Minggu pertama (12-19 Mac) semasa cuti, aku sibuk fokus kepada peperiksaan teori muzik kelolaan ABRSM pada 14 Mac... Agak mencabar juga bagi aku.. Aku pulang ke kampung pada 15 setelah selesai urusan di KL ni.. Dalam 4 hari aku stay sebelum balik kampung tu, sempat la jugak menonton wayang bersama kawan yang tak balik kampung terutama Sabah dan Sarawak.. Cerita yang aku tengok ialah Hikayat Merong Maha Wangsa, Unknown dan Drive Angry.. Sekadar mengisi kebosanan.. hehe... Balik ke kampung, aku diminta oleh ibu saudaraku untuk melatih muridnya bernasyid untuk pertandingan pada 23 Mac.. Aku juga sibuk dengan urusan keluarga kerana abangku akan berkahwin pada 2 April ni di Wangsa Maju dan Sambut Menantu pada 9 April di kampung... Antara tugas aku ialah menghantar kad jemputan dan urusan mengemas rumah dan lain-lain berkaitan kenduri..
Minggu kedua (20-26 Mac) adalah minggu aku berPBS.. Aku buat di SK Seri Terentang, tak jauh dari rumah aku.. Memang pengalaman yang amat berharga, mencari maklumat sekolah, menemu ramah guru, dan membuat eksperimen dan pemerhatian perkembangan bahasa kanak-kanak.. Aku juga dapat guru mentor yang best, siap jamming sama2.. haha.. Aku juga terus melatih nasyid murid2 ibu saudara aku, dan alhamdulilah mereka menang tempat pertama.. Dapatlah juga intensif dari sekolahnya.. Dalam minggu ini juga family ada buat gathering untuk berbincang tentang perkahwinan abang aku dan agak sibuk juga untuk menyiapkan rumah dan makanan.. Aku balik ke IPG pada hari Ahad walaupun asalnya aku rancang nak balik pada hari Sabtu..
Minggu ketiga iaitu minggu ni, juga sibuk.. Pulang dari PBS, terus bergegas ke B.I.G. pula.. Namun input yang diterima memang bagus.. Aku dapat mengenal potensi dan kelemahan diri.. Antara aktivitinya ialah kembara hutan, berakit di laut, dan input2 LDK menarik daripada kaunselor IPG...
Namun, kepulangan pada hari ini disambut pula dengan tugas-tugas dan kursus2 dalaman yang lain.. Assignment pun berjalan seperti biasa.. Letih macamana pun tetap kena gagahkan jua diri ni.. Aku hanya mampu berdoa agar dilapangkan dada.. Harap dapat melalui hari mendatang dengan lebih baik dari semalam..
Banyak pengalaman baru yang aku timba sepanjang minggu-minggu aku sibuk ni, sampai lama tak update blog ni... Harap entry kali ni cukup untuk menceritakan semua yang berlaku sepanjang tiga minggu ni...
Sekadar perkongsian dan luahan,
~Bila Ku Berlagu~