9/9/2010- Sambil tunggu ketupat atas dapur, tiba-tiba timbul persoalan, bila kita cakap pasal kematangan diri, apa yang anda tafsirkan? Usia, harta, ada kerja, mungkin yang remaja bila sudah ada couple, rokok, kereta sendiri? Mungkin berbeza atas penerimaan masing-masing.
Ya, agak sukar untuk ditafsirkan kematangan bagi diri kita yang sebenarnya. Kematangan kita peroleh daripada pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kita explore apa yang telah kita timba. Lalu kita beroleh pula pengajaran daripadanya.
Pengalaman banyak mendewasakan saya-pergaulan dengan orang tua, bekerja, belajar dan merantau. Hari ini jika kita bandingkan dengan zaman dahulu amat jauh bezanya dari segi kematangan, terutama remaja. Saya ambil contoh pasangan muda yang berkahwin yang berusia 25 tahun hari ini dengan tahun 50-an. anda mungkin dapat bezakan jika diteliti dalam-dalam.
Mengapa boleh berlaku ketidak-matangan ini? Mungkin cara pendidikan kini, bagaimana ibu bapa terlalu tidak mahu anak-anak berasa susah walau sedikit, atau KEMEWAHAN? Boleh jadi dua-dua.
Kenapa semakin banyak remaja bermasalah yang negara kita hasilkan; terutama masalah akhlak? Ini pandangan saya dari kaca mata seorang anak, guru pelatih, warganegara bahkan sebagai umat Islam sendiri.
stesen LRT di KL, susah nak cari orang pakai mcm tu.. |
Pengalaman duduk di Kuala Lumpur, terlibat dengan persatuan dan pengalaman peribadi lebih membuka mata saya betapa banyaknya gejala tidak berakhlak remaja-remaja di negara kita.
Pernahkah kita terfikir soalan-soalan yang menjadi penanda-aras kita dan ibu bapa kita? (hasil perbualan 'matang' dengan rakan2 lama di kampung)
Misalnya: Ketika berusia 20, ibu/bapa aku telah mencapai ............, tapi aku diusia 20, adakah telah mencapai seperti apa yang mereka capai atau lebih lagi, atau KURANG daripada mereka? Jika kurang, kita perlu ada mobiliti- rasa untuk mencapai lebih daripada apa yang ibu bapa kita telah capai. contoh mereka ada ijazah, kita mesti berkehendakkan sarjana pula.
(rasanya sampai sini dahulu... insyaallah ada masa kita sambung lagi)
No comments:
Post a Comment