Saturday, April 30, 2011

Diskusi Serumpun IPG

29/4/2011, Jumaat- Hari ni ada diskusi serumpun bersama tiga IPG- Kampus Kota Bharu, Kampus Ilmu Khas, dan Kampus Bahasa Antarabangsa... Diskusi diadakan di Dewan Dato' Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas... IK sebagai tuan rumah dan KB sebagai penganjur sempena siri jelajah kepemimpinan mereka...

     Perbincangan tertutup ini bermula jam 8.30 malam hinggalah jam 12.00 malam... Diskusi semakin lama menjadi semakin panas... Turut hadir selain pensyarah pembimbing ialah Tuan Haji Zainudin Haji Husin, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IPG Induk..

     Antara isi diskusi tersebut ialah hala tuju penubuhan MPP IPG Induk, Sekilas pandang JPP-IPG dan akhir sekali jaringan IPG... Memang banyak yang dikemukan dalam perjuangan, matlamat dan hala tuju MPP induk ni.. Antara yang aku suarakan dan boleh aku bahagikan kepada matlamat jangka panjang dan pendek ialah memorandum untuk mengkaji semula Akta 174 terutama perkara 4 bab kewangan. Penubuhan perstuan sendiri, penyelarasan penggal khidmat JPP, penyelarasan nama MPP atau JPP dan akhir sekali pembayaran elaun dikembalikan secara bulanan dan tidak mengikut sem.

     Dan cadngan aku yang akhir itulah "kurang" dipersetujui rakan sejawat (exco kebajikan) dari JPP-KB, menyebabkan aku bangkit dan lantang bersuara untuk mempertahankan usul aku.. Sebab sahabat ini kelihatan bias kepada kampus sendiri, sedangkan aku bercakap atasdasar semua 27 kampus IPG setelah aku membuat pemerhatian sekian lama, bahawa guru pelatih lemah dalam pengurusan kewangan. Maklumlah, fresh keluaran SPM...

     Banyak lagi faktor lain yang aku jadikan sebagai asas pertimbangan, antaranya jumlah pelajar setiap kampus tidak sama, dan penurunan kewangan kerajaan (OS atau Objek Sebagai) adalah sama setiap kampus.. Elaun bandar dan luar bandar adalah berbeza, RM500 dan RM750 setiap bulan.. Jadi sukar untuk menyeragamkan pembayaran setiap sem bagi semua kampus...

     Namun memang dapat aku simpulkan bahawa dia "kurang matang" dalam berhujah dan hanya menumpu kepada kampus dia... Entahlah, mungkin aku yang emo tapi itulah yang aku perhatikan, berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni...

     Namun justifikasi dan kesepakatan akhirnya dicapai juga dan antara pengumuman Tn. Hj. Zainudin sedikit sebanyak membuka lembaran baru dalam dunia JPP dan pengurusan hal ehwal serta kebajikan pelajar di IPG... InsyaAllah, aku berharap agar penubuhan MPP induk dan konvensyen JPP IPG-IPG Malaysia pertama menjadi realiti..

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~

Sunday, April 24, 2011

Sabtu Ahad Ku~

24/4/2011, Ahad- Alhamdulillah selesai aku berkursus... Sepanjang dua hari ni aku sangat sibuk.. Semalam Sambutan Hari Etnik Kolej Kediaman... Dan dapat peluang untuk persembah gamelan kali pertama bagi kumpulan gamelan baru maktab yang aku bimbing dari awal tahun dulu, Orkes Gamelan Ilmu Khas. Mula pukul 7 pagi sampai 12 tengahari, bertempat di Dewan Dato' Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas... Habis tu, salin baju terus pergi kursus pra perkahwinan plak di Auditorium IPG..



Kumpulan ni boleh la aku banggakan jugak, kiranya tak malu la kalau nak perform keluar... Sekarang da dapat 8 buah lagu, target aku 20 buah lagu sebelum bulan 6, untuk konvo IPG nanti.. Harap semua doakan aku berjaya....

     Habis gamelan, bergegas untuk kursus... Masa kursus ni macam2 input aku dapat... Walaupun agak letih kerana berterusan sampai 6.30 ptg, dan hari ni dari 7.30 pagi sampai 6.30 petang, tapi ade penceramah yang pandai berlawak tu, hilang la jugak mengantuk...

     Antara pelajar maktab yang sama2 dengan aku Musawa, Fahrudin,Bad, Syafiq dan Izzati... Mungkin yang ni je ade kehendak.. hehe... Tapi yang lain ade jugak terlibat kursus Imam di surau, jadi tak hadir yang kursus kahwin... Aku pun ade gak jumpa sedara aku yang kerja kat sini kursus sama2... Tak perasan pun mula-mula, tapi tunangnya tegur dulu, baru perasan.. hehe...

     Pastu malam semalam jugak ade meeting JPP... Habis tu, aku pun pergi la McD, saje2 la kononnya makan2.. Aku ajak Zaki ngan Fazlie sekali... Sampai McD, asyik borak tak sedar dah dekat pukul 1pagi.. Biasanya malam minggu kolej kunci lambat skit pagarnya.. tapi malam tadi tak tau la angin ape, warden kunci awal plak..

     Aku pun tak tau nak masuk mcmna.. kebetulan kakak aku ada di rumah kami di Damansara, jadi aku pun buat keputusan untuk overnight di sana.. Pukul 2 lebih sampai, setengah jam perjalanan dari maktab ke rumah.. Aku bertiga pun bermalam di rumah tu... 6.30 pagi baru bertolak balik semula ke maktab, tepat2 pukul 7 pagi sampai, terus bersiap untuk kursus plak.. hehe... Sebab tu aku agak letih pagi tadi...

     Rasanya setakat tu perkongsian untuk kali ni.. Maaf kepada mereka yang mengikuti blog ini kerana kebelakangan ni memang tak update dan kalau ade pun kualiti penulisan  agak kurang memuaskan.. Maaf sangat2 atas kesulitan semua ni... Memang sibuk bulan2 di hujung sem ni...

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~

Friday, April 22, 2011

Rythm of Bronze

20/4/2011, Rabu- Hari ni aku dapat undangan untuk menyaksikan persembahan gamelan daripada kumpulan Rythm of Bronze... (Terima Kasih kat Along dan Abang Hamzah). Konsert di Dewan Philharmonic Petronas.. Mula jam 6.30 petang sampai 7.30 petang... Konsert selama satu jam tapi penuh dengan kerancakan dan 'keasyikan' alunan gamelan oleh Rythm of Bronze..

     Selain aku, Zaim dan Nina pun ade ikut sekali.. kami bertolak jam 5.50 petang, agak lewat kerana ada aktiviti di maktab. Dari maktab, drive sampai ke LRT Cheras kemudian ambil LRT transit di Masjid Jamek sebelum ke KLCC.. Lebih kurang 25 minit juga perjalanan...

     Sampai-sampai je,  show dah mula.. Jadilah kami golongan late-comers, kena tunggu tempat duduk kosong.. Alhamdulillah dapat duduk agak depan, betul-betul kawasan tengah pentas... Kami dah terlepas 3 persembahan awal... Sayang rasanya...

     Kami mula tengok persembahan yang keempat.. Persembahan kali ni lebih kepada tour ke setiap wilayah yang mempunyai gamelan, contohnya Sunda, Jawa, Bali dan Malaya serta eksperimental lagu-lagu dari wilayah tersebut... Jadi dapat lihat variasi gamelan setiap tempat.. Juga persembahan lagu-lagu eksperimental lain yang lebih kontemp..

     Rythm of Bronze memang mempunyai skill permainan yang hebat dan showmanship yang tinggi.. Memang mampu memukau mata penonton... Namun hanya jauhari yang mengenal manikam.. hehe.. Namun aku akui  mereka memang hebat... Cuma dari segi keaslian permainan gaya Melayu mungkin aku mengagumi orang lain...

    Selesai persembahan, kami berpeluang untuk berkenalan dengan pemain-pemain kumpulan Rythm of Bronze, melalui abang Hamzah... Kemudian kami pergi minum di tingkat atas Suria KLCC... Sambil tu aku berbual-bual dengan abang Hamzah.. Banyak yang dikongsi abang Hamzah, sampai tak sedar sejam kami berada di food court tu... Tak kisah la, yang penting terisi dengan perbualan ilmiah..

     Selesai berbual yang seakan-akan tiada penghujung, kami pun pulang kerana masa tidak mengizinkan... Namun aku berpuas hati kerana dapat menyaksikan gamelan dan dapat ilmu dan perbandingan tentang gamelan, hasil perbualan dengan abang Hamzah...

    Tapi untuk entry kali tak dapat nak bagi gambar, sebab DFP x boleh amek gambar.. hehe... cukuplah sekadar kongsi pengalaman... hehe