Thursday, June 30, 2011

Elaun~

30/6/2011, Khamis- Alhamdulillah, elaun dah pun masuk.. Walaupun tak semua, elaun buku sahaja tapi sudah cukup untuk mengurangkan pelbagai tohmahan.. Kalau sebelum elaun masuk, dapat dilihat macam2 ungkapan bakal "pendidik" anak bangsa, namun bila sudah dapat, berapa ramai yang ucapkan terima kasih? Mungkin dalam segenap perkara ini yang perlu diperbaiki...

     Menasihati diri ini, juga sahabat rakan dan taulan... Kemarau panjang menghampiri penghujungnya, jangan lupa tadah air, kita tak tahu bila air tu nak kering... Biarlah kita alah belanja, menang menyimpan... Hurm, berapa ramai yang bila dapat elaun mulalah macam2 benda yang aku dengar, nak beli itu, nak beli ini.. Namun hak individu, terpulanglah... Cuma ingat juga hak semua rakyat Malaysia, hasil dari setiap sen cukai yang diperah... Lepas elaun buku ni, elaun sara diri pulak.. Harap biarlah alirannya ke saluran yang betul...

Sekadar Perkongsian dan Luahan
~Bila Ku Berlagu~


Sunday, June 26, 2011

Warisan Gema Gamelan Melayu

26/06/2011, Ahad- Alhamdulillah, kerja-kerja tune alat gamelan milik jabatan muzik dahpun selesai... Siap polish lagi.. hehe... Lepas ni nak kena tumpu untuk latihan intensif konvo KPLI pulak.. Persembahan pada 11, 12, 13 Julai.. Kat Putrajaya.. Tak lama da tu...










Warisan Gema Gamelan Melayu
(GEMALA)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur


SS: nantikan kami Julai ini di Dewan Seri Siantan, Putrajaya.

Orientasi Pelajar Baharu Jun 2011

26/06/2011, Ahad- Dah seminggu, baru hari ni aku berkesempatan unuk update blog ni... Maklumlah, sibuk bukan kepalang.. hehe... Aku cuma nak share tentang orientasi junior baru... Biar gambar yang menceritakan segalanya... hehe...

bukan buli ye.. hehe

Kami memang penuh dengan kejutan


Warga JPP

PPISMP Ambilan Jun 2011, hope all of  you be the best.

Buat ape ni? Pergi gig ke? hehe

Pecah bendungan


Terima Kasih :)

Tak pe, memang berlakon jadi garang pon.. haha

Untuk adik-adik... Maaf kalau ada
 terasa sepanjang MPPB ni...
P/s: Kepada adik-adik yang terbaca entry ni kalau nak gambar eksklusif korang, jumpa abang... hehe


Saturday, June 18, 2011

Hambar

18/06/2011, Sabtu- Hari ni, beberapa jam je lagi guru pelatih lelaki yang tinggal di Aman akan mengucapkan selamat tinggal, kerana pertukaran blok dari Aman ke Sentosa... Banyak kenangan sepanjang tinggal di Aman.. Pertukaran ini adalah untuk memberi kemudahan dan menyeimbangkan 'populasi' penghuni dengan saiz bangunan... Selamat tinggal AMAN~

Aman dalam kenangan

Bilik 79 jadi sejarah

Tinggallah semuanya dalam lipatan sejarah dan kenangan....

Friday, June 17, 2011

Review : Makyong Dewa Indera, Indera Dewa

16/06/2011, Khamis- Aku baru saje pulang dari menonton preview dramatari Makyong yang bertajuk Dewa Indera, Indera Dewa yang berlansung di Lambang Sari, Istana Budaya... Preview ini adalah full-dressed rehearsal untuk persembahan pada 17&18 Jun 2011.

     Diarahkan oleh Fatimah Abdullah dan dibantu oleh Rosnan Rahman. Bintang utama ialah Rosnan Rahman (satu-satunya Pak Yong di Malaysia) dan Arja Lee.. Mengisahkan pengembaraan Dewa Indera (Rosnan Rahman) dan adindanya Indera Dewa (Arja Lee) untuk memburu di hutan. Sehinggalah mereka bertemu Tuan Puteri Selindungan Daun, bermulalah pengembaraan mereka...

     Untuk mengetahui apakah kesudahannya, korang kena datang tengok sendiri kat Lambang Sari, Istana Budaya. Tiketnya RM15 dan RM25 sahaja, memang berbaloi! Penuh unsur humor dan lelucon, korang mesti terhibur, dengan penggunaan bahasa yang tak begitu berat...

Ni antara gambar eksklusif babak-babak dalam Makyong Dewa Indera, Indera Dewa...

Pembukaan dengan Lagu Sedayong, Rosnan Rahman dan Arja Lee

Rebab, instrumen utama dalam dramatari Makyong

Watak Peran Tua yang penuh dengan lelucon

Antara babak dalam DI,ID..

Klimaks cerita, nak tau saksikan~

Angkat sembah, tanda tamatnya cerita

Tenaga produksi,
tengah pakai pink tu Fatimah Abdullah, Pengarah.

Seruling Senja (paling kiri) dan kawan
bersama Rosnan Rahman
Kesimpulannya cerita ni memang best... Cubalah beralih angin pula bagi yang belum pernah tengok Makyong...  Hargai warisan kita... :)


~Sekadar Perkongsian dan Luahan~
Bila Ku Berlagu


Seruling Senja: Beruntung dapat tengok preview...


Thursday, June 16, 2011

IKLAN

Kumpulan Gamelan Kuala Lumpur
Blok KH-3A-6, Kristal Heights 2
Jalan SG 9/8, Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor
011 1231 3510
al_fareez@yahoo.com

Kumpulan Gamelan Kuala Lumpur menghimpunkan pemuzik daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang muzik gamelan, antaranya daripada Kumpulan Kesenian Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA), Kumpulan Kesenian Negeri Pahang, DBKL, Malaysia Airlines (MAS), Universiti Malaya, UiTM, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), ASWARA, Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK), Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), serta Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). 

Pada harga dalam lingkungan RM 1,300.00 – RM 1,9000.00, Kumpulan Gamelan Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan:

Persembahan Muzik Gamelan 

Ensembel gamelan Melayu terdiri daripada enam orang pemuzik yang memainkan instrumen keromong, gambang, saron kecil, saron besar, gendang serta gong/kenong dalam tempoh persembahan tidak melebihi 2 jam. 

Persembahan merangkumi lagu-lagu tradisional gamelan warisan istana Pahang dan Terengganu, seperti Timang Burung, Lambang Sari, Perang Manggong, Ganda Melati, Anom, Tongkang Masuk, dan lagu-lagu rakyat seperti Lenggang Kangkong, Wau Bulan, Garong, Ikan Kekek, Dayung Sampan, serta lagu-lagu gubahan semula seperti Sukiyaki, Kampungku Jauh di Mata, Dikir Puteri.

Harga boleh dirunding berdasarkan tempoh persembahan, serta kemudahan lain yang ditawarkan oleh pihak penganjur seperti sajian/kupon/elaun makan, parkir kadar rata/percuma, publisiti, penajaan, dan sebagainya. Kami juga menawarkan harga istimewa sekiranya pihak penganjur ingin menempah persembahan secara pakej untuk beberapa hari. 

Terima kasih. 

Farizan Mohamad Razuri 
011-12313510

Malam Penghargaan Industri Perfileman 2011

16/06/2011, Khamis- Malam semalam aku (di bawah Kumpulan Gamelan Kuala Lumpur- JKKN) telah membuat persembahan gamelan di One World Hotel dekat Bandar Utama, sempena Malam Penghargaan Industri Perfileman 2011 anjuran FINAS..

Malam Penghragaan Industri Perfileman 2011- FINAS 

Credit to Luqman

Alat disediakan oleh
 "Mistikal Impiana Akustika"


Bersama abang Hamzah (Ex-SUKTRA)

Along Gamelan (JSBN)

ni Zaim

Faliq

Berdiri sebelah kiri tu Luqman

   
Terima kasih semua kerana memberi peluang... Memang enjoy walaupun ada sedikit masalah teknikal.. hehe..
Harap lepas ni dapat buat show lagi bersama Kumpulan Gamelan Kuala Lumpur...


Tuesday, June 14, 2011

Kelakar???

14/06/2011, Selasa- Baru-baru ini aku ditanya oleh seorang pelajar yang belajar gamelan denganku kerana ada kemusykilan dengan apa yang aku sampaikan dengan apa yang diteima daripada gurunya sebelum ini... Berkenaan pensejarahan dan teknik gamelan Melayu. Jadi aku ingin kongsi bersama, juga sebagai jawapan kepada pelajar berkenaan.

     Aku ingin ambil statement guru tersebut kepada pelajar ini :


"..permainan turun menurun secara oral (lisan) ni biasanya mengalami sedikit perubahan dan sentiasa berubah. Jadi keasliannya tu tidak pasti, tapi apa yang cikgu tahu, gamelan pahang ini asal dari riau-linga atau sekarang ni sunda. Jadi, peranan dan cara permainan alat muzik gamelan melayu asasnya masih dirujuk kepada cara permainan gamelan sunda (jawa)..."


Perlukah merujuk kepada gamelan Jawa* sedangkan teknik gamelan Melayu mempunyai identiti sendiri. Memang tidak dinafikan semua berasal daripada Jawa, namun kerana faktor sejarah (kaji lebih dalam), telah mewujudkan gamelan yang mempunyai tradisi sendiri iaitu Jawa (kekal dengan gamelan Jawanya), Sunda, Bali dan Melayu... Masing-masing ada identiti sendiri dari segi jenis dan jumlah instrument, fungsi instrument, teknik bermain serta peranan ensemble itu sendiri..

     Aku ada berbincang dengan beberapa orang yang lebih berpengalaman dalam gamelan Melayu untuk mendapatkan penjelasan... Dan memang sama seperti apa yang fikirkan.. Pertama, statement berkenaan keaslian, gamelan Melayu dasarnya memang menggunakan alatan Jawa kerana disitu asalnya, tapi repertoire dan teknik adalah Melayu.. Adakah sama lagu dan teknik kita dengan Jawa? Apakah pemain gamelan di Jawa boleh main lagu Melayu dengan teknik Melayu dan begitu juga sebaliknya... Begitu juga Sunda dan Bali kerana masing-masing punya identiti masing-masing.. Kita ada rujukan seperti karangan Al-MArhumah Tengku Ampuan Mariam binti Al-MArhum Sultan Ahmad, "Joget Pahang" serta rakaman lama oleh etnomusicologist Jaques Brunet, tidak semua diturunkan secara oral, ada juga secara harfiah atau literally..

(Boleh rujuk kepada buku Siti Zainon Ismail dan Harun Piah. (1986). Lambang sari: gamelan trengganu. Bangi: Penerbitan UKM.. serta buku Ahmad Omar Haji Ibrahim. (2005). Joget gamelan pahang dan terengganu: penerus tradisi seni persembahan istana kesultanan melayu melaka. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN. )

     Terdapat dua versi cerita tentang masuknya gamelan di Istana Kesultanan Riau-Lingga di Pulau Penyengat (yang menjadi asas kepada tradisi gamelan Melayu). Pertama, orang-orang Jawa dibawa masuk ke Istana di Pulau Penyengat untuk kerja-kerja landscaping di istana, mereka juga turut membawa gamelan dan bermulalah tradisi gamelan di Pulau Penyengat. Tapi fakta ini agak kabur dan permainan gamelan lansung tidak sama dengan Jawa. Versi kedua pula pihak istana menerima hadiah set gamelan daripada orng besar di Lingga dan bermulalah tradisi gamelan mengikut acuan Melayu di Pulau Penyengat itu.. Wallahua'alam. (dipetik daripada perbincangan bersama individu pertama)

Alat gamelan Sunda

Alat gamelan Melayu

     (Daripada perbincangan dengan individu kedua) Berkenaan statement kedua iaitu Riau-Lingga (atau lebih spesifik Pulau Penyengat) sekarang ini dikenali sebagai Sunda dan teknik gamelan Melayu asasnya merujuk kepada gamelan Sunda (Jawa)... Ini terang-terangan adalah fakta yang salah.. Sunda adalah berpusat di Jawa Barat sekitar Bandung dan tiada kena-mengena dengan Kepulauan Riau-Lingga manakala kepulauan Riau-Lingga kini dikenali sebagai Daik... Hurm, jadi dah salah fakta geografi juga sejarah... Perlu diingat gamelan Sunda sangat berbeza dengan Jawa dari segi alat, bilangan, nada dan struktur lagu..  Seperti yang aku tulis di atas tadi, masing-maisng ada identiti dan acuan sendiri, Jawa ada gamelan Jawa, begitu juga Sunda, Bali juga Melayu... Di Jawa juga masih merujuk kepada gamelan Keraton yang empat..

     Gamelan Melayu asasnya adalah ulang, cincang saron dan turun gambang (bagi yang ada turun gambang)... Berbeza dengan ciri gamelan Jawa, Sunda dan Bali..

Pulau Penyengat
(gambar dari web "Le Gamelan en Malaise)

Sunda yang bertanda A. Jauh dari Pulau Penyengat
(gambar dari google maps)

     Aku juga ingin bincangkan berkenaan statement pemimpin kumpulan gamelan sebuah universiti tempatan dalam web www.inilah.com [klik sini], berkenaan fakta gamelan Melayu berasal dari Acheh. Tanpa usul periksa membuat pernyataan begitu.. Fakta yang umum tahu gamelan di Tanah Melayu ni sejak kurun ke-17 lagi, macamana boleh dikata gamelan masuk tahun 1930-an? Lagi satu, Acheh ada gamelankah?

     Kadang-kadang aku tertanya juga, sedangkan mereka ini ada Bachelor, Master tapi boleh buat satement  yang aku rasa tanpa ada cukup kajian.. Fakta yang "kelakar"....

Sekadar Perkongsian dan luahan

~Bila Ku Berlagu~

Seruling Senja: Terkilan sebab ada juga orang sendiri "mencabul" Gamelan Melayu dengan fakta-fakta "kelakar".

Monday, June 13, 2011

Berjalan dan melihat dunia, mengumpul pengalaman, koleksi hijrah diri...

13/06/2011, Isnin- Agak letih juga hari ni.. Baru lepas pulang dari renew lesen. LAma dah aku tak update blog ni.. Alhamdulillah hari ni berkesempatan.. Sepanjang cuti ni banyak juga benda yang aku nak kongsikan dengan semua..

     Sebelum mula cuti (28-31/05/2011), aku diarahkan untuk menghadiri Biro Tatanegara (BTN) selama 4 hari 3 malam di Kem Teluk Senangin Perak. Tempatnya agak terpencil ke dalam ladang sawit, tapi betul-betul di tepi pantai.. Menghadap ke Pulau Pangkor, cantik...

     Sepanjang BTN ni macam-macam yang aku dan kawan-kawan dapat, berkenaan isu-isu semasa, kenegaraan dan lain-lain yang aku rasa tak perlu aku tulis disini.. :) (faham-faham la).. Ada juga sedikit argumentative dengan fasi BTN, hanya sekadar mencari justifikasi dan solusi...

     Setelah tamat BTN, kami pulang semula ke IPG pada tengahari 31/5/2011 dan tiba pada lewat petang.. Malam tu dan ex-rumate, Hafiz keluar ke ibu negara, Kuala Lumpur... Lalu dia menunjukkan aku satu tempat makan yang memang best di Kampung Baru.. Tapi nama kedai tu aku tak ingat dah... Nasi kerabu yang enak, dengan kuih tradisional Kelantan, labu yang disira... Memang kenyang malam tu...

     Esoknya sekitar jam 12 tengahari aku pun bertolak pulang ke Pahang... Bersama-sama aku ialah 3 orang rakan, Muhammad, Bukhari dan Mat Yo.. Ketiga-tiga ni tumpang sampai Kuantan sebab lepas tu balik ke Terengganu plak.. Sampai Kuantan dalam pukul 3 petang, terus singgah dekat depan benteng (Taman Esplenade) untuk makan tengahari+sarapan yang tertinggal pagi tu.. hehe...

     Dalam minggu kedua cuti, rezeki datang mengetuk pintu.. Aku ditawarkan untuk mengajar gamelan di Taman Budaya Pahang, Jalan Telok Sisek, Kuantan. Bermula Isnin hingga Khamis (6/6-9/6/2011) aku berulang dari Pekan ke Kuantan, setiap hari.. Kelas dari jam 10pagi-6petang... Alhamdulillah mereka janjikan sedikit honorarium, tapi aku belum claim lagi...

     Jumaat (10/6/2011), aku pun bertolak pulang ke KL kerana sebelah malamnya ada latihan Gamelan di Taman Budaya KL... InsyaAllah ada show di One World Hotel Kota Damansara hari Rabu ni... Aku akan perform dengan kumpulan yang aku bernaung sekarang di KL ni, dan di Pekan sendiri sudah tidak aktif kumpulan gamelannya...

     Dan malam tadi aku bersama rakanku, Guru Musafir[klik sini], yang kebetulan juga berada di KL pergi berkelana sampai ke Kajang dan Putrajaya... Semuanya gara-gara bosan berseorangan, lalu aku mengajaknya keluar dan dia pun memberi cadangan untuk ke Putrajaya... Dapat la jugak dengar Konsert Akhir AF.. hehe..

     Disana kami berjalan dan mengambil gambar di sekitar Putrajaya... Aku pula menggunakan peluang ini untuk belajar dari rakanku mengguna dan mencuba kamera DSLR Nikon D3100 yang baru dibelikan oleh kakakku...












Sampai disini dahulu aku kongsikan..... :)

Seruling Senja: Maaf kerana banyak kekangan untuk update blog ni..