Wednesday, October 12, 2011

Pengumuman

HARAP MAAF,
BLOG INI TIDAK DAPAT DI'UPDATE'
DALAM MASA TERDEKAT INI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU.
SEBARANG KESULITAN HARAP DIMAAFI.



~Seruling Senja~

Monday, August 22, 2011

Sekian lama menyepi~

22/8/2011, Isnin- Dikesempatan masa yang sekelumit terluang ini aku manfaatkan untuk update blog yang sekian lama aku tinggalkan... Hurm, sibuknya aku tidak terkira... Ya Allah, bagilah aku kelapngan... MAAF kepada silent reader sehingga ada antara kalangannya mula bertanya akan sepiku yang begitu lama...
   
     Di kesempatan ini aku ingin ucapkan SELAMAT HARI HARI RAYA.... Walaupun gembira dengan hadirnya Raya, namun tersudut di hati ini rasa sedih kerana Ramadan hampir kita tinggalkan... InsyAllah, nantikan selepas Raya ini untuk koleksi cerita-cerita yang ada sedikit aku simpan untuk dicoret dan aku kongsikan bersama-sama...



     Sampai disini dahulu... Sekian~

Thursday, June 30, 2011

Elaun~

30/6/2011, Khamis- Alhamdulillah, elaun dah pun masuk.. Walaupun tak semua, elaun buku sahaja tapi sudah cukup untuk mengurangkan pelbagai tohmahan.. Kalau sebelum elaun masuk, dapat dilihat macam2 ungkapan bakal "pendidik" anak bangsa, namun bila sudah dapat, berapa ramai yang ucapkan terima kasih? Mungkin dalam segenap perkara ini yang perlu diperbaiki...

     Menasihati diri ini, juga sahabat rakan dan taulan... Kemarau panjang menghampiri penghujungnya, jangan lupa tadah air, kita tak tahu bila air tu nak kering... Biarlah kita alah belanja, menang menyimpan... Hurm, berapa ramai yang bila dapat elaun mulalah macam2 benda yang aku dengar, nak beli itu, nak beli ini.. Namun hak individu, terpulanglah... Cuma ingat juga hak semua rakyat Malaysia, hasil dari setiap sen cukai yang diperah... Lepas elaun buku ni, elaun sara diri pulak.. Harap biarlah alirannya ke saluran yang betul...

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~