Diarahkan oleh Fatimah Abdullah dan dibantu oleh Rosnan Rahman. Bintang utama ialah Rosnan Rahman (satu-satunya Pak Yong di Malaysia) dan Arja Lee.. Mengisahkan pengembaraan Dewa Indera (Rosnan Rahman) dan adindanya Indera Dewa (Arja Lee) untuk memburu di hutan. Sehinggalah mereka bertemu Tuan Puteri Selindungan Daun, bermulalah pengembaraan mereka...
Untuk mengetahui apakah kesudahannya, korang kena datang tengok sendiri kat Lambang Sari, Istana Budaya. Tiketnya RM15 dan RM25 sahaja, memang berbaloi! Penuh unsur humor dan lelucon, korang mesti terhibur, dengan penggunaan bahasa yang tak begitu berat...
Ni antara gambar eksklusif babak-babak dalam Makyong Dewa Indera, Indera Dewa...
Pembukaan dengan Lagu Sedayong, Rosnan Rahman dan Arja Lee |
Rebab, instrumen utama dalam dramatari Makyong |
Watak Peran Tua yang penuh dengan lelucon |
Antara babak dalam DI,ID.. |
Klimaks cerita, nak tau saksikan~ |
Angkat sembah, tanda tamatnya cerita |
Tenaga produksi, tengah pakai pink tu Fatimah Abdullah, Pengarah. |
Seruling Senja (paling kiri) dan kawan bersama Rosnan Rahman |
Kesimpulannya cerita ni memang best... Cubalah beralih angin pula bagi yang belum pernah tengok Makyong... Hargai warisan kita... :)
~Sekadar Perkongsian dan Luahan~
Bila Ku Berlagu
Seruling Senja: Beruntung dapat tengok preview...
No comments:
Post a Comment