Selain pengasingan di antara pelajar lelaki dan perempuan, guru boleh memilih untuk menguatkuasakan peraturan lain sebagai alternatif yang lebih longgar dan mudah dilaksanakan.
Antaranya, melarang pelajar lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan dan bersentuhan terutamanya jika pelakunya adalah pelajar muslim. Guru juga perlu menegur pelajar lelaki yang mengusik pelajar perempuan secara berlebih-lebihan serta pelajar lelaki dan perempuan yang bergurau senda melampaui batasan.
Dalam menjalankan fungsinya di sekolah, guru sepatutnya dapat mengubah cara hidup pelajar sungguhpun di luar sekolah pelajar itu mungkin berdisfungsi. Dalam usaha mendisiplinkan pelajar, guru mungkin menggunakan kaedah penguatkuasaan dengan mengetatkan peraturan dan hukuman (Amir Hasan Dawi 2006:239).

02. Cara pemakaian
Pakaian pelajar perempuan yang terdedah boleh menyumbang kepada berlakunya gejala-gejala sosial kerana pakaian diibaratkan sebagai umpan untuk menarik perhatian lelaki yang boleh membawa kepada berlakunya seks bebas, rogol, sumbang mahram dan lain-lain. Dalam hal ini, guru seharusnya memerhati, menegur dan menasihati pelajar-pelajar perempuan yang gemar berpakaian menjolok mata supaya berpakaian sopan di mana-mana sahaja .

     Antara kepentingannya adalah untuk mengelakkan pelajar perempuan diganggu oleh kaum lelaki sewaktu keluar dari rumah malah ketika berada di dalam rumah juga pelajar perempuan sewajarnya berpakaian sopan atau tidak terdedah untuk mengelakkan rangsangan seksual kepada ahli keluarga lelaki.
Tambahan pula, kejadian kes sumbang mahram telah berlaku secara berleluasa akhir-akhir ini. Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga melaporkan 306 kes sumbang mahram pada tahun 2002 dan pada bulan September 2005, media tempatan telah melaporkan bahawa berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap 133 orang pesalah laku seksual, 23 peratus daripada mangsa adalah anak perempuan mereka sendiri (Biro Demokrasi, Hak Asasi dan Buruh, 2005). Ahli sosiologi, psikologi dan pendidik bersependapat mengatakan penampilan seksi wanita adalah salah satu punca berlaku kejadian rogol. 

     "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada wanita-wanita mukminat agar mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang telah zahir pada dirinya dan hendaklah mereka menutup dengan tudung mereka ke atas dada mereka dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, bapa-bapa mereka, bapa suami mereka, anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, anak-anak lelaki bagi saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki bagi saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam, hamba sahaya yang mereka miliki, lelaki yang mengikut mereka yang sudah tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau kanak-kanak kecil yang belum mengetahui mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (Surah an-Nur: 31)

03. Menerangkan adab dalam kehidupan pelajar
Penerapan nilai-nilai murni dalam diri seperti amalan berdisiplin, adil, bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi perlu dicanai dalam diri mereka. Ini kerana, pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan melahirkan manusia yang baik.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, pengenalan komponen adab dan akhlak Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam pada 2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkat dan mengemaskini lagi pengajaran dan pembelajaran akhlak di sekolah yang antara lainnya bagi mencapai matlamat dalam melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut :
  • iman dan taqwa yang kukuh sebagai benteng ketahanan diri, 
  • menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai pedoman hidup,
  • mengamalkan tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah bagi memenuhi tanggungjawab ibadah 
  • berakhlak mulia sebagai pelengkap diri dan tonggak budaya. 
     Hanya menerusi iman dan taqwa yang mantap sahaja dapat mengawal diri pelajar daripada gejala negatif. Ini bermakna, adab dan akhlak Islam mesti menjadi induk utama kepada nilai-nilai materialisme, sekularisme dan sainstisme.

     Tuntutan Islam juga menyeru umatnya berdakwah iaitu saling nasihat-menasihati mengikut kemampuan masing-masing bagi menjauhkan perkara keji daripada berlaku dalam masyarakat berikutan daripada pengaruh persekitaran atau budaya luar.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
''Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka secara yang lebih sopan. Ssungguhnya Tuhanmu jualah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari alan-Nya dan Dia lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.'' (Surah An-Nahl: 125)

04.  Saranan rakan-rakan pelajar yang baik
Guru perlu menyarankan pelajar mencari kawan sebaya yang betul kerana pemilihan rakan sebaya yang betul dapat mengelakkan pelajar daripada terpengaruh dengan unsur-unsur seperti yang dinyatakan di atas.Rasulullah s.a.w. pernah berpesan terhadap keperluan mencari teman yang baik umpama berkawan dengan penjual minyak wangi. Jika kita tidak dapat membeli minyak wanginya, pasti akan dapat mencium bau wangian jualannya. Namun, jika berkawan dengan si tukang besi, pasti akan terkena percikan kepanasan api yang digunakan ketika bertukang besi.

     Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008: 2), mazhab idealisme menyatakan pendidikan ialah untuk melahirkan individu bermoral yang boleh berperanan dalam masyarakatnya.
Di sini jelaslah bahawa pendidikan Islam dan Moral perlu menekankan kepada aspek penghayatan pelajar, bukan hanya mementingkan aspek kognitif sahaja. Justeru itu, suatu langkah yang lebih menyeluruh perlu difikirkan dan diambil bagi menilai aspek penghayatan pelajar dari segi agama dan moral. Suasana yang kondusif ke arah pembentukan akhlak dan moral yang baik perlu diwujudkan di sekolah, dalam keluarga dan masyarakat. Hanya dengan suasana yang saling menyokong ini, pelajar-pelajar yang berakhlak dan bermoral dapat dilahirkan.

- Artikel iluvislam.com

Selamat Tahun Baru 2011

1/1/11- Sedar tak sedar dah masuk tahun baru.. Dan hari ini last aku bercuti sebelum pulang semula ke kampus..

     Hari ni aku nak kongsi aktiviti aku sepanjang minggu2 akhir cuti.. Dari terlibat Hari Graduasi sekolah sampailah ke kelas tambahan.. Banyak input dan pengalaman baruyang aku dapat.

     Aku mengajar kelas praPMR dan praSPM di sekolah, dan tahun ini berbeza dari tahun sudah... Pelajar praSPM dengan lagak 'sudah besar' dan 'dewasanya' tapi tidak menggambarkan langsung kematangan, dan praPMR  banyak aku kongsikan pengalaman agar tidak tersasar walaupun ada 2-3 yang nampak blur dan childish..

     Ni antara gambar2 masa kelas tu... Maaf tak sempat nak update banyak2, nak pack barang plak, jap lagi nak balik dah... huhu...

Mus...

Khairun

Munie


Ikram Tokek.. haha..

Aby

sheikh




Ceramah ANti Rokok.. :P

Shuhada ngan Wahidah

Masuk lambat

Masuk lambat

Masuk lambat

2 orang wanted.. Harap korang jadi yang terbaek~

Pelajar2 praPMR

Barisan guru muda- adik Wahidah, Khairun, Wahidah, Shuhada, Amin, aku, Mus, Thivya, Munie, Asha

Master piece?

     Harap sumer adik2 ni dpt best result, top dari tahun2 lepas... Hurm, korang kalau dapat result nnt jgn lupe kitorang... Keep in touch..

~Bila Ku Berlagu~