2/9/2010 - Seketika aku duduk seorang, seringkali wajahnya datang.. Seringkali jugalah aku hampir tewas dengan adanya air mata yang ditahan.. Dalam sedar atau tidak sedar, sudah dua tahun aku ditinggalkan.. Dan Hari Raya yang mendatang ini menjadi Raya kedua dengan rasa yang kosong..
"Hujan turun badanpun basah,
Patah galah haluan perahu;
Hajat dihati tak nak berpisah,
Kuasa Allah siapa yang tahu."
Ya Allah, bagilah aku kekuatan.. Mengapa aku seolah-olah tidak meredhai pemergiannya..
* * * * * * * * * * *
Namun aku teruskan langkah-langkah longlai ini.. Aku teguhkan semangatku!
Kerana aku sedar :
فَسُبْحَـنَ الَّذِى بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Maha Suci Tuhan dan kepada-Nya lah kamu semua dikembalikan."
Kerana kematian itu adalah pasti.. Aku relakan jua..
(Dalam kenangan Al-Marhumah Nenda Hajah Norulhuda bt. Abu Bakar - Kembali ke Rahmatullah 20 Jun 2009)
No comments:
Post a Comment