Aku ingin ambil statement guru tersebut kepada pelajar ini :
"..permainan turun menurun secara oral (lisan) ni biasanya mengalami sedikit perubahan dan sentiasa berubah. Jadi keasliannya tu tidak pasti, tapi apa yang cikgu tahu, gamelan pahang ini asal dari riau-linga atau sekarang ni sunda. Jadi, peranan dan cara permainan alat muzik gamelan melayu asasnya masih dirujuk kepada cara permainan gamelan sunda (jawa)..."
Perlukah merujuk kepada gamelan Jawa* sedangkan teknik gamelan Melayu mempunyai identiti sendiri. Memang tidak dinafikan semua berasal daripada Jawa, namun kerana faktor sejarah (kaji lebih dalam), telah mewujudkan gamelan yang mempunyai tradisi sendiri iaitu Jawa (kekal dengan gamelan Jawanya), Sunda, Bali dan Melayu... Masing-masing ada identiti sendiri dari segi jenis dan jumlah instrument, fungsi instrument, teknik bermain serta peranan ensemble itu sendiri..
Aku ada berbincang dengan beberapa orang yang lebih berpengalaman dalam gamelan Melayu untuk mendapatkan penjelasan... Dan memang sama seperti apa yang fikirkan.. Pertama, statement berkenaan keaslian, gamelan Melayu dasarnya memang menggunakan alatan Jawa kerana disitu asalnya, tapi repertoire dan teknik adalah Melayu.. Adakah sama lagu dan teknik kita dengan Jawa? Apakah pemain gamelan di Jawa boleh main lagu Melayu dengan teknik Melayu dan begitu juga sebaliknya... Begitu juga Sunda dan Bali kerana masing-masing punya identiti masing-masing.. Kita ada rujukan seperti karangan Al-MArhumah Tengku Ampuan Mariam binti Al-MArhum Sultan Ahmad, "Joget Pahang" serta rakaman lama oleh etnomusicologist Jaques Brunet, tidak semua diturunkan secara oral, ada juga secara harfiah atau literally..
(Boleh rujuk kepada buku Siti Zainon Ismail dan Harun Piah. (1986). Lambang sari: gamelan trengganu. Bangi: Penerbitan UKM.. serta buku Ahmad Omar Haji Ibrahim. (2005). Joget gamelan pahang dan terengganu: penerus tradisi seni persembahan istana kesultanan melayu melaka. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN. )
(Boleh rujuk kepada buku Siti Zainon Ismail dan Harun Piah. (1986). Lambang sari: gamelan trengganu. Bangi: Penerbitan UKM.. serta buku Ahmad Omar Haji Ibrahim. (2005). Joget gamelan pahang dan terengganu: penerus tradisi seni persembahan istana kesultanan melayu melaka. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN. )
Terdapat dua versi cerita tentang masuknya gamelan di Istana Kesultanan Riau-Lingga di Pulau Penyengat (yang menjadi asas kepada tradisi gamelan Melayu). Pertama, orang-orang Jawa dibawa masuk ke Istana di Pulau Penyengat untuk kerja-kerja landscaping di istana, mereka juga turut membawa gamelan dan bermulalah tradisi gamelan di Pulau Penyengat. Tapi fakta ini agak kabur dan permainan gamelan lansung tidak sama dengan Jawa. Versi kedua pula pihak istana menerima hadiah set gamelan daripada orng besar di Lingga dan bermulalah tradisi gamelan mengikut acuan Melayu di Pulau Penyengat itu.. Wallahua'alam. (dipetik daripada perbincangan bersama individu pertama)
(Daripada perbincangan dengan individu kedua) Berkenaan statement kedua iaitu Riau-Lingga (atau lebih spesifik Pulau Penyengat) sekarang ini dikenali sebagai Sunda dan teknik gamelan Melayu asasnya merujuk kepada gamelan Sunda (Jawa)... Ini terang-terangan adalah fakta yang salah.. Sunda adalah berpusat di Jawa Barat sekitar Bandung dan tiada kena-mengena dengan Kepulauan Riau-Lingga manakala kepulauan Riau-Lingga kini dikenali sebagai Daik... Hurm, jadi dah salah fakta geografi juga sejarah... Perlu diingat gamelan Sunda sangat berbeza dengan Jawa dari segi alat, bilangan, nada dan struktur lagu.. Seperti yang aku tulis di atas tadi, masing-maisng ada identiti dan acuan sendiri, Jawa ada gamelan Jawa, begitu juga Sunda, Bali juga Melayu... Di Jawa juga masih merujuk kepada gamelan Keraton yang empat..
Gamelan Melayu asasnya adalah ulang, cincang saron dan turun gambang (bagi yang ada turun gambang)... Berbeza dengan ciri gamelan Jawa, Sunda dan Bali..
Gamelan Melayu asasnya adalah ulang, cincang saron dan turun gambang (bagi yang ada turun gambang)... Berbeza dengan ciri gamelan Jawa, Sunda dan Bali..
Pulau Penyengat (gambar dari web "Le Gamelan en Malaise) |
>> [klik di sini]<<
Sunda yang bertanda A. Jauh dari Pulau Penyengat (gambar dari google maps) |
Aku juga ingin bincangkan berkenaan statement pemimpin kumpulan gamelan sebuah universiti tempatan dalam web www.inilah.com [klik sini], berkenaan fakta gamelan Melayu berasal dari Acheh. Tanpa usul periksa membuat pernyataan begitu.. Fakta yang umum tahu gamelan di Tanah Melayu ni sejak kurun ke-17 lagi, macamana boleh dikata gamelan masuk tahun 1930-an? Lagi satu, Acheh ada gamelankah?
Kadang-kadang aku tertanya juga, sedangkan mereka ini ada Bachelor, Master tapi boleh buat satement yang aku rasa tanpa ada cukup kajian.. Fakta yang "kelakar"....
Kadang-kadang aku tertanya juga, sedangkan mereka ini ada Bachelor, Master tapi boleh buat satement yang aku rasa tanpa ada cukup kajian.. Fakta yang "kelakar"....
Sekadar Perkongsian dan luahan
~Bila Ku Berlagu~
Seruling Senja: Terkilan sebab ada juga orang sendiri "mencabul" Gamelan Melayu dengan fakta-fakta "kelakar".
No comments:
Post a Comment