Thursday, April 14, 2011

Cerita hari ini

14/4/2011, Khamis- Hari ni assignment terakhir diletakkan atas meja pensyarah. Bermakna kelapangan bakal menjengah ke muka pintuku.. Walaupun sekejap.. Sekurang-kurangnya sampai Isnin ni...  Mula hari Selasa ada UAK, Ujian Akhir Kursus. Banyak nak dihafal, sebab paper falsafah pendidikan, TITAS ngan pengurusan GERKO.

     Hari ni banyak free sebab pensyarah bermesyuarat luar kawasan, menggubal kurikulum baru untuk KPLI sebab KPLI mulai ambilan baru ni jadi 3 Semester, maknanya setahun setengah, bukan lagi setahun... Mnggu-minggu akhir dekat nak exam x banyak kelas, cuma habiskan presentation je... Lepas tu tadi ade kelas kibod pun sekejap je, untuk ensemble..

     Hari ni jugak ade spiritual healing, waktu tutorial.. Dibuat bacaan ma'thurat... Ada la jugak pengisian bagi kami yang 'dahaga' di ibu kota... Tak banyak pun, dapat jugak sedikit... Sebab hidup di kotaraya, jauh daripada keluarga memang sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan tingkah laku aku.. Dan menulis blog juga sebenarnya aku jadikan sebahagian refleksi diri, sebab apa yang aku tulis ialah apa yang aku buat sehari-hari..

     Petang tadi aku melatih gamelan untuk kumpulan maktab, sebagai persediaan untuk Hari Konvokesyen IPG bulan Jun ni.. Aku tumpukan pada gamelan dengan nyanyian, nak habiskan 3 lagu- Timang Burung, Togok dan gambuh Nyanyi... Aku cuba untuk mengekalkan semaksimum mungkin teknik permainan cara lama yang aku belajar semasa di Pekan dan BSBR-JKKN KL.

     Habis latihan, pergi makan, tapi hari mendung... Bila nak balik je, terus hujan lebat.. Terpaksa redah balik. Mujur hujan tak lama.. Kalau hari tu, samapi blackout... Memang memberi kenangan... hehehe...

     Berbalik kepada penulisan blog, ramai orang menulis blog atas pelbagai sebab.. Luahan, bicara hati, pendidikan, bahkan perniagaan... Namun akku tidak begitu menjurus kepada subjek-subjek atau ruang lingkup tertentu... Mungkin beberapa skop kecil sahaja dan tidak begitu mendalam...

     Bila aku menulis, aku berkongsi apa yang aku sedang rasa, pengalaman yang aku ada dan isu-isu tertentu mengikut kaca mata aku.. Kadang-kadang aku pun rasa seperti aku tidak begitu mengenali diri aku... Entahlah...

     Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~

Tuesday, April 12, 2011

Malam yang gelap~

12/4/2011, Selasa- Hari ni datang dengan kisahnya sendiri... Aku lalui dengan cerita-cerita baru.. Yang akan menjadi lipatan sejarah di penghujung harinya pula..

     Hari ini rutin biasa aku lalui.. Paginya panas, petangnya hujan begitu lebat bertemankan guruh dan kilat... Kuat, sehingga terputus bekalan elektrik di maktab dan kawasan sekitar... Maghrib baru hujan berhenti... Blackout  sampai ke malam, dan ketika aku menulis entry ni elektrik baru pulih...

     Kali pertama bergelap di KL.. haha... Suasana di kolej kediaman lain sangat.. Teringat plak 'the haunted Changi'.. haha... Adalah jugak yang bergambar dengan suasana 'baru' di maktab.. Lalu ramailah yang bertebaran ke sekitar luar kampus... Mencari 'cahaya' katanya.. hehe... Pergi makan, karaoke pun ade, maklum la kat situ je ade elektrik.. (Kawasan downtown kat luar kampus ni...)

     Dalam gelap tadi, sempat aku menyelami tabir malam, 'bersendirian' dalam ramai... Menghayati malam yang sebenarnya... Dalam kepanasanaku rasakan 'dingin' malam ni.. Tiba2 tertarik dengan lirik satu lagu kumpulan indie ni, BLIZ... Aku nak kongsikan cerita lagu ni plak...

Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati

Tak taulah, tajuk lagu ni pun sangat mendalam bagi aku, MIMPI YANG MATI.... Memang sesuai dengan jiwa aku dan cara penulisan aku dalam bahasa aras tinggi... Mungkin kalau dinilai dari aspek muzikal lagu ni ade kurang lebihnya, tapi liriknya bagi aku memang ade kesan... Tu yang buat aku tertarik... Garis melodinya pun menarik...

     Minggu ni aku dah lapang skit, assignment pun satu lagi tinggal, Khamis ni hantar... Tapi minggu depan Ujian Akhir Kursus... Kena siap awal la, nak dapat pointer tinggi ni.. hehe... Nak2 paper falsafah, dua plak tu, falsafah pendidikan ngan falsafah muzik dan pendidikan... hahaha.... Mencabar gak tu...

     Semoga esok dapat aku lalui lebih baik dari semalam dan semalam menjadi pengalaman yang berguna bagi aku... Cerita tentang cerita, lipatan kisah hidup beserta likunya... Dalam menuju yang hakiki... Dan aku ingin kongsikan dalam entry  kali ni, konotasi makna hidupku~

Aku yang disini, hanyut dalam kesepian... Ditolak ombak keduniaan... Aku teruskan jua perjalanan, biar sampai ke daratan kebenaran... Dan sepanjang perjalanan itu banyak jerung bangsat yang perlu ku tempuhi... Relakah diri dibiar hanyut tanpa perlu berlawan? Berlawan dengan igauan ciptaan sendiri, atau igauan mimpi luaran?


Sekadar Perkongsian dan Luahan

~Bila Ku Berlagu~


Bila sibuk mengekori ku~

12/4/2011, Selasa- Alhamdulillah, setelah beberapa minggu yang aku lalui penuh kesibukan, akhirnya dapat juga peluang aku nak update blog ni.. Lama betul tak jenguk blog.... Lepas cuti bulan Mac, sibuk masuk sekolah, balik2 pergi Bina Insan Guru, lepas tu ujian Amali Muzik... Sambung dengan asignment yang banyak melantun-lantun.. tapi tetap kena stay cool... hehehe..

     Banyak yang ingin aku kongsikan... Termasuklah majlis perkahwinan Abang aku pada 3 April dan Majlis Resepsi pada 9 April di rumah aku kat Pahang. Kesibukan ni sebenarnya banyak mengajar aku menjadi seorang yang multi-tasking, mampu menyerap tekanan kerja (walaupun tidak menyeluruh)..

     Aku balik kampung Jumaat lepas, bersama 4 orang junior aku... Zaki, Zaim, Ina dan Shafiq... Bertolak malam, sebab petang ade meeting... Sepanjang perjalanan alhamdulillah, tiada apa2 masalah.. Berhenti makan kat R&R Temerloh, pastu sambung balik perjalanan. Kitorang tiba lebih kurang pukul 12 malam...

     Sampai rumah, macam biasa la, mak aku suruh makan dulu... Lauk kenduri tu.. hehe... Termasuklah opor daging, lauk tradisional orang Pekan... Cerita pasal opor jap, opor ni biasanya orang dulu-dulu buat pakai daging kerbau, rempah khas dan bila masak masuk santan dan lain-lain bahan tumis dan rempah opor.. Warnanya hitam2... Sedap giler... Tapi sekarang pakai daging lembu sebab tak ramai dah orang Pekan bela kerbau... Ade jaugak pakai ikan... Opor ni dulu kat Pahang, daerah Pekan je ade sebab lauk istana...

     Tamat bab opor... :) Malam tu yang laki tidur ramai2 kat ruang tamu... Dah jadi macam adat la kalau kenduri kahwin kat tempat aku... Kalau dulu tak pakai catering ade shift tunggu lauk dalam kawah kat luar, gilir2 la... Tapi sekarang semua mudah.. hehe... Hilang letih memandu bila dapat rehat, tidur....

     Pagi tu, aku pergi ambil pemain gamelan, anak buah aku... Diorang memang diundang untuk buat persembahan gamelan.. Dan kali ni memang aku buat kelainan, sebab buat sekali dengan nyanyian lagu gamelan... Tapi dua lagu je,Timang Burung dan Gambuh Nyanyi.. Seorang penyanyi dari kumpulan gamelan tu, sorang lagi Ina, junior aku dari maktab..



     Alhamdulillah, kenduri semua lancar, lauk ngan nasi cukup... Penting tu, hehe... Siap kenduri petang tu, aku pun berkaraoke lagu orang kahwin sambil yang lain berkemas-kemas.. hehe.. Sekali sekala... Terubat juga penat buat kerja kenduri... Petang tu, kami pergi jalan2 dan bergambar sekitar Pekan, makan ABC...





      Malam tu ade makan2 dengan dua-dua famili, dekat rumah jugak buat... Lepas makan, aku dengan junior aku lepak2 sambil borak atas bumbung rumah.. Untuk pengetahuan, rumah seruling senja dua tingkat.. bluek...

  
Sambil borak-borak tu, sempat jugak kami tengok bintang di langit... Cantik.. Lama tak tengok bintang.. ~ Dulu selalu baring tepi pantai masa kerja kat Kem Tango sambil tengok bintang... ~ Lepas asyik2 berborak tu, hujan plak... Kami pun terus masuk dalam rumah... Lalu tidur.. hehe.. Maklum la esok nak jalan jauh... Drive sendiri balik ke KL esoknya...

      10 April, hari Ahad. Aku bersiap untuk balik ke KL.. Sedih plak nak tinggal rumah.. haha, Dah la jarang dapat balik... Takpe, demi mencapai cita-cita aku ketepikan semua perkara2 sampingan tu... Macam tau2 aku tak nak balik, kereta plak buat hal, overheated la, minyak hitam kering la... Ah sudah, macamane nak balik, nak sambung buat assignment lagi...



     Mujurlah kakak sulung aku tak guna kereta, aku pun tukar je la, tinggal kereta aku kat kampung... terpaksa sebab nak kejar masa... Hampir setengah hari jugak tunggu... kalau ikut planning awal pagi nak bertolak, tapi sebab ade masalah, pukul dua jugak la baru bertolak... Sepanjang perjalanan, sebab da penat sangat, aku bergilir2 drive dengan Shafiq... Dari Kuantan sampai Temerloh dia bawak, Temerloh-KL aku bawak... Yang lain sampai tertidur-tidur~ Alhamdulillah, tepat 5.30 petang kami sampai maktab tercinta :p



     Malamnya, dinner dekat McD, saje2 gatal nak makan burger plak.. ahahaha... Pergi lah kami malam tu, dengan melayan kegilaan Ina dan Fazlie.... hahaha... Mungkin ade jodoh mereka tu, walaupun 'jauh tinggi bezanya'... Begitulah sedikit kisah dua malam aku... Walaupun selepas itu aku tak tidur menyiapkan assignment... Macam panda dah mata aku.. hahaha.. Namun demi mencapai cita-cita, aku gagahkan jua... Chewahh... Dan kali ini juga, kembara aku masih kekal dengan aku berjalan dan melihat dunia~ Beberapa perkara yang biar aku sahaja simpan- sebagai pengalaman...



Sekadar Perkongsian dan Luahan

~ Bila Ku Berlagu ~