13/06/2011, Isnin- Agak letih juga hari ni.. Baru lepas pulang dari renew lesen. LAma dah aku tak update blog ni.. Alhamdulillah hari ni berkesempatan.. Sepanjang cuti ni banyak juga benda yang aku nak kongsikan dengan semua..
Sebelum mula cuti (28-31/05/2011), aku diarahkan untuk menghadiri Biro Tatanegara (BTN) selama 4 hari 3 malam di Kem Teluk Senangin Perak. Tempatnya agak terpencil ke dalam ladang sawit, tapi betul-betul di tepi pantai.. Menghadap ke Pulau Pangkor, cantik...
Sepanjang BTN ni macam-macam yang aku dan kawan-kawan dapat, berkenaan isu-isu semasa, kenegaraan dan lain-lain yang aku rasa tak perlu aku tulis disini.. :) (faham-faham la).. Ada juga sedikit argumentative dengan fasi BTN, hanya sekadar mencari justifikasi dan solusi...
Setelah tamat BTN, kami pulang semula ke IPG pada tengahari 31/5/2011 dan tiba pada lewat petang.. Malam tu dan ex-rumate, Hafiz keluar ke ibu negara, Kuala Lumpur... Lalu dia menunjukkan aku satu tempat makan yang memang best di Kampung Baru.. Tapi nama kedai tu aku tak ingat dah... Nasi kerabu yang enak, dengan kuih tradisional Kelantan, labu yang disira... Memang kenyang malam tu...
Esoknya sekitar jam 12 tengahari aku pun bertolak pulang ke Pahang... Bersama-sama aku ialah 3 orang rakan, Muhammad, Bukhari dan Mat Yo.. Ketiga-tiga ni tumpang sampai Kuantan sebab lepas tu balik ke Terengganu plak.. Sampai Kuantan dalam pukul 3 petang, terus singgah dekat depan benteng (Taman Esplenade) untuk makan tengahari+sarapan yang tertinggal pagi tu.. hehe...
Dalam minggu kedua cuti, rezeki datang mengetuk pintu.. Aku ditawarkan untuk mengajar gamelan di Taman Budaya Pahang, Jalan Telok Sisek, Kuantan. Bermula Isnin hingga Khamis (6/6-9/6/2011) aku berulang dari Pekan ke Kuantan, setiap hari.. Kelas dari jam 10pagi-6petang... Alhamdulillah mereka janjikan sedikit honorarium, tapi aku belum claim lagi...
Jumaat (10/6/2011), aku pun bertolak pulang ke KL kerana sebelah malamnya ada latihan Gamelan di Taman Budaya KL... InsyaAllah ada show di One World Hotel Kota Damansara hari Rabu ni... Aku akan perform dengan kumpulan yang aku bernaung sekarang di KL ni, dan di Pekan sendiri sudah tidak aktif kumpulan gamelannya...
Dan malam tadi aku bersama rakanku, Guru Musafir[klik sini], yang kebetulan juga berada di KL pergi berkelana sampai ke Kajang dan Putrajaya... Semuanya gara-gara bosan berseorangan, lalu aku mengajaknya keluar dan dia pun memberi cadangan untuk ke Putrajaya... Dapat la jugak dengar Konsert Akhir AF.. hehe..
Disana kami berjalan dan mengambil gambar di sekitar Putrajaya... Aku pula menggunakan peluang ini untuk belajar dari rakanku mengguna dan mencuba kamera DSLR Nikon D3100 yang baru dibelikan oleh kakakku...
Sampai disini dahulu aku kongsikan..... :)
Seruling Senja: Maaf kerana banyak kekangan untuk update blog ni..
No comments:
Post a Comment