Tuesday, February 12, 2013

Update Pakej Persembahan Gamelan 2013

Gahara Gangsa
(002089755-D)
KH-3A-06, Kristal Heights 2 Jalan SG 9/8,
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor
T   011 1231 3510  
www.themalaygamelan.jigsy.com _________________________________________________________________________________ 
SENARAI PAKEJ PERSEMBAHAN MUZIK GAMELAN  

Pakej A RM 1,850.00
Persembahan tidak melebihi 30 minit Sesuai untuk menyambut ketibaan VIP atau tetamu khas, menyambut/mengiringi pengantin ke pelaminan, istiadat merenjis/menepung tawar, upacara perasmian/pelancaran dan seumpamanya 6 orang pemuzik gamelan Diskaun sebanyak RM 100.00 diberikan sekiranya pihak penganjur menyediakan makan serta bayaran parkir. 
 
Pakej B RM 2,150.00
Persembahan tidak melebihi 1 jam Sesuai untuk menyambut ketibaan para tetamu sebelum majlis bermula, upacara makan beradap, mengiringi acara jamuan makan dan seumpamanya 6 orang pemuzik gamelan Diskaun sebanyak RM 100.00 diberikan sekiranya pihak penganjur menyediakan makan serta bayaran parkir.
  
Pakej C RM 2,450.00
Persembahan tidak melebihi 2 jam Sesuai untuk istiadat konvokesyen, majlis perkahwinan, majlis rasmi/korporat, mengiringi acara jamuan makan dan seumpamanya 6 orang pemuzik gamelan Diskaun sebanyak RM 100.00 diberikan sekiranya pihak penganjur menyediakan makan serta bayaran parkir.
  
Harga boleh dirunding. Deposit dengan nilai minimum RM 200.00 diperlukan untuk mengesahkan tempahan dan baki bayaran hendaklah dijelaskan secara tunai/cek pada hari persembahan. 
Terima kasih.  

Farizan Mohamad Razuri
T   011 1231 3510

Update Persembahan Gamelan 2013

Gahara Gangsa
(002089755-D)
KH-3A-06, Kristal Heights 2 Jalan SG 9/8,
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor
T   011 1231 3510  
www.themalaygamelan.jigsy.com __________________________________________________________________________________________  
Kumpulan Gamelan Gahara Gangsa menghimpunkan pemuzik daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang muzik gamelan, antaranya daripada Kumpulan Kesenian Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK), Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), serta Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). 
Pada harga dalam lingkungan RM 1,850.00 – RM 2,450.00, Gahara Gangsa menawarkan perkhidmatan: 
__________________________________________________________________________________ 

Persembahan Muzik Gamelan
 
Ensembel gamelan Melayu terdiri daripada enam (6) orang pemuzik yang memainkan instrumen keromong, gambang, saron kecil, saron besar, gendang serta gong/kenong dalam tempoh persembahan tidak melebihi dua (2) jam. 
Persembahan merangkumi lagu-lagu tradisional gamelan warisan istana Pahang dan Terengganu, seperti Timang Burung, Lambang Sari, Perang Manggong, Ganda Melati, Anom, Tongkang Masuk, dan lagu-lagu rakyat seperti Lenggang Kangkong, Wau Bulan, Garong, Ikan Kekek, Dayung Sampan, serta lagu-lagu gubahan semula seperti Sukiyaki, Kampungku Jauh di Mata, Dikir Puteri. 
__________________________________________________________________________________  

Harga boleh dirunding berdasarkan tempoh persembahan, serta kemudahan lain yang ditawarkan oleh pihak penganjur seperti sajian/kupon/elaun makan, parkir kadar rata/percuma, publisiti, penajaan, dan sebagainya. Selain itu, kami juga menyediakan persembahan muzik Melayu asli, kompang, persembahan tarian tradisional serta sound system berdasarkan kepada permintaan pelanggan (upon request). Kami juga bersedia untuk menyesuaikan pakej persembahan mengikut bajet yang dikemukakan oleh pelanggan (customized package). 
Terima kasih.  
Farizan Mohamad Razuri T   011 1231 3510 E   gahara.gangsa@gmail.com

Saturday, September 22, 2012

NASYID


Asal Usul
Perkataan ‘nasyid’ atau ‘insyad’ dihasilkan daripada perkataan ‘nasyada’ dan kemudiannya menjadi ‘ansyada’ yang bermaksud berpuisi, bersajak, bersyair, mengalun suara atau berzikir.  Lagu-lagu nasyid adalah dendangan syair berirama Padang Pasir yang bertemakan Islam, bertujuan menyampaikan dakwah.
Nasyid terulung yang pernah direkodkan dalam sejarah Islam ialah semasa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah.  Baginda disambut dengan nyanyian lagu nasyid ‘Tola’al Badru’.  Di Malaysia, kegiatan nasyid diperkembangkan oleh para qari dan qariah yang telah menerima didikan ajaran Al-Quran secara langsung atau tidak langsung sejak sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1940.
Nasyid pada asalnya didendangkan secara tidak rasmi di perkarangan rumah selepas mengaji al-Quran dalam keadaan duduk di atas lantai secara berkeliling.  Guru-guru mengaji, sementara murid bernasyid - proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara peniruan (rote) dan secara berbalas-balas (call and response). 

Persembahan
Pada masa ini, nasyid dipersembahkan secara kumpulan besar, kumpulan kecil dan secara individu atau solo di atas pentas dengan cara berdiri dalam barisan berkumpulan lelaki dan/ atau perempuan. Persembahan dalam kumpulan biasanya terdapat penyanyi solo yang menyanyikan bahagian melodi tertentu dalam sesebuah lagu.  Semasa persembahan, ada kumpulan yang langsung tidak membuat sebarang pergerakan dan ada juga yang membuat sedikit pergerakan yang tertib sesuai dengan mesej atau senikata lagu dengan tidak berlebih-lebihan atau tidak melampaui batas kesopanan.  Cara berpakaian setiap ahli nasyid biasanya mencerminkan budaya Islam.

Muzik
Lagu-lagu nasyid biasanya berlandaskan melodi Timur Tengah seperti Bayyati, Rast, Nahawand, Hijaz, Saba, Kurd, Sikah dan ‘Ajim yang digunakan dalam pembacaan al-QuranKebiasaannya nada yang digunakan ialah nada minor.  Walau bagaimanapun pencipta lagu nasyid pada masa ini, tidak lagi menghadkan ciptaan mereka dalam nada minor sahaja, malahan menggunakan juga nada major. 
Lagu-lagu nasyid lazimnya dalam bentuk AAAA, AAAB, AABA dan ABCD dan mempunyai tekstur monofonik.  Rentak yang biasa digunakan ialah rentak masri.  Kini, banyak lagu-lagu nasyid telah digubah dalam berbagai rentak supaya lebih banyak variasi dan kedengaran lebih menarik. 
Pada asalnya nasyid di Malaysia menggunakan senikata dalam bahasa Arab Klasik tetapi kemudiannya berkembang dengan penggunaan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.
Pada peringkat permulaan nasyid diperkenalkan, ia dipersembahkan secara a capella iaitu tanpa menggunakan muzik iringan.  Perkembangan muzik sezaman kemudiannya juga turut mempengaruhi nasyid dan mula menggunakan alat-alat muzik membranofon seperti rebana dan kompang pada zaman 1940-an sebagai muzik iringan; pada tahun 1950-an nasyid diiringi oleh kumpulan ghazal atau asli; pada tahun 1960-an oleh kugiran; pada tahun 1970-an oleh orkes dan seterusnya oleh orkestra sehinggalah penggunaan sintesizer dan juga muzik ‘minus one’.

Fungsi
Fungsi utama nasyid ialah untuk menyampaikan dakwah mengingatkan manusia khususnya kaum muslimin mengenai ajaran-ajaran al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W serta menerapkan nilai kehidupan, moral dan akhlak yang baik.  Selain dari itu, ia juga menjadi hiburan dan sebagai acara sampingan sempena pertandingan membaca al-Quran peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa dan juga dalam majlis-majlis yang lain.  Pada tahun 1990-an, nasyid mula dipertandingkan di peringkat sekolah, negeri dan juga kebangsaan.

Nasyid Malaysia
Nasyid  di Malaysia mengalami perkembangan yang pesat sehinggalah wujudnya fenomena baru iaitu industri muzik nasyid melalui kumpulan-kumpulan nasyid seperti Raihan, Brothers, Rabbani, Hijjaz, Huda, dan juga penyanyi-penyanyi nasyid perseorangan seperti An-Nur, Imad, Khairil Johari Johar, Sharifah Aini dan lain-lain.