Monday, November 22, 2010

SUNYI


Cuti kali ni agak bosan skit.. Bukan ape, aku jenis yang tak duduk diam.
Cuti kali ni pun kawan2 plak cuti diorang tak sama, ada yang baru nk final.
Projek aku dengan sekolah pun start lambat cuti kali ni, jadi aku macam tak tahu nak buat apa..
Nak FB? Bosan jugak asyik mengadap tu je...
Da hujung bulan 12 baru boleh nak buat aktiviti.. huhu, tak tahu la macamne..
Nak keluar tengok wayang, bowl; aku sorang2..
Kat rumah, abang aku kerja, kakak aku kerja, mak ayah aku kerja..
Kita yang student ni je cuti.. haha

Jadi aku pun bercadang nak pergi travel.. Pusing2 dua tiga negeri, balik la.. 
Mungkin rumah member2.. Tengok tempat ngan budaya orang..
Aku suka tu...
Banyak pengalaman dan cara penilaian kita terhadap orang..
Tak de la kita ambil enteng atau mudah terasa,
sebab perbezaan budaya dan persekitaran je pon..

InsyaAllah, kalau aku jadi pergi travel, aku akan kongsikan bersama2.
Doakan aku berjaya..

Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 1431H

Bergambar-gambar kenangan selepas solat raya. Tahun ini tidak begitu meriah seperti tahun-tahun yang sebelumnya..

Ayahanda Bonda

Bersama anak saudara
Depan rumah
Kakak-kakak
Kakak-kakak lagi
Kakak
Famili 1
Famili 2

Dengan Abang


Walaupun nampak gembira, aku tetap tidak lupa kepada kedua AlMarhum dan AlMarhumah Nenda. Pagi itu aku menziarahi kubur mereka.

Makam Tok


Makam Aki

Al-Fatihah... Semoga mereka ditempatkan bersama kalangan orang-orang soleh.   Kepada semua, Seruling Senja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. 

Saturday, November 13, 2010

Ke Taman Burung

13/11/2010, Sabtu - Hari ni aku ke KL Bird Park, rehlah and last gathering untuk AJK2 KEBSO IPG aku.. Penat hampir seharian aku berjalan.. Drive sendiri kot kt KL.. haha.. Terima Kasih semua yang join.. Tengok sendiri la gambar2 nye..













hope pas ni wat lagi best n lagi banyak tempat.. hehe..

Monday, November 8, 2010

Pulang ke Pekan

Pada 4-7 November yang lalu, aku mengambil kesempatan untuk pulang ke Pekan. Paper pun tak de masa tu... sempatlah juga merasa dua-tiga aktiviti.. Ada coursemate ikut balik ke Pekan. Jadi aku kongsikan sedikit aktiviti aku semasa pulang baru-baru ni...

Mengajar gamelan di sekolah lama

Skor caklempong-pacik, my first arrangement

'Demo' teknik main

Di Tanjung Gosong

Istana Abu Bakar, Pekan

Royal Pahang Polo Club

Royal Polo

Bukit Gambang Water Park

Bukit Gambang Water Park

Shafiq, member yang ikut balik kampung tu


Ni lah antara aktiviti semasa pulang baru-baru ni... Tak sabar nak cuti... 2 minggu je lagi...

Friday, November 5, 2010

Zaman Abad ke-20 (20th Century)

Ciri-Ciri Muzik Abad ke-20

1. Warna ton
(a) Bunyi-bunyi yang bising dan alat perkusi sering digunakan
(b) Teknik permainan alat yang luar biasa dipraktiskan seperti glissando.
(c) Instrumen digunakan untuk menghasilkan irama dan warna ton yang unik.

2. Melodi
(a) Skel tidak dipengaruhi oleh kord-kord tradisi Major dan Minor. (berdasarkan variasi skel secara meluas, atau ia mungkin menggunakan kesemua 12 ton kromatik secara bebas)
(b) Melodinya pendek.
(c) Pic di dalam melodi zaman ini mempunyai jeda yang besar dan melompat-lompat (wide leaping of notes)
(d) Penggunaan skel kromatik dan berjeda disonan.
(e) Penggunaan glissando dari satu pic ke satu pic.

3. Irama
(a) Penukaran meter yang kerap.
(b) Penggunaan sinkopasi dan tekanan pada bit yang lemah.
(c) Penggunaan poliritma (meter berlainan digunakan pada masa yang sama)
(d) Penggunaan ostinato di mana motif atau frasa yang diulangi pada pic yang sama sepanjang satu bahagian. boleh Ostinato boleh diadakan pada melodi ataupun iringannya.

4. Harmoni
(a) Penggunaan kord disonan, polikord, kod keempat dan kord kluster.
(b) Tiada penggunaan nada yang khusus.(atonal)

STAIL PENCIPTAAN MUZIK ABAD KE-20

(A) IMPRESIONISME
- dipengaruhi oleh penyajak Perancis seperti Rimbaud, dan pelukis MOnet dan Renoir dan pemuzik menghasilkan stail di mana dapat mencakupi pandangan terhadap sesuatu objek.
- Pencipta yang terkenal dengan stail ini ialah Claude Debussy (1862-1918)
- irama yang fleksibel, warna ton yang unik, harmoni yang bebas seperti angin yang menderu atau air yang mengalir.

(B) NEOKLASISISME
- dalam percubaan untuk mengembalikan muzik yang seimbang dan simeteri dari Zaman Klasikal, pemuzik seperti Igor Stravinsky (1882-1971) menghasilkan muzik yang dikenali sebagai neoklasisisme.
- elemen harmoni, irama dan warna ton moden.
- muziknya lembut dan mempunyai ekspresi yang nyata.

(C) NASIONALISME
- pada abad ke-20, stail muzik mula menjadi bahasa antarabangsa dan pada masa ini semangat nasionalisme bersemarak di kalangan pemuzik seperti Bela Bartok (1881-1945) dari Hungary bersama Kodaly menjelajahi ke seluruh negara Hungary untuk mengumpul lagu dan muzik rakyat dan menggunakannya di dalam ciptaan muzik mereka.

(D) EKSPERIMENTALISME
- kebanyakan muzik di abad ke-20 dieksperimenkan
- pemuzik menghasilkan muzik secara kreatif dan inovatif.
- stail muzik dikenali sebagai muzik aleatorik atau muzik "chance", serialis ( berdasarkan sistem 12 ton) dan minimalis (ostinato melodi, konsonan dan harmoni yang statik dan perkembangan pergerakan idea muzik yang beransur lambat)

(E) NEOROMANTISISME
- dalam muzik yang penuh dengan bunyi disonan dan abstrak, ada juga pencipta ynag kembali kepada penciptaan yang lebih subjektif dan berpusat kepada sesuatu ton yang menunjukkan stail neoromantisme.
- menggunakan bunyi yang kontemporari.

KOMPOSER ABAD KE-20
1. Claude Debussy
2. Arnold Schoenberg
3. Bela Bartok
4. Igor Stravinsky
5. Alban Berg
6. Krzysztof Penderecki

Zaman Romantik (1820-1900)

Ciri-ciri Muzik Zaman Romantik

1. Menekankan stail dan ekspresi kendiri yang menggambarkan personaliti komposer.
2. Meneroka perasaan yang pelbagai seperti perasaan mesra, riang, seronok, rindu dan sedih.
3. Beransur patriotik.
4. Dipengaruhi oleh muzik dari Asia yang dianggap exotic.
5. Mementingkan warna ton yang pelbagai untuk menghasilkan pelbagai mud dan suasana.
6. Menekankan harmoni yang kompleks dengan penggunaan kord disonan dan kord kromatik.
7. Nada sesebuah lagu sering bertukar. (rapid modulation)
8. Sering menggunakan nada yang ekstreme seperti fff dan pppp , perubahan crescendo dan decrescendo yang kerap dan perubahan dinamik yang mendadak.
9. Perubahan tempo dalam karya muzik Romantik adalah tidak kekat. Tempo rubato diperkenalkan dalam karya muzik zaman Romantik.
10. Karya muzik zaman Romantik adalah sama ada sangat panjang atau sangat pendek.
11. Fokusnya ialah melodi yang merdu dengan modulasi yang mencabar serta harmoni yang padat.
12. Tekstur lebih padat, tebal dengan kontras yang sangat prominen menerokai renj pic, dinamik dan warna ton yang lebih meluas.
13. Kaya dengan pelbagai jenis/genre muzik.

GENRE/JENIS MUZIK DI ZAMAN ROMANTIK (1828-1900)

(a) JENIS/GENRE MUZIK VOKAL

1. Opera
2. Lagu solo (Lied)
3. Song cycles

(b) MUZIK KIBOD



1. Nocturnes
2. Ballades
3. Etudes
4. Preludes
5. Fantasies
6. Waltzes
7. Marzukas
8. Polonaises
9. Rhapsodies

KOMPOSER MUZIK ZAMAN ROMANTIK
(EARLY ROMANTIC)

1. Franz Schubert
2. Hector Berlioz
3. Felix Mendelssohn
4. Frederic Chopin
5. Robert Schumann
6. Franz Liszt
7. Guiseppe Verdi
8. Richard Wagner
9. Johannes Brahms
10. Peter Tchaikosvsky

(LATE ROMANTIC)
1. Gustav Mahler
2. Claude Debussy
3. Richard Strauss
4. Maurice Ravel

Tuesday, November 2, 2010

DIARI SENJA

18/6/2009, Khamis - 09.22malam.
     "Mat, pegi beli minyak rimau jap, tok sakit perut.. Kang tutup plak Tunas Manja..." ibu saudaraku menggesa aku. Aku bingkas bangun, mengambil kunci motor dan helmet atas meja di bilik, mencapai duit yang telah ditinggalkan atas meja oleh ibu saudaraku. Aku sempat menjeling nenek aku yang berbaring di ruang tengah rumah. Dalam renyai hujan malam tu, aku redah.. Aku akui memang agak berat masa tu, sebab aku sudah hampir lelap malam tu..

     Sampai di Tunas Manja, aku pun terus ke kaunter dan mengambil balsem cap Tiger yang sering nenek aku gunakan. Aku keluarkan RM5 dari poket, aku tambahkan lagi sehingga genap RM5.80... Selesai bayar, aku cepat-cepat beredar, hujan mungkin akan lebat..

     Tiba di rumah, aku letakkan balsem tu di tepi bantal tempat nenek aku berbaring. "Demam pulok haa kawan ni..." nenek ku bersuara lemah.. "Hurm" aku mengangguk.. Entah kenapa malam itu aku seakan-akan mengelak untuk berada dekat dengan nenek aku.. Hatta sudah dekat seminggu nenek aku tak sihat...

********************

Lewat tengah malam itu, aku dikejutkan suara yang berteriak memanggail aku.. Aku segera bangun.. Nenek aku memanggil aku.. Aku segera mendapatkannya.. Dia minta dipicit-picit, bisa-bisa badan katanya.. Lalu aku menemannya sehinggalah aku tertidur..



19/6/2009, Jumaat - 10.00pagi.   
     Sakitnya semakin menjadi-menjadi... Muntah-muntah pula.. Aku agak risau.. Ibu saudaraku yang datang menziarah, mahu membawanya ke klinik, tetapi dia enggan.. Ibu aku juga pulang dari Kuantan ke Pekan untuk menjengah.. (ibu aku bekerja di Hospital Kuantan; aku, nenek dan ibu saudara tinggal di Pekan). Tiap-tiap kali nenek mahu ke tandas atau menunaikan solat, kami akan memapahnya...
     
     Petang itu, kebetulan ada saudara dari jauh datang... Mereka pun menziarahi nenek bila tahu dia sakit.. Macam-macam barang yang dibawa,  diberikan kepada nenek.. (saudara ini menjual produk HPA).. Lalu aku terperasan, semua benda yang nenek aku idamkan semuanya dapat, melihatkan barang yang dibawa saudara aku.. Antaranya berus gigi baru, sabun mandi.. 2-3 hari sebelum ni pun ada saje orang datang menghantar makan, buah-buah atau apa saja yang tersebut di mulut nenek aku... " Tengok, mende hok Tok nak seme dapat... Sebab tu aku suruh tak tinggal semayang Dhuha.." , masih aku ingat kata-kata tu..

     Lewat petang pula, nenek memanggil aku dan berpesan, "Mat, kain batik tok hok batik lepas dalam almari, dah siap bungkus, belah bawah... Kala nak pakai ke ambik kat situ je.. Mengkane baru dah hanger, kat tempat sangkut baju.." Aku pun mengiyakan aje tanpa mengesyaki sesuatu, cuma tertanya-tanya kenapa perlu diberitahu semua itu...




20/6/2009, Sabtu -  9.00 pagi.   
     Hari ini tiba-tiba nenek aku sihat.. Cergas geraknya tanpa perlu dipapah.. Dia bangun, mandi sendiri. Dia pun menunaikan solat Dhuha.. Selesai itu, dia pun membaca al-quran, menghabiskan surah-surah yang belum dikhatam... Tanpa perlu memakai cermin mata, dia boleh membaca dengan lancar.. Hairan!

     Selesai solat asar, aku pun bersiap-siap untuk pergi ke Tanjung Gosong, tapak perkhemahan tempat aku bekerja sambilan semenjak aku tamat SPM.. Perkhemahan Sekolah Agama Rakyat Daerah Pekan yang telah dirancang seminggu awal bersama kawanku. Nenek aku menegah aku untuk pergi, katanya tiada teman di rumah sedangkan pada masa itu ibu saudaraku ada bersama..

     Mungkin pengaruh jiwa muda, aku tidak hiraukan kata-katanya lalu terus menghidupkan motor, bergerak ke Tanjung Gosong, walaupun petang itu aku nampak seperti dia tidak sihat semula.. Aku terus pergi...

********************

     Sampai di sana, aku pun memulakan kerja-kerja biasa sebagai pembantu kem.. Memasang khemah, saluran air, lampu di tapak khemah dan lain-lain.. Sehingga lewat petang, aku masih belum selesai dengan kerjaku...

     Tiba-tiba, telefon aku berbunyi. Aku pun menjawab panggilan tersebut.. Aku hanya dengar suara tangisan teresak-esak.. Aku berdebar,"kenapa ni, tiba-tiba menangis?", aku tertanya-tanya..
     "Abang, tok masuk hospital! Kat kecemasan.. Cepat la balik..! ", ibu saudarku memberitahu.. Terus aku berlari mencapai beg di pejabat kem, aku hidupkan motor, pantas aku ke Hospital Pekan.. Rakan-rakan pelik melihat aku... Aku rasa itulah kali pertama aku bawa motor paling laju!

********************

     Sampai di hospital, aku terus ke Wad Kecemasan.. Lalu aku terserempak dengan bapa saudaraku yang bekerja di situ.. "Tok kat aner, Pak Cik Sazali?"  Dia menjuihkan mulutnya kearah dalam tempat kecemasan.. Aku mengintai di tepi pintu..

     Tiba-tiba aku nampak sekujur tubuh yang ditutup selimut putih di atas sebuah katil.. Di sisi katil itu aku lihat ibu saudaraku menangis sambil membaca Yaasin.. Tiba-tiba badan aku lemah, kaki tidak terasa seperti jejak ke bumi, kebas seluruh badan... Tanpa aku sedari air mata mengalir deras...

     Aku berlari keluar wad kecemasan seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat... Aku menelefon sesiapa sahaja yang terlintas di fikiran, sambil tertanya benarkah apa yang aku lihat! Aku masuk semula ke wad.. Ibu saudara aku yang melihat aku terus memeluk aku... Semakin banyak air mata aku mengalir setelah ibu sauadaraku mengiyakan apa aku lihat...

     Aku terjatuh ke lantai, tidak mampu bergerak, hanya raungan dan air mata yang aku mampu keluarkan.. pada ketika itu juga saudara-mara sampai di hospital.. Dalam sayup-sayup azan Maghrib, aku dipapah masuk ke dalam kereta, dibawa pulang ke rumah. seakan-akan hilang akal, aku tidak mampu melakukan apa-apa...

     Itulah yang berlaku... Aku merasa seperti hilang tempat bergantung, seperti tidak guna lagi hidup di dunia... Rapatnya aku dengan nenek aku yang aku pangil TOK... Terpisahlah aku dengannya buat selamanya.. Sehingga kini aku masih tidak mampu untuk menahan sedih... Aku sering teringatkannya setiap kali aku kesorangan... Setiap kali aku pulang bercuti, aku masih membayangkan dia ada di rumah, menyambut kepulanganku seperti sebelum-sebelum ini... 



Dengan titisan air mata, aku kongsikan kisah sebenar aku dan Nendaku, AlMarhumah Hajah Norulhuda bt. Abu Bakar, (1936-2009)...
Aku sentiasa merindui beliau...